Salam Jumaat...

Hari ni ada benda yang nora nak share.
Korang tau tak gelang getah? Alaaaa kalau dulu kita selalu guna gelang getah warna-warni tu untuk main zirofa. Kita sambung-sambungkan gelang tu kan..

Itu permainan zaman dulu. Sekarang punya cerita wujud dah gelang diperbuat daripada gelang getah. Berwarna-warni, cantik, dan sangat senang untuk di pakai.

  
Ok actually nora nak cerita kisah pagi tadi. Selepas perhimpunan GPK Koko masuk pejabat dan tunjuk satu tool kit. Bila tengok wahh menarik.. Macam warna gelang getah yang comel-comel. So bila tengok siap ada kit untuk menganyam.

Haaaa korang tau tak Bloom Bands Kit ni benda baru di Malaysia. Benda ni digunakan untuk mengahasilkan gelang yang berwarna warni dan pelbagai bentuk. Nora baru tau nama benda alah ni sebenarnya Bloom Bands Kit.

Sumber : Mr. Google

Sumber : Mrs. Google

Sekarang dah menular dikalangan remaja malaysia terutama budak sekolah. Masalahnya benda ini mengganggu mereka semasa sesi pembelajaran. Manakan tidak sebab masing-masing tunjukkan tool kit masing-masing. Senang kata siapa yang ada dia paling up to date.

Memang tidak dinafikan hasil dari gelang getah ni cantik. Bloom Bands Kit ni ada yang mahal ada yang murah. Bezanya kualiti pada getah tersebut dan kit yang disediakan.

Haaaa korang tak nak mencuba ke? Hehehehe hasil rampasan Bloom Bands Kit masih ada di bilik GPK. Sebab pelajar masih belum tuntut. Yang pasti mereka kreatif dan jual kepada rakan-rakan yang lain.


Tetiba teringat zaman sekolah dulu...

3 Comments

  1. Anak sedara kite pun tengah duk giler buat & jual gelang getah ni kat skolah.. Yang tak menahan tu, mak nya pun sama naik duk ralit menganyam.. Hehe.. Sabar jelah.. ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. owh... ini ke bendanya.. bagi yang rajin dan kreatif, memang menarik laaa gelang yang dihasilkan..

    ReplyDelete
  3. semua kedai jual benda ni. tension jugak kalau singgah. tiap kali singgah mesti kena beli getah ni adoi

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿