Salam kesayangan...

Untuk makluman semua, kepada mereka yang pernah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) anda kini boleh mengemaskini permohonan mulai hari ini 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016 seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2017 yang lalu. Sebelum ini nora ada share tentang kenaikan pemberian BR1M untuk tahun 2017. (Sila Rujuk Sini)


Permohonan dan kemaskini BR1M boleh dibuat secara online. Klik link berikut : https://ebr1m.hasil.gov.my

Permohonan BR1M 2017

  • Isi rumah dengan kelayakan (e0Kasih) akan dapat RM1200
  • Isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dapat RM1200
  • Isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 akan dapat RM900
  • Bujang 21 tahun ke atas dengan pendpatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dapat RM450
Tarikh Pembayaran BR1M 2017



  • Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima mengikut kategori isi rumah (ketua keluarga dan warga emas) akan diagihkan secara berperingkat sebanyak tiga kali setahun iaitu Februari, Jun dan September 2017.


  • Kategori bujang atau individu akan dibayar sekali pada bulan Februari 2017.


Jadual Pembayaran BR1M 2017

Berikut adalah ringkasan bayaran BR1M 2017 mengikut kategori pendpatan bulanan.

Pendapatan Isi Rumah Bawah RM1,000 (e-Kasih)

  • Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
  • Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
  • Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017
Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000

  • Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
  • Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
  • Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017
Isi Rumah RM3,001 hingga RM4,000
  • Ansuran Pertama : RM300 pada Januari 2017
  • Ansuran Kedua : RM300 pada Mei 2017
  • Ansuran Ketiga : RM300 pada September 2017
Bujang/Individu

  • RM450 pada Januari 2017
Sebarang soalan mengenai BR1M boleh rujuk atau hubungi di talian seperti berikut :

  • Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor Bebas Tol LHDN 1-800-88-2716
  • email : br1m@treasury.gov.my

0 Comments