Lamb Chop


Bercerita tentang lamb pastinya ramai yang meminati dengan makan jenis ini. Pastinya pelbagai menu boleh disajikan dengan menggunakan lamb. Yelah dengan lamb grill, lamb chop, bbq senang kata dari hidangan melayu sehingga western.

Kali ni Nora nak share dekat korang resepi Lamb Chop dengan home made Sos Black Pepper yang sedap pekat dan mudah disediakan juga disertakan sekali dengan baked potato. Maklumlah nak makan dekat kedai almost harga dalam rm20 dan ke atas.

Bila dah cuba resepi ni pasti tak menyesal dan better buat sendiri dekat rumah dari makan di luar. Heheheh yang bestnya suami dan anak-anak pun menggemarinya.

Bahan-Bahan Perapan Lamb :

3-4 slice lamb
Seulas bawang putih
Sesudu gula (better gula perang)
Sedikit perahan lemon/cuka
Secubit garam
Black pepper
Rosmery

Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan lada hitam. Lumur pada lamb beserta gula, garam dan lemon. Perap seketika. Lagi lama lagi sedap.


Sementara menunggu lamb diperap, bolehlah sediakan bahan-bahan untuk membuat sos black pepper. Ya, Lamb Chop memang sedap di makan dengan sos black pepper namun ada juga yang suka brown sos sahaja. Ok jom tengok cara Nora sediakan Sos Black Pepper homemade yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan Sos Black Pepper :

Bawang holland di potong dadu
Sos black pepper any brand
Black pepper kasar
Black pepper halus
2 sudu buttercup
Gula
2 cawan susu segar / air
Garam
Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
Sedikit kicap pekat untuk warna yang gelap

Cara-cara :

Cairkan butter dan tumis bawang holand sehingga layu. Masukkan susu dan blend sehingga lumat. Kemudian masukkan semula dalam periuk masak dengan api yang sederhana. Masukkan bahan sos black pepper, black pepper kasar, black pepper halus, kicap pekat, gula dan perasankan dengan garam. Kacau sebati. Bancuhkan sedikit tepung jagung dan masukkan ke dalam sos tadi. Siap! Boleh dihidangkan bersama lamb chop.

Di samping itu, korang juga boleh lengkapkan set lamb chop dengan hidangan Baked Potato yang simple dan sedap.

BAKED POTATO


Bahan-Bahan Baked Potato :

2-3 biji kentang
Daging cincang
Bawang merah (potong dadu)
Bawang putih (potong dadu)
Mix vegi @ carrot
Cheddar cheese
Mozarella (optinal)

Cara-cara :
Rebus kentang separuh masak. Tumiskan bawang masukkan daging cincang kacau sebati dan masukkan mix vegi dan perasakan.
Kentang yang telah di rebus, diambil isinya dibahagian tengah dan campur ke dalam daging tadi.
Cedok daging yang dah siap masukkan ke dalam kentang dan letakkan cheddar cheese dan mozarella di atas.
Bakar sehingga masak.



1 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿