Salam sayang...

Korang ingat tak bulan lalu nora ada cerita pasal drama SELUDUP dan Ujibakat Drama Seludup ni?
Kalau korang tak ingat apa kata korang flashback semula kat sini SELUDUP.

Korang dah ingat semula?


Drama bersiri SELUDUP mempunyai tiga belas episod yang diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti masyarakat.


Untuk pengetahuan korang ujibakat untuk drama SELUDUP telah pun tamat dan pemenang telah diumumkan. Sebanyak 130 penyertaan melalui video yang telah dimuat turun di laman sosial Facebook 'SELUDUP' bermula pada 25 Jun 2014 yang lalu. Pemenang #masukdramaseludup telah dimenangi oleh seorang jejaka dan seorang gadis.


Pemenang bertuah kerana berpeluang berlakon & bergandingan bersama-sama dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.




Pemenang peraduan #masukdramaseludup dimenangi oleh Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur. Mohd Andika merupakan seorang pekerja restoran manakala Nur Afieqah merupakan seorang pelajar. Ini merupakan peluang untuk mereka dalam bidang yang mereka minati iaitu bidang lakonan.


Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Tahniah kepada pemenang.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

Ini untuk maklumat tambahan korang ye..

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:   
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com         

Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com                                                      








0 Comments