Salam Sayang...

Dapat tebu selesai tayangan. Tebu sebagai bahan utama dalam proses merawat pesakit yang di gunakan oleh Dukun Sudin

Malam Gala DUKUN DOKTOR DANI sebuah filem arahan pertama Sabri Yunus yang telah diadakan pada 25 Julai 2016 yang lalu. Nora berkesempatan menghadiri pada tayangan perdana filem  Dukun Doktor Dani yang diterbitkan oleh Astro Shawn di The Curve, Mutiara Damansara.


Filem ini bergenre bergenre drama / komedi yang menggabungkan barisan pelakon berbakat besar dan popular seperti Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Arwah Yus Edoo, Raysha Risroze, Sabri Yunus, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Dukun Doktor Dani menampilkan penyanyi terkenal dari negara Singapura, Taufik Batisah yang selama ini dikenali menerusi lagu-lagu popularnya, diketengahkan buat julung kali di Malaysia dengan menggalas watak utama sebagai Dani. Sementara itu, bagi model dan pemenang Dewi Remaja 2016, Raysha Risroze, beliau telah berjaya menunjukkan bakat lakonannya dalam filem pertama beliau.


Filem Dukun Doktor Dani juga menjadi filem terakhir lakonan pelawak popular, Allahyarham Yus Jambu di layar perak. Filem ini juga menampilkan kelainan kerana Sabri lari daripada kebiasaan dengan memberikan Yus watak serius.
Menjadi seorang pelakon yang baik, Arwah Pak Yus berjaya membawakan karakter yang diberikan dengan cemerlang.
Al- Fatihah untuk Arwah Pak Yus.
 Okeh, ini pertama kali nora pergi tayangan perdana tak snap gambar dengan para pelakon. Heheheheh hakak malu okehh... Tapi jangan kecam jangan muak tengok gambar gedik hakak ye. Terima kasih BlogRetis atas jemputan ini.
Berangan macam artis tak?


SINOPSIS DUKUN DOKTOR DANI

Dukun Doktor Dani mengisahkan tentang Dani yang membuat keputusan untuk tidak lagi menjadi seorang doktor dan kemudian dia pulang ke kampung dan bekerja dengan dukun Sudin. Keadaan menjadi kalut apabila dukun Sudin meninggal dunia dan Dani mengambil alih tempat dukun Sudin dengan caranya sendiri. Adakah penduduk kampung boleh menerima Dani mengubati mereka? Adakah Dani akan menjadi dukun buat selama-lamanya atau dia kembali menjadi doktor? Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Jangan lupa menonton di pawagam hari ini.

4 Comments

  1. Jalan cter mcm menarik. Tp xtau la bilanya masa dpt tgok ni...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best yunk.. Cerita ni kelakar bersahaja. Sarat dengan moral yang baik. Tak rugi tengok.

      Delete
  2. Nak tgok..tp xde kawan..cik abg akak x suka tgok citer melayu

    ReplyDelete
  3. x sabar nak tgk cerita terakhir lakonan arwah pak yus..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿