Koleksi Nejlikor 3 Seater Sofa

Baru- baru ini Nora berkesempatan menghadirkan diri di Pelancaran Pembukaan Cawangan Baharu Joy Design Studio di Johor Bahru. Untuk pengetahuan korang, Joy Design Studio merupakan sebuah syarikat perabot Malaysia yang mula ditubuhkan sejak 2014 lagi bermula di Shah Alam.

Majlis Pelancaran Joy Design Studio
Joy Design Studio diterajui oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal merupakan pengasas merangkap pengarah di syarikat ini. Beliau seorang yang berani menceburi dunia perniagaan dan bermula dari bawah dengan sikap rendah diri dan mempunyai semangat yang mengagumkan. Sheikh Azrul melanjutkan pengajian Diploma Taylor's University Malaysia kemudian lulusan Sarjana Muda di Glasgow University United Kingdom dan Jurusan Seni Bina.

Koleksi Rosaura 3 Seater Sofa
Menurut beliau, "Sejak kecil saya menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang arkitek dan ya, saya berjaya melakukannya. But i don't want to stay in a box. Saya mahu lebih dari itu"
Semasa sesi Q&A oleh Sheikh Muhammad Azrul
Oleh itu, pembukaan unit perniagaan baharu di Johor merupakan cawangan ketiga bagi Joy Design Studio yang terletak di Pusat Perdagangan Danga Utama, Johor Bahru. Cawangan baharu ini iaitu JOY ID & CAFE yang berkonsepkan kafe dalam permis dengan nama CUPPAJOY dan firma konsultan rekabentuk dalaman., JOY DESIGN & BUILDING yang bakal beroperasi di ibu pejabat di Setia Alam, Shah Alam.

Ruangan Kafe CUPPAJOY di Showroom JOY, Johor Bahru

Pembukaan bilik pameran Joy Design Studio di Johor Baharu adalah berdasarkan daripada kajian yang terperinci oleh syarikat ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Cawangan baharu ini juga merupakan bilik pameran yang terbesar JOY setakat ini selain daripada lokasi yang stratergik dengan kawasan tumpuan penduduk Johor Bahru.

Koleksi Lilya Aemchair and Lilya 3 Seater Sofa
Bilik pameran gedung perabot ini sangat unik dengan sentuhan yang menarik memberi keselesaan kepada pelanggan untuk merasai suasana membeli belah yang nyaman dan mewah. Ini kerana, syarikat ini diperkenalkan produk mewah mampu milik iaitu JOY COLLECTION.

Terasa kemewahan dengan koleksi scandinavian sofa dari JOY
Apa yang di bawakan oleh studio ini adalah lebih berkonsepkan perabot mid century dan Scandinavian yang mengikut arus trend di Malaysia yang lebih cenderung ke arah rekaan abad pertengahan iaitu rekaan lebih kecil namun tetap elegan.

Kejayaan terbaru JOY pada tahun ini adalah dengan membuka bilik pameran terbesar yang memiliki kafe tersendiri dengan dilengkapi mesin kopi serta barisan barista yang akan menyediakan hidangan kopi panas yang menyegarkan. Bagi Nora, menariknya studio JOY di Johor ini mampu menarik lebih ramai pelanggan kerana ia cukup menitikberatkan keselesaan pelaggan.

Coffee Table
"Kakitangan jualan kami bukan sahaja cukup terlatih, tetapi juga memiliki pegetahuan Rekabentuk Dalaman yang mampu memberikan perkhidmatan kepada pelanggan" kata Sheikh Mohamad Azrul SM Nasimuddin Kamal
Sebagai syarikat milik sepenuhnya anak Malayisa, JOY sememangnya sentiasa menyokong kehadiran jenama tempatan dan ini memberikan persaingan yang sihat di dalam perniagaan serta membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk mewujudkan platform perniagaan bersama JOY.

Koleksi Rugs
Konsep yang diketengahkan oleh Joy Studio Design adalah sangat minimalist yang mana mampu memberi keselesaan, kemewahan pada ruang kompak dengan harga mampu milik. Pemilihan konsep mid century dan Scandinavian sangat relevan kepada masyarakat hari ini yang inginkan konsep yang sederhana namun tetap elegan.

Koleksi Sofa yang Elegan iaitu Design Norwing 3 Seater
Nora minat koleksi sofa dan beberapa kerusi yang berada di bilik pameran ini. Dari segi warna dan design sangat menarik dan sesuai dengan peredaran zaman di mana ia menjimatkan ruang rumah masa kini.

Koleksi Kerusi di Joy Design Studio
Menurut Sheikh Azrul, " Kami sedang merancang membuka gedung keempat di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat dari wilayah Utara. Selain itu, JOY akan menambahbaik dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistik dan produk"

Pengasas Joy Design Studio : Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal
Gambar : Nazlan Nasir

Pameran di Joy Design Studio, Johor Bahru
Kini, Joy Design Studio telah memiliki tiga bilik pameran di Malaysia iaitu di Setia Alam, Shah Alam, Bangsar, Kuala Lumpur dan terbaru di Johor Bahru. Cawangan baharu ini mampu berfungsi sebagai pintu masuk kepada JOY untuk berjinak dalam pasan antarabangsa.

Gambar Kenangan bersama Rakan Blogger dan Pengasas Joy Design Studio
Gambar : Rawlins
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Joy Design Studio boleh layari :

Web : www.joyd.my
FB : facebook.com/joydmy
Email : joydesignstudiomedia@gmail.com


9 Comments

  1. memang telan air liur tengok koleksi perabot dan hiasan rumah ni kan.. kalaulah dapat 1 set sofa cantik2 tu..fuhhh bahagia..hehehe

    ReplyDelete
  2. nak juga terjah ni,tak jauh sangat ni dengan rumah

    ReplyDelete
  3. wahhh cantik2 nya design sofa kat sana...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya sofa yg warna mint tu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ummi...ada cerita disebaliknya kn...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿