Salam Sayang..

Booth di Busana Menara Mara...

Maaf, sejak kebelakangan ini Nora agak busy. Mencari rezeki untuk raya tidak lama lagi.

Beginilah rutin harian sepanjang bulan ramadhan.

Habis waktu berkerja, Nora terus datang ke booth di Busana Menara Mara take over untuk sesi malam pula.

Ada masa, boleh datang ke booth Nora, mana tahu ada yang berkenan di hati untuk diperagakan sepanjang raya nanti ;)

Bila mula berniaga ini, Nora mungkin terlepas padang sesuatu tentang zarra.

Baru-baru ini, ada kes berlaku dimana seorang bapa telah perasan terdapat beberapa video pelik di laman YouTube yang sering menjadi tontonan anak-anaknya.



Pada awalnya, video tersebut kelihatan biasa sahaja dan tiada apa yang mencurigakan. Namun, setelah menonton sendiri video tersebut, beliau mendapati video itu agak 'mengganggu' dan tidak wajar ditonton oleh kanak-kanak.

Ini yang buat Nora risau bila terbaca perkongsian beliau. Cukup risau bila Zarra memang suka buka youtube.

Selalunya Nora akan download cerita apa yang dia suka tengok.

Bukan apa, korang pun tau kan, kadang buka youtube macam-macam video yang disuggest kan. Zarra ni lain sikit dia cakap nak tengok cerita kartun tapi kadang kalau alpa sikit mula dia explore.
Pernah dia kata nak tengok frozen tau-tau keluar frozen yang lucah, budak mana tau benda elok ke tidak. Asalkan ia lucu mereka suka lah tengokkan. Mengucap juga nora masa tu.
.
Pernah hari tu dia sanggup kena tinggal semata-mata nak layan youtube. Salah satunya sebab wifi free.

Nora pesan jangan tengok cerita bukan-bukan. Dia cakap dia nak tengok Elsa.




Tapi bila cek dia tengah ralit sangat layan youtube, nora sergah. Sekali tengok masyaAllah, suka sangat dia tengok parody dari orang putih ni. Elsa mengandung lepas tidur dengan spiderman, makanan dijadikan najis. Ngeee pengotor sangat kot. and paling nora risau bila Frozen jadi lesbian..

Benda ni tak senonoh bagi nora.

Kanak-kanak bukan tau benda yang dia tengok elok atau tidak, Janji ada watak yang dia minat, dia akan tengok.

So Nora slow talk dengan zarra kata cerita tu tak bagus dan tak baik. Macam-macam zarra tanya kenapa tak boleh. Cerita tu best kelakar katanya.


Haaa jenuh mak nak terangkan dekat dia tau...
.
Susah bila anak pandai explore sendiri video yang dia suka. Sebagai ibu bapa Nora memang betul-betul risau. Risau bila kita alpa dan leka.

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini yang mana ibu bapa boleh block channel dari youtube.


Ikuti langkah ini:

  • Langkah 1: Pergi ke laman YouTube dan cari channel yang dikehendaki.
    Langkah 2: Klik channel tersebut.
    Langkah 3: Pada channel tersebut, klik About.
    Langkah 4: Kemudian klik pada simbol flag dan klik Block user
  • Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh mencuba browser lain selain daripada yang selalu kita guna. Baru-baru ini nora ada jumpa browser yang mesra pengguna dan paling penting browser ni dah menyekat laman-laman web yang berunsur lucah. Salam Browser direka khas khusus untuk pengguna di negara kita kerana ia mengikut syariat. Walaupun browser ini masih diperingkat BETA tapi ia masih mampu menyekat laman web yang tidak baik.

Salam Browser - Pantau Kandungan Tidak Senonoh


Salam Browser - Pantau Kandungan Tidak Senonoh

Mesti korang pun risau kan. Ibubapa mana yang tidak risau, bila 'soft porn' seperti ini berleluasa di alam maya.

Cuba korang download Salam Browser, Ia dikatakan sangat membantu mengurangkan tahap kerisauan korang.

Untuk maklumat lanjut dan muat turun Salam Browser, anda boleh layari www.salambrowser.com 

Diharapkan, selepas ini ibu bapa lebih mengawasi aktiviti anak-anak anda di laman sosial. Tidak kiralah YouTube, Facebook atau apa saja sekalipun.

Haa selain dari tu, Salam Browser ni BEST kalau download. Ada beberapa keistimewaan Salam Browser antaranya :

1. Senang untuk Download video dari Youtube.

**Special youtube di Salam Browser sebab ada button DOWNLOAD

2. Menjimatkan Data.

**Ada fungsi penjimatan data di Salam Browser. Korang cubalah mesti berbaloi-baloi.

3. Mempunyai hadis yang berlainan setiap hari di paparan utama Salam Browser.


Pepatah ada mengatakan "Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah."

2 Comments

  1. memang kena pantau sekarang ni,bahaya

    ReplyDelete
  2. Haishhh pandai org putih sekarang nak rosakkan kepala dan attitude budak2.. Sebaik ada salam browser ni

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿