Salam kawan-kawan.


Selamat berpuasa...
Kat sini nora nak share kat korang kalau ada yang buntu nak masak apa dan tidak tahu nak berbuka di mana.

Ok jom nora perkenalkan kat korang Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort dengan harga serendah RM50.00 untuk dewasa dan RM25.00 untuk kanak-kanak. Sangat murah untuk kita menikmati pelbagai jenis menu & hidangan. Haaaa jomlah cuba di Bangi Golf Resort yang terletak di Bandar Baru Bangi.



Di Bangi Golf Resort juga terdapat hidangan secara live ataupun terdapat gerai-gerai kecil seperti makanan Keow Teow goreng, Satay, Kambing Bakar dan bermacam jenis hidangan lagi. Bagi nora sangat berpuashati sebabnya makanan yang dihidangkan memang sedap dan menyelerakan.

Selain daripada itu, Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ini menyediakan hidangan masakan melayu yang sememangnya popular dengan pelbagai jenis makanan. Antaranya terdapat Nasi Beriyani, Gulai Kawah, Ikan Keli Salai Lemak Cili Padi, pelbagai jenis Kerabu, Nasi Ulam dan banyak lagi. Jadi korang memang tidak akan rugi sekiranya berbuka di BGR.





Terdapat juga pelbagai jenis dessert yang dihidangkan termasuk buah-buahan tempatan di BGR. Selain dari itu terdapat juga menu seperti di bulan raya iaitu lemang, rendang dan lain-lain. Dan sebenarnya paling best adalah ais krim buatan sendiri dari chef profesional mereka. Nora cuba makan ais krim bunga kantan memang sedap. Terdapat juga ais krim tembikai susu dan tea. Haaaa pasti korang rambang mata nak try semua kan. Apa lagi cepat-cepat korang booking untuk berbuka di BGR bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

  










Western food juga tidak ketinggalan dihidangkan semasa buffet ramadhan di BGR ini. Antara menu makanan barat adalah seperti Spaghetti dengan Souce Cabonara Ayam , Lasagna Daging, dan Grilled Boneless Chicken bersama Souce Krim Cendawan. Menyelerakan hokeh!



So, korang boleh plan untuk berbuka disini. Sebelum tu perlu booking terlebih dahulu. Apapun nora nasihatkan pada korang di bulan puasa ni biarlah kita makan berpada-pada jangan pula sampai tak larat nak bangun ya. Ok tidak lupa juga di Bangi Golf Resort ni ada menyediakan surau yang sangat selesa. Maka boleh terus berterawih di sini.

Berikut adalah maklumat untuk tempahan :

Bangi Golf Resort

Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia.
Tel: + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265
Webhttp://www.bgrrest.com/
Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Email: bgb.bangigolf @ gmail.com

Korang boleh direct call Sales Coordinator BGR iaitu:

Nor Hidayah
Tel: 017-273 3386
Email: hattida@gmail.com

0 Comments