KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT

Tuesday, November 27, 2018


KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT - Menuju gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.


Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat. 

Selaran dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu 'memudahkan anda berzakat' terdapat beberapa saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:

1) 11 KAUNTER PPZ-MAIWP

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang 

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
11. Labuan Times Square

Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.

Selebriti Yang Membantu Mempromosikan 'Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat' - Ammar Bahrin
2) PORTAL PPZ-MAIWP - http://www.zakat.com.my/

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?
1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
3. Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.

Selebriti Yang Membantu Mempromosikan 'Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat' - Bell Ngasri
3) PERBANKAN INTERNET

Dengan konsep semuanya di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 

Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.

4) KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmatan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000.00 ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 

5) TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakna.

Selebriti Yang Membantu Mempromosikan 'Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat' - P Azman
PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP, pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan.

Barisan Selebriti Yang Membantu Mempromosikan 'Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat'
Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa selebriti seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman. 

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'


You Might Also Like

2 ♥sweetcream♥

  1. rasa seronok bila berzakat dgn program macam ni. disamping tu memberikan kesedaran kpd org ramai

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿