Assalamualaikum.

Bayi umur 7 bulan dah boleh pegang. Jadi kita boleh ajar mereka untuk pegang biskut dan makan. Waktu sebegini juga normally bayi mulai rasa gatal gusi untuk timbuh gigi, jadi biskut bayi ni salah satu untuk mereka belajar mengunyah.

Ini bukanlah pertama kali Nora buat biskut bayi. Masa Zarra kecil juga Nora pernah buat dan share resepi dalam blog ni. Kali ni Nora guna bahan yang senang dan paling mudah untuk mommy di luar sana buat.


Masa Anaqi, Nora tak serajin sekarang dan lebih banyak membeli dari buat. Untuk baby Aakif pun akan datang mungkin banyak membeli dari buat. Hehehehe. Ok jom Nora kongsikan resepi biskut bayi.

Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan. Mudah Dan Sedap Rasa Lemak

Mudah je nak buat biskut kudapan untuk Aakif. Lemak bau susu formula dan unsalted butter. Bau biskut ni je dah rasa macam biskut semperit lemak berkrim je bau nya.

Mudah sangat untuk mommy buat. Pasti menjadi.
Bahan-bahan:

1 cawang tepung jagung (guna cawan baby yang kecik)
5 scop susu formula (susu baby Aakif - Intell-Pro)
3 sudu besar unsalted butter @ ikut basah (brand Anchor)

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dan uli menjadi doh yang mudah untuk diterap. Nora tak ada acuan biskut jadinya hanya guna penutup bekas dan cucuk guna garfu je. Kalau mommy ada acuan pelbagai bentuk boleh gunakannya.


Setelah terap boleh bakar dalam Air Fryer, atas dapur gas atau guna oven. Nora guna oven je senang. Suhu 150°c selama 15-20 minit je.

*Nota : pastikan butter dah lembut untuk menguli ye.


3 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿