Resepi Ketam Lemak Cili Padi

Monday, July 01, 2019




Memandangkan sekarang musim ketam dengan harga yang murah pulak tu, apa lagi en.suami borong sakan dengan saiz ketam sederhana. Adalah dalam 30 ekor untuk RM30.

Suami kata nak makan puas-puas katanya. 

Entri ni saja nora nak share resepi ketam lemak cili padi walaupun ramai yang dah terror masak.

Resepi Ketam Lemak Cili Padi

Ketam (10-15 ekor)
Santan (Nora guna 2 kotak santan yang kecil)
Cili padi (segenggam @ agak² korang nak pedas ke tidak)
Kunyit hidup
Asam keping
Serai

*korang juga boleh tambah nenas @ lain²

Cara-Cara

Blend cili padi & kunyit hidup masukkan ke dalam periuk. Orang tua kata bagi cili masak dulu. Masukkan ketam yang telah dibasuh tadi bersama sedikit air ke dalam periuk dan kacau. Dah menggelegak masukkan santan, serai dan asam keping. Kacau sebati, masukkan perasa dan kacau lagi jangan sampai pecah lemak. Dah siap korang boleh hidang.


Nora masak gulai ketam ni kosong je. Nak lagi sedap campur dengan nenas.

So,korang masak apa untuk keluarga?



You Might Also Like

6 ♥sweetcream♥

  1. lama pula tak buat gulai ketam nie.. kalau tambah nenas memang best..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaaaa....wekend ni nak cari ketam la..akak kalau makan ketam x kisah harganya mahal ke murah janji puas makan kan..selalu beli time musim dan isi dia penuh

    ReplyDelete
  3. sedap ni nora, linda pun kdg2 masak kosong je.

    ReplyDelete
  4. alamak lazatnya lapar plak perut ni nora oii

    ReplyDelete
  5. Fuh feveret ni. Tambah ada telur..

    ReplyDelete
  6. Hadoi mak sedapnya Nora.. lama tak makan ketam masak lemak..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿