Makeup Simple Natural Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream SPF 50+

Tuesday, September 03, 2019

Makeup Simple Natural Dengan Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream Spf 50+| Whats up guys!!! Hari ni Nora nak kongsikan pada korang produk makeup rutin yang best Nora gunakan baru-baru ini. Kecantikan sinonim dengan kaum perempuankan. Jadi seharusnya kita perlu memilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit muka dan ia lebih natural.


Nowdays, ramai di antara kita sibuk dengan rutin dan memerlukan masa yang pantas untuk bersiap sebelum keluar bekerja atau mengikuti sebarang aktiviti. Bagi mereka yang sukakan solekan tipis, simple dan nampak natural, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature adalah terbaik untuk korang cuba.

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

APA ITU CC CREAM

Okay, CC Cream ni dikenali sebagai Krim Kawalan Warna “Color Control Cream” yang telah di upgrade dari BB Cream. Ia lebih completely cover semua liang pori kita sama macam foundation. Tapi CC Cream ni mempunyai ciri-ciri manfaat pada kulit seperti adanya SPF, agen pencerah dan mempunyai bahan antioksidan yang umumnya ia merupakan krim yang membetulkan tona kulit muka. CC Cream ni lebih nipis dan ringkas digunakan sebab ia mempunyai fungsi all in one dalam satu produk yang mana warna krimnya lebih light and natural. Ianya sesuai digunakan semasa kita nak keluar pergi shopping atau aktiviti outdoor kerana ia kelihatan lebih semulajadi.


Perbezaan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni pada asalnya dibuat di Korea yang mampu membetulkan dan menyeimbangkan tona kulit muka secara semulajadi. Boleh lihat bila apply CC Cream pada kulit ia akan berubah warna mengikut warna kulit  dengan semulajadi. Selain itu, cc cream ni ada SPF 50+ dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia merupakan CC Cream yang mengandungi all in one dalam satu tiub di mana fungsinya sebagai alat makeup.

Perbezaan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

BAHAN UTAMA PRODUK

  • Mineral Water  – Mengimbangi pH kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit.
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Mengurangkan masalah radang kulit dan Anti-Bacterial Effect
  • Colloidal Gold – Melambatkan kesan penuaan, melindungi kulit dari sinaran ultra dan mempunyai bahan antioksidan yang tinggi.

Hansagee Nature Gold Nano CC Cream

BAHAN LAIN PRODUK

Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1

FUNGSI UTAMA

Hansagee Nature Gold Nano CC Cream

Digunakan di kawasan muka dan leher kerana mempunyai fungsi seperti berikut :

  • Mencerahkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Kulit kelihatan natural, glowing dan flawless
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Melegakan keradangan kulit

CARA PENGGUNAAN

Calit-calit Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Calit-calit Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Okay, cara nak gunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mudah sahaja. Nora suka pakai CC Cream ni sebab ia mampu menjimatkan masa Nora. Just calitkan pada dahi, pipi, dagu dan hidung menggunakan jari korang kemudian dap dap dap kan pada wajah dan sapukan secara rata dikeseluruhan wajah dan leher.

Sapu rata Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Cream ini akan berubah warna dari putih kepada warna cream yang sepadan dengan warna kulit kita secara semulajadi. Ia akan membuatkan tona kulit kita nampak lebih natural, glowing dan flawless gittew.

STRUKTUR CREAM

Struktur Krim Gold Nano CC Cream

Krim ini pada asalnya berwarna putih, tetapi ia mempunya bintik-bintik halus berwarna coklat dan bila kita blend menggunakan jari ia akan berubah warna mengikut tona kulit muka secara semulajadi. Gold Nano CC Cream ini berbentuk krim muka dan sejenis krim mild light sahaja.

Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

DETAIL PRODUCT

Harga :

RM128.00

Packaging

Tiub dan mempunyai penutup jenis Twist Lock

Size :

50gm

Type :

Semua jenis kulit

MY THOUGHT

Natural & Glowing dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

So, Nora berpuas hati menggunakan Gold Nano Cc Cream dari Hansaegee Nature untuk beberapa minggu ni. Ia memudahkan Nora untuk bersiap sebelum pergi kerja hanya calit sahaja dan sapu sekata sudah cukup nampak natural dan glowing. Nora just tambah sedikit maskara, blusher, lipstik dan tidak lupa lukis sedikit kening. Tadaaaa dah boleh keluar pergi kerja. Hehehehhe lagi best sebab ada SPF 50+ yang mampu menahan sinaran UV.

Packaging dengan Twist Lock

Nora suka dengan CC Cream ni sebab packaging yang mudah di bawa ke mana sahaja. Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas. So, tak adalah beg korang kotor atau comot kesan dari krim.


Apa yang bestnya produk ini adalah kalis air, tidak melekit dan mampu menjadi asas solekan. Bagi mereka yang sukakan makeup yang simple natural dan ringan, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai untuk korang jadikan skincare routine korang.

VIDEO CARA PENGGUNAAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM


Maklumat lanjut tentang produk di bawah ini :



You Might Also Like

26 ♥sweetcream♥

  1. i mau guna cc cream ni jugak.. looks very effective.. flawless skin after applying.. great product...

    ReplyDelete
  2. suka dengan packaging dia bila buat bentuk tube, mudah sangat nak apply dekat muka. Best kan bila pakai produk yang boleh tutup semua flaw dekat muka. Jimat duit & masa!

    ReplyDelete
  3. Menarik, kiranya mcm all in one , dan nampak beza with n without CC cream ni ... Glowing la kulit pakai cream ni, dan of course senang nak bawa dgn packaging yg compact mcm tu.

    ReplyDelete
  4. Yeah, I heard about this product before. Someone told me about it. Insya’Allah kalo kesempatan saya try one day. Thanx for sharing your review ya. Good night.

    ReplyDelete
  5. Bestnyaa! Cx memang akui yang produk hansagae ni memang bagus dan berkualiti. Cx baru pakai cleanser foam dia pon dah suka. Lps ni blh try cc cream dia.

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik. Saya ni kurang sikit bab2 kecantikan wanita ni. Hehe tapi in shaa Allah saya share artikel ni dengan kakak & mak saya. Diorg mesti suka.

    ReplyDelete
  7. Brand ni best. Ayu x pernah try cc krim dia tapi krim lain pernah guna. Dan memang best. Sebab serap cepat and memang muka nmpk flawess

    ReplyDelete
  8. Bagus cream ni. Suka pakai cream yang boleh pulihkan kulit sekali

    ReplyDelete
  9. Alamak. Ini yang membuat hari ini semakin nak membeli barangan Hansaegae nie. Banyak yang bagi review positif dan now tengok your pictures, dah macam terpengaruh nie.

    ReplyDelete
  10. haii ummi... alaaaa, rindunya dengan ummi. Lama giler tak jumpa, last jumpa Zarra pun tak sekolah lagi kan. Now dah ada adik dah. BTW makin cantik ummi sekarang. MEsti Hansaegee nature rahsianya ye.. hehe

    ReplyDelete
  11. cantik. memang mek dah mencubanya dan tertanyata apa yang ummi cakap tu. dia ada special effect kat kulit muka kita. glowing cantik.

    ReplyDelete
  12. Suka dengan produk Hansaegee yang natural ni. Produk Hansaegee lain dah cuba kecuali cc cream ni. Nampak macam best je.

    ReplyDelete
  13. ye sis kt pun daily pkai cc je mmg x lah nk foundation bagai!! btw spf 50 mmg terbaek!! nice sharing here!! bole cuba juga ni

    ReplyDelete
  14. tak.. yang awak ni makin cantik ni apa rahsia eh ? makin muda ni makan ape eh ? hee~

    ReplyDelete
  15. memula tengok tadi ingatkan sunscreen. packaging dia dah sebijik macam sunscreen. tapi bagus la dia ada spf jugak. so boleh la double protection kan. menarik ni. boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  16. TB sampai sekarang masih suka dengan gold nano cc cream hansaegee nature ni.. sukaa sangat-sangat sebab lepas guna tu muka nampak lembap.. nampak berkilat cantik je.. i like.. rasa macam fresh je muka..

    ReplyDelete
  17. Cantiknya cikgu!!! Nanti nak cuba la. Nampak tekstur ringan dan tak tebal kat muka. I likeeee.

    ReplyDelete
  18. Getting more and more gorgeous dear

    ReplyDelete
  19. Nampak menarik produk nie Nora.. makin cantik Nora sekarang ya.. ❤

    ReplyDelete
  20. kaum hawa kene tengok ni. penting hehe

    followed here #1381

    ReplyDelete
  21. Ramaijuga yang dah cuba cc cream ni kan. Kita tak try lagi. Cuma perbah guna cleanser dia je. Mmng best.

    ReplyDelete
  22. Haa.. dah tahu rahsia dia cantik jelita

    ReplyDelete
  23. nad pun pakai ni..memng best sangat..mula pakai mcm putih tapi lama2 ok..nanti nak restol lagi..kalau agak mals nak makeup pakai ni je

    ReplyDelete
  24. The before and after looks so much different! I like the texture that is light but have good coverage.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿