Salam Ramadan muslimin & muslimat.
Sudah 19 hari kita menjalani ibadah puasa dan tahun ke dua kita lalui dalam situasi pandemik Covid-19.

Sebagai ibu dan isteri pastinya ligat fikirkan menu untuk juadah berbuka mahupun sahur. Ada yang simple, ada yang special ada yang ala-ala hotel. Semua bergantung kepada individu untuk hidangan keluarga.


Nora sebagai ibu yang bekerja dan mempunyai anak-anak kecil akui ada masa gigih untuk sediakan juadah yang pelbagai, ada masa yang simple asal boleh makan dan kadang-kadang tempah sesiap makanan bazar @ dekat akak kantin tempat Nora kerja.


Kali ni Nora try masak Sup Tofu Telur untuk anak-anak. Tekak dah lama nak makan tapi kemalasan je manjang. Bila mood datang barang-barang dah ada tu yang terus buat.

RESEPI SUP TOFU TELUR

Bahan-bahan :

Tofu telur
Sawi pak choy
Carrot
Cendawan Shintake
Bawang merah (hiris halus)
Bawang putih (hiris halus)
Sos tiram
Telur 1 biji (optional)
Tepung jagung
Serbuk Lada sulah/lada hitam

Cara-cara :

Potong tofu telur lebar ikut kesesuaian kita nak. Jangan nipis sangat sebab nanti pecah sebab tofu ni sensitif.  Lepas potong boleh gaul dengan tepung jagung dan gorengkan seketika agak-agak nampak warna brown.

Tumis bawang yang dah dihiris sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dalam sesudu. Masukkan carrot dan cendawan shitake dan air kosong secawan. Terpulang kalau nak kuah banyak bubuhlah lebih sikit. Masukkan sawi kacau sebati. Kemudian masukkan telur sikit-sikit macam bertali gitu. Kalau tak nak letak telur pun boleh.


Kemudian masukkan perasa dan black pepper. Bancuhkan sedikit tepung jagung dengan air bagi tujuan memekatkan kuah. Bila dah siap semua curahkan kuah tadi ke atas tofu telur yang dah disiap digoreng.

Boleh di makan waktu panas-panas dengan nasi putih dan lauk-pauk lain. Bulan puasa ni kadang-kadang tekak nak makan lain dari yang lain.



7 Comments

  1. Nampak sedap sup tofu nih... saya suka makan buat berkuah macam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bonde. Saya pun suka. Kadang2 makan yg ada buffet mesti ada menu mcm ni. Saya olah ikut bahan yg ada dalam peti je. Hehehehhe

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu. Simple dan senang je nak buat. Sedap pun sedap. Anak2 pun suka. Heheheh

      Delete
  3. sedap tu ...nk 2 kalo ujan laju hirup kan

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿