Assalamualaikum semua...


Pernah dengar taska di tempat kerja?

Mungkin di luar negara telah banyak taska khas untuk kakitangan syarikat atau sektor-sektor yang tertentu. Tetapi di Malaysia ianya baru diperkenalkan dan akan diperluaskan penubuhan taska di tempat kerja terutama di sektor awam. Ini merupakan saranan Kerajaan di mana objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan asuhan gantian kepada kanak-kanak dan membantu meringankan bebanan wanita bekerja pada masa yang sama menggalakkan mereka menghantar anak ke Taska.


Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam - Taska Anak Pintar

Penubuhan Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam menterjemahkan Taska Anak Pintar adalah sebuah taska yang diyakini berdasarkan sepanjang 15 Tahun beroperasi hampir 90% di semua agensi kerajaan. Taska Anak Pintar juga telah mendapat sokongan yang cukup baik daripada ibu bapa sejajar dengan misi Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam di mana telah memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi membentuk perkembangan kanak-kanak yang holistic dan seimbang selain memberi tumpuan kepada pembelajaran.

Apabila diyakini dan diberi kepercayaan oleh kerajaan bagi melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan kepada kakitangan agensi yang terlibat khususnya dari segi harga yang berpatutan serta menyediakan ruang yang kondusif untuk kanak-kanak. Hal ini lebih meyakinkan ibu bapa selain diperakui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sendiri.

Ruang Aktiviti Kanak-Kanak - Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam - Taska Anak Pintar

PERKHIDMATAN TASKA ANAK PINTAR

Di Taska Anak Pintar menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi membentuk perkembangan kanak-kanak yang holistic dan seimbang selain memberi tumpuan kepada pembelajaran antaranya :

1. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya dari kecil

2. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat dalam membantu pertumbuhan perkembangan kanak-kanak.

3. Menggalakkan kecerdesan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik.

4. Ruang aktiviti dan belajar yang bersih, besar dan mempunyai cirri-ciri keselamatan serta member keselesaan kepada kanak-kanak.


Ruang Makan Kanak-Kanak - Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam - Taska Anak Pintar
Oleh demikian, secara tidak langsung wujudnya Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam iaitu Taska Anak Pintar dapat memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal seterusnya proses membangunkan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang dengan pelbagai aktiviti yang diberikan seawal usia 3 Tahun.


Aktiviti Kanak-Kanak Seawal Usia 3 Tahun

Aktiviti Mencari Barang Tersembunyi


Baca juga artikel ini Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam telah beroperasi sekitar bangunan kerajaan berhampiran dengan tempat kerja kakitangan-kakitangan agensi yang terlibat. Taska Anak Pintar  telah berada di beberapa sektor awam dan agensi-agensi antaranya di bangunan -bangunan kerajaan seperti di bawah :

  • ·        Hospital Permai Kempas, Johor
  • ·        Hospital Besar Segamat
  • ·        Hospital Besar Melaka
  • ·        Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
  • ·        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
  • ·        Kompleks Kementerian Dalam Negeri Damansara
  • ·        Kompleks PKNM Melaka
  • ·        Institut Koperasi Malaysia Petaling Jaya, Selangor
  • ·        Menara LHDN Melaka
  • ·        Pejabat Tanah dan Galian Melaka.
  • ·        USIM Nilai
  • ·        UNITEN Kajang
  • ·        UITM Lendu, Melaka
  • ·        Masjid Al-Azim Melaka
  • ·        Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu.


YURAN

Taska Anak Pintar melaksanakan program dengan menyediakan pengajaran yang berkualiti dan konsisten dengan menetapkan pelbagai amalan pedagogi untuk memperkayakan pembelajaran kanak-kanak dapat berkembang mengikut fitrahnya. Harga yang di tawarkan oleh Taska Anak Pintar sangat berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan iaitu hanya RM450 ke RM550  sebulan. Selain itu, Taska Anak Pintar juga menyediakan perkhidmatan Transit untuk anak-anak yang telah bersekolah dan bagi yuran transit kanak-kanak hanya RM250 seorang dengan pakej transport. Ini menjimatkan masa dan memudahkan ibu bapa untuk membuat pemantauan dan tidak merasa bimbang lagi akan keselamatan anak-anak.




MAKLUMBALAS PELANGGAN

Dr Hasni Bt Zainuddin SEORANG AHLI PERUBATAN DI Hospital Melaka.

Saya tinggal sekitar kawasan Ayer Keroh Melaka, Taman Tasek dah masuk 4 tahun, bertugas di Hospital Melaka. Sebagai seorang doktor saya sangat sensitive tentang hal anak-anak, terutamanya Taska dan Tadika yang nak dihantar. Bukan apa, bagi saya KEBERSIHAN  adalah satu perkara yang paling penting selain ianya hampir dengan tempat kerja.

Puas servey sekitar Melaka ini...kat Ayer Keroh sahaja rasanya lebih dari 30 Taska tak kira Tadika lagi tu, baik yang kerajaan atau swasta sangat banyak.....Antara yang banyak-banyak ni ada 1 tempat yang sangat menarik perhatian saya, iaitu Anak Pintar Centre...ia menyediakan Taska untuk saya hantar bayi dan ada juga Tadika serta Pusat Jagaan maknanya mereka boleh menguruskan semua peringkat pada 1 masa, selain mereka menyediakan kenderaan untuk ambik dan hantar anak.

Kadar yuran pula sangat flexible tak lah murah berbanding Taska Komunity tapi harga untuk seorang bayi sehingga RM550. Tapi bila saya tengok kemudahan serta ruang bayinya....wah ini dah macam harga RM1000 kalau kat KL, bayi pun mereka tak ambik ramai, semua infra mencukupi serta memang berdaftar dengan JKM, CCTV punya la banyak, ini memang betul-betultak leh cilok staff dia ni and memang saya dimaklumkan pengusahanya tak berkompromi dengan kecuaian staff....PATUH SOP penjagaan bayi, ibu bapa juga tak boleh suka-suka singgah and bertandang bilik bayi. 

Saya juga bertanya kan tentang program Tadika Dunia Anak Pintar ni..yurannya juga berpatutan sekitar RM450 untuk kadar sebulan. Pelbagai program disediakan untuk kanak-kanak...mempunyai silibus serta berdasarkan KSPK  Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (Tadika). Manakala program KBAT untuk sekolah rendah and sekolah. Kualiti pendidikan yang disampaikan kepada anak-anak adalah terjamin kerana sentiasa di bawah pemantauan...saya juga dimaklumkan bahawa Tadika ini selalu mendapat perhatian daripada (PROF DR BUSTAM KAMRI - Anak Malaysia pertama mendapat PHD dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ada banyak program untuk anak-anak teroka dengan gaya pembelajaran yang menarik, mudah and berkesan.

Di antaranya adalah Chef Cilik, Karnival Usahawan, Islamik, Hafazan, Haji Cilik, Renang, Memanah, Menunggang kuda, Kerjaya Impian, Keselamatan, Lawatan Pendidikan, Kesihatan, Persekitaran Hijau, Kitar Semula, program bersama agensi-agensi Kerajaan and banyak lagi tapi memang baik untuk kanak-kanak.

Sebagai ibu saya rasa yakin, bila melihat Pusat Jagaannya pula adalah satu-satunya Transit Kanak-Kanak di Melaka yang mengasingkan bangunan antara lelaki dan perempuan dalam 1 kawasan yang sama dan berhampiran dengan sekolah TUNSAS serta Sek Men Taman Tasek...Sangat flexible and mudah menguruskan anak-anak. Harga yuran untuk transit pula adalah RM250 siap semua sekali dengan transport ke sekolah agama...berbaloi dan sangat menyenangkan.

Selain itu Taska Anak Pintar ini saya dimaklumkan oleh JKM bahawa mereka adalah contoh kepada Taska di bawah institusi atau Taska di tempat kerja di peringkat kementerian, jadi tak hairanlah kenapa Taska ini beroperasi dikebayakan agensi Kerajaan dan juga beberapa Universiti.  Mekanisma atau pendekatan mereka kepada ibu bapa  serta anak-anak sangat berbeza selain kadar yuran yang berpatutan ...mereka juga telah beroperasi hampir 18 tahun, banyak pengalamn menjadikan mereka sampai ke tahap ini hari ini.

Selain semua Hospital dan sekitar negeri Johor, Seremban, Wilayah Persekutuan dan juga Selangor menggunakan khidmat konsultan daripada En Awang dan Puan Nora dalam menguruskan Taska Agensi (Taska di tempat Kerja) yang paling best jika saya berdaftar di cawangan Melaka dan saya berpindah ke negeri lain saya tak perlu membayar yuran pendaftaran lagi sebab saya berada di Taska yang sama kecuali cawangan yang berlainan. Alhamdulillah dan semua rakan-rakan di Hospital Besar Melaka kebanyakannya menghantar di Taska Anak Pintar.

Oleh yang demikian ibu bapa tidak perlu risau kerana semuanya telah dikaji dan dilaksana supaya kanak-kanak di sini selamat dan dapat mengikui pembelajaran yang sempurna..ini pengalaman saya mencari Taska, Tadika & Pusat Jagaan yang berpatutan dan yang paling penting berdafatr dengan Kementerian. Sebagai ibu bapa mana yang tak risau kan...jadi tips and informasi ini daripada pengalaman saya, Doktor Hasni mungkin boleh dikongsikan pada ibu bapa yang sedang mencari-cari Taska, Tadika atau pun Pusat Jagaan..kita kongsi kan bersama.


PERASMIAN TASKA DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

Inisiatif kerajaan dalam membantu wanita bekerjaya terutama yang melibatkan sektor awam, beberapa agensi telah turut serta menyediakan perkhidmatan Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam bersama Taska Anak Pintar. Berikut merupakan video perasmian Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam di IPK Melaka, Taska Anak Pintar Centre yang telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeo yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



MY THOUGHT

Sebagai ibu yang bekerja di sektor awam,Nora sangat-sangat bersetuju dan memberi sokongan sekiranya inisiatif ini diperluaskan di kebanyakkan sector awam yang ada di Malaysia. Ini kerana, kemelut ibu bapa yang bekerja tentang anak hendak hantar di mana sering menjadi bebanan malah ada yang terpaksa hantar anak ke rumah orang tua di kampung. Oleh itu, adanya Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam memudahkan ibu bapa untuk menguruskan anak, malah perkhidmatan yang disediakan cukup baik dan berbaloi memandangkan tempat yang disediakan cukup menarik.



MAKLUMAT TASKA ANAK PINTAR

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taska Anak Pintar, korang boleh lihat video pengenalan di bawah dan maklumat lain tentang Taska Anak Pintar.



Hubungi Taska Anak Pintar di :

Alamat :
No.5476-A Jalan Konvensyen Kompleks MITC
75450 Air Keroh Melaka

No. Telefon :
+60 17-663 2373

Laman Web :

Facebook :


14 Comments

  1. ceria je semuaaa

    Yayyy ray dah add dalam bloglist biters and follow sini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn mesti anak2 seronok kalau dapat taska macam ni cukup selesa dan ceria. Hehehe btw thank you ray. Nnti sis pun nk bt khas utk biters.

      Delete
  2. Bagusnya sbb senang juga utk mak ayah kan. Hantar je sini utk staf kerajaan. Jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diperluaskan dekat banyak agensi memang bagus sgt. Mudah utk parents. Heheh

      Delete
  3. Menarik tadika pintar ni, nampak selesa dan ceria sesuai untuk perkembangan IQ kanak-kanak

    ReplyDelete
  4. Bagusla ada tempat macam ni..tempat pun menarik..environment menarik..

    ReplyDelete
  5. Taska ditempat kerja ni yang pernah kita tengok dekat Mkm ke Angkasa dulu. Rasa mcm Angkasa kot. Bagus kalau wujud taska macam ni. Memudahkan ibubapa kan.

    ReplyDelete
  6. bagus dah banyak Taska utk sektor awam ni...jd mak2 tak perlu risau..

    hello biters / Nora dlm bloglist #BITERS

    ReplyDelete
  7. Mudahnya taska dalam kawasan pejabat je. Kejap2 boleh curi2 intai anak hehe

    ReplyDelete
  8. Wow this is very convenient for working mom, good initiative.

    ReplyDelete
  9. Bagus la, its very convenient for working mom. Good initiative.

    ReplyDelete
  10. Bagus ada taska di tempat kerja. Seeloknya semua tempat kerja government ada taska macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kan mimi. Senang kita jugak yg keje gov ni. Hehehe

      Delete
  11. Hi. Salam perkenalan. Fiza follow dan singgah blogwalking

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿