Salam you olss...

Selamat berhujung minggu.
Korang masak apa cuti-cuti ni?
Sementara ada ruang dan peluang bersama insan tersayang, apa salahnya korbankan masa untuk mereka. Syukur dapat cuti, so dapatlah Nora bersama zarra lama sikit.


Bila di kampung, macam-macam yang nak di buatnya. Maklumlah seronok main masak-masak bila ada yang nak makan. Heheheh.

Kali ni Nora nak share resepi yang mudah dan sedap di makan begitu sahaja ataupun sinonim makan dengan soto.

RESEPI BERGEDEL AYAM

Bahan-Bahan

Kentang (5-7 biji)
Isi ayam (option boleh guna isi ayam kisar segera)
Bawang
Lada Hitam / Lada Sulah
Daun sup
Perasa
Telur (untuk menggoreng)

Cara-Cara

Potong kentang dan kemudian goreng. Option ada yang suka rebus. Mengikut kretiviti uols. Kalau Nora memang suka goreng. Dah siap goreng korang lecek-lecekkan kentang tadi. Ayam pula Nora ambil bahagian isi sahaja kumudian goreng dan kisar/tumbuk. Nora senang tumbuk je sebab ayam tu goreng separuh masak. Guna isi ayam kisar pun boleh juga.

Kentang dah goreng
Siap kedua bahan utama, satukan kedua-duanya. Masukkan bawang yang ditumbuk, masukkan lada hitam/lada sulah, masukkan perasa, masukkan daun sup gaul sebati.

Ayam dan kentang di lecek/kisar/tumbuk
Dah sebati cukup rasa, so korang boleh kepal-kepal atau bulat-bulatkan ikut kretiviti korang ya. Dah siap bulat-bulat korang ketepikan dahulu.

Tambah perasa + bawang + lada hitam + daun sup
Pecahkan telur letak sedikit perasa dan kocak. Panaskan minyak dan ready untuk goreng bergedel. Celup bahan yang telah dibulat-bulatkan ke dalam telur kemudian goreng. Buat sehingga habis.

Bergedel yang telah dibulatkan
Dah siap, bergedel boleh di makan begitu sahaja atau di makan bersama soto.

Jom tonton video Resepi Bergedel Ayam :





Korang juga boleh makan bergedil ayam bersama Soto Super Sedap

9 Comments

  1. Fav ena ni! Boleh la try nanti. Simple je resepinya. Terima kasih kak aauummmnomnom

    ReplyDelete
  2. Fav saya juga ni.. Kalau ada ni kat open house memang ambil banyak2.. haha

    ReplyDelete
  3. Begerdil memg sedap di makan mcm tuh saja.

    ReplyDelete
  4. Faveret auni kalau bergedil ni, tapi lebih suka kalau kentangnya direbus. Letak bawang goreng memang best!

    ReplyDelete
  5. Wahh berselera tengok ni. Dahlah tadi drive hujan.. skrng tengok ni lapar pulak haha.. best2 :D

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.. nice sharing.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿