Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan

Monday, December 31, 2018

Salam kesayangan...
Dahlama rasanya tak update tentang resepi. Walhal idea banyak nak menulis nak share dengan semua. Tapi.... macam susah nak mulakan...


Ok kali ni nak share resepi cendawan. Almaklumkan musim hujan kan sekarang ni, sudah semestinya banyak cendawan tumbuh di merata tempat. Siapa suka makan cendawan kukur atau ada yang panggil kulat sisir? Haaaa biasanya cendawan ni banyak di kayu-kayu bila musim hujan. Resepi kali ni adalah Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan.

Resepi Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan

Bahan :

Cendawan kukur @ kulat sisir
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Bilis
Cili Padi
Santan
Perasa

Cara-Cara :

Rendam cendawan dan basuh bersih. Kemudian diramas atau diketuk-ketuk sedikit. Panaskan minyak tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis). Tumis sehingga naik bau. Masukkan baki ikan bilis dan masukkan cendawan kukur kacaun sebati sehingga kering. Masukkan sedikit santan dan perasa. Kacau sebati dan boleh dihidangkan untuk di makan bersama keluarga.

You Might Also Like

8 ♥sweetcream♥

  1. penah tengok yang tumbuh2 kat kayu tu.. tapi xtau rupanya boleh dimakan..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cubalah nanti cuba kak normi. memang sedap tau mkn kular sisir ni.

      Delete
  3. Sedapnya cendawan kukur .Nak try lah nanti .Mesti best

    ReplyDelete
  4. nampak lazat boleh try la nanti

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. sedapnya... lama tak makan...

    ReplyDelete
  6. sedapnya!
    cendawan kukur ni susah gak nak jumpe.
    kena pergi pasar tani, barulah ketemu..
    harganya pun boleh tahan dah skrg

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿