بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Salam korang...

Masih Tak Boleh Move On - Aeril Zafrel
Baru-baru ini nora dapat berjumpa dengan artis pujaan hati nora. Sampai ke hari ini nora masih tak move on. Haishhhh bila mata bertentang mata, hati jadi tak keruan.. Gituhhhh.


Cafaeyen di IOI Mall Putrajaya

Ok, sebenarnya baru-baru ini nora dapat menikmati Thai Tea di CAFAEYEN IOI City Mall, Putrajaya. Haaaa kalau korang nak tahu,  masa ini Aeril Zafrel merupakan jemputan khas Thai Tea ni khas dibuat oleh  pada sabtu yang lalu. Kira rezeki nora okeh...


Menu yang di order


Adik mr.arrogant with her friend


Untuk pengetahuan korang, CAFAEYEN merupakan sebuah restoran makanan Thai yang popular di Bangkok, Thailand dan kini ia berada di Malaysia. CAFAEYEN di buka di Malaysia dengan tujuan untuk memperkenalkan budaya makan di Bangkok dan bahan-bahan yang digunakan di CAFAEYEN diimport khas dari Bangkok, Thailand seperti herba, cili padi, sos yang digunakan dan pelbagai lagi. Ini adalah bagi memastikan CAFAEYEN di Malaysia menyediakan makanan sebenar yang mempunyai rasa asli dari Bangkok, Thailand khusus untuk pelanggan di sini.


Ruangan Makan dan Tulisan Thailan berada di dinding

Betapa excited nya nora bila berdepan dengan Aeril, dan paling seronok sebab Aeril menyediakan sendiri Thai Tea dan serve kepada pelanggan yang datang pada hari itu. Nora ke sana atas jemputan dari PR untuk menikmati Thai tea yang dibuat oleh Aeril. Nora ke majlis ini bersama dengan adik mr.arrogant dan kawan-kawan dia.


Aeril Zafrel Menyediakan Thai Tea

Thai Tea yang dibuat khas oleh Aeril Zafrel

Ok, di CAFAEYEN banyak menu yang boleh korang cuba kerana kebanyakan menu yang ada di sini lebih kurang menu kedai-kedai tomyam. Tetapi, bezanya di CAFAEYEN adalah keaslian masakan makanan dari Bangkok, Thailand yang memberi kelainan rasa terutama pemilihan TomYam, mee, sup dan sayuran.



Menariknya di CAFAEYEN ini adalah minuman signature dari Cafaeyen sendiri iaitu kopi susu. Antara minuman yang korang boleh nikmati di sini adalah seperti berikut.



Signature Drink Cafaeyen
Untuk pengetahuan korang, ini merupakan minuman signature Cafaeyen yang terdiri daripada kopi susu. Namun ada sedikit perubahan mengikut citarasa Malaysia. Antaranya adalah Strawberry Soda, Thai Tea, Green Tea, Coffee, Roselle yang boleh korang rasa dan nikmati.


Fruity Coke - RM14.90
Masa mula nora sampai di sini, nora suka tengok set air di dalam bekas yang di kelilingi buah-buahan. Fruity Coke merupakan minuman khas di Cafaeyen kerana minuman ini datangnya dengan campuran coke dan buah campuran di dalam satu bekas yang unik. Macam dalam pasu gituhh..
Menikmati Fruity Coke


Adik mr.arrogant dan kawan-kawan dia order makanan untuk mereka menikmati keaslina masakan dari Bangkok, Thailand. Salah satunya Thai Fish Cake. Bila sekali pandang ia seperti fish cake yang biasa tetapi bila dah makan ia sangat memberikan kelainan kerana gabungan rasa segar ikan bersama herba Thai dan rempah menjadikan Thai Fish di Cafaeyen berbeza dengan restoran lain. Ini menjadi menu kewajipan bagi korang yang gemar makanan simple.
Thai Fish Cake - RM10.90
Selain dari itu, korang boleh cuba Tomyam dan menu masakan Thai yang lain di Cafaeyen. Antara menu masakan Thai yang popular di Bangkok adalah seperti di bawah ini.


Tomyam Kung Mor Fire - RM38.90


Som Tam - RM9.90

Kailan With Salty Fish - RM14.90


Hoi Lay Pad Prik Pao - RM17.90


Nam Sai Gai - RM11.90



Mango Sticky Rice - RM16.90

Ok, kalau korang datang ke IOI City Mall, Putrajaya atau di kawasan berhampiran, korang boleh cuba menikmati hidangan asli dari Thailand di restoran Cafaeyen. Untuk info lanjut mengenai restoran ini korang boleh rujuk di bawah :

Alamat:
LG-36, IOI City Mall, Lebuh IRC,
IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: +6012 2900 449
Harian: 10:00-10:00


3 Comments

  1. Time bancuhkan air pun still nampak handsome. hahaha! best dapat waiter cenggini 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. tau xpe.. tak leh tahan tgk dia punya senyuman dan tenungan mata.. OMG... =))

      Delete
  2. bestnya dapat selfie dgn aeril zafrel.kirim salam dekat dia ya akak

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿