Pucuk Paku Goreng Ikan Bilis - 2181
Salam Hujung Minggu!!!
Masak apa harini korang? Maklumlah cuti hari minggu mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk memasak di rumah makan bersama keluarga atau ada yang keluar beriadah bersama keluarga.
Pucuk Paku Goreng Ikan Bilis |
Cuti weekend ni, Nora tak ada plan ke mana-mana memandangkan keadaan badan tidak berapa sihat dan kerja banyak yang perlu diselesaikan. So, baru-baru ini Nora ada berkesempatan pergi ke pasar malam di Ampangan, Seremban Negeri Sembilan teman en.tunang beli barang. Geram sangat nampak pucuk paku segar yang di jual di pasar malam di situ dan Nora pun beli seikat dengan harga RM2.00 sahaja. Banyak jugak.
Biasanya korang buat apa dengan pucuk paku tu? Masak apa yang selau korang buat?
Untuk simple menu Nora cuma masak Pucuk Paku Goreng Ikan Bilis. Makan dengan nasi panas atau bubur pasti akan bertambah-tambah.
PUCUK PAKU GORENG IKAN BILIS.
Bahan-bahan :
Pucuk paku - Nora guna 1 ikat @ 1 cekak
Bawang Merah - 3 biji
Bawang Putih - 2 ulas
Cili Padi - 5/10 biji
Ikan Bilis - suku genggam. Atau ikot citarasa
Sos Tiram - sesudu
Bahan perasa
Cara-cara :
Tumbuk bahan-bahan bwang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk sehingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur pucuk paku. Kacau sebati dan sementara tunggu sayur lembut masukkan sedikit bahan perasa. Kacau-kacau bagi rata dan siap boleh dihidangkan.
Simple menu macam ni sesekali makan mau bertambah nasi. Sedap makan dengan nasi panas atau bubur. Tambah pula ada ikan goreng lagi menjadi tambah nasi. Hehehehhehe
Selamat berhujung minggu korang.
2181
2181
8 Comments
Makan dgn nasi panas memg sedap jan nora
ReplyDeletesedapnyaaa. busyra suka gila pucuk paku..
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeleteKalau kat Sarawak popular dengan pucuk midin..
ReplyDeleteMemang sedap menu ni..makan pulak dgn nasi panas. Perghhh
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
dah lama tak masak pucuk paku ni...yummy makan lauk ni dengan nasi putih pun dah cukup.
ReplyDeleteAmboi sedapnya lauk. Kalau ana ada lauk mcm ni makan dgn ikan goreng dah lebih dr cukup.
ReplyDeletesedapnya pucuk paku ikan bilis. makan dengan nasi panas2x. lazatnya. campur ikan goreng bertambah sedap kak. hihi.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿