Salam sayang,

Fettucine Carbonara

Spaghetti Carbonara  adalah makanan kesukaan zarra. Dari dia umur 2 tahun memang nora dah ajar sedikit sebanyak makanan kanak-kanak secara bento. Sejak dia berumur 6 bulan juga nora follow pemakanan untuk baby. Sepanjang umur 6 bulan sehingga 2 tahun memang nora cuba elakkan zarra dari makan makanan segera yang mempunyai perasa. Masa zarra lingkungan umur itu, hari-hari nora masakkan untuk zarra. Sedari kecil nora dah dedahkan zarra dengan cheese tetapi dengan pilihan cheese yang sesuai dengan umur zarra tika itu.


And now, zarra dah berumur 4 tahun 9 bulan dan dia bukanlah seorang anak yang berbadan besar, tapi bagi nora cukup sekadar zarra dalam keadaan sihat, aktif dan bila sakit tidak merengek. Now badan dia susut sebab kurang makan nasi.


Sorry nak merapu pula. Ok jom cerita pasal carbonara. Zarra sangat suka carbonara berbanding bolognese. Sebabnya, zarra selalu anggap warna merah itu pedas. Dan kesilapan itu sebenarnya dari nora juga kerana kurang beri pendedahan kepada zarra.

Spaghetti Cabonara pembuka selera zarra tiap kali nora ambil dia duduk bersama nora. Dengan tambahan chesse atas permintaan zarra.

Untuk Carbonara, nora selalu buat yang simple. Guna bahan yang basic sahaja.

Bahan-Bahan

Spaghetti
Prego Carbonara @ Full Creamer (Guna salah satu @ kedua-duanya)
Cheddar Cheese
Mushroom (tidak letak pun boleh)
chicken/beef (kisar) @ sosej (slice/dadu)
bawang putih (potong dadu/cincang)
butter
Oregano / Mixed Herb
Black Pepper
Air
Perasa
Parmesen Cheese

Cara-cara :

Rebus dulu spaghetti ke dalam periuk (titiskan sedikit minyak masak) sehingga masak/lembut.

Cairkan butter dan tumiskan bawang putih sehingga naik aroma, kemudian masukkan chicken/beef (kisar) @ sosej masak sehingga kering. Masukkan sedikit air kemudian masukkan sedikit sos prego carbonara bersama full cream. Selalunya, kalau tiada sos prego nora hanya menggunakan full cream sahaja. Kacau sebati, masukkan mushroom yang dipotong dadu. Masukkan cheese, perasa, black pepper dan kacau sehingga masak. Last sekali masukkan oregano/mix herbs. Setelah dihidang baru taburkan parmesen cheese

Simple dan sangat mudah. Sekarang pun kalau lambat bangun sementara nak mandi nora akan rebus spaghetti, siap mandi dan lain-lain nora akan mula masak. Actually nora selalu hanya letak sosej sahaja.


Rindu nak masakkan zarra. Ini lah menu yang selalu dia request dan sometime nora yang rasa bosan. Heheheh.. But asalkan zarra nak makan nora tunaikan sahaja. Anak happy kita pun happy kan??



6 Comments

  1. k.el pun sllu buat gak resepi ni sedap ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a sedap kak. tekak omputeh kononnya. heheheh tp ank pun mmg suka sgt menu ni. kita sep kak.

      Delete
  2. Lapar pula tengok.. Nak try buat la esok.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah buat. simple and mudah sgt... Mesti dah rasa nak lagi dan lagi. heheheh

      Delete
  3. wahhhhh... berselera zara makan...omeiiinya muke dia mcm anak patung

    ReplyDelete
  4. alahai ni cik sue pun gemar ,hantu pasta heheheheh...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿