Salam kesayangan...

Entri throwback yang mana kisah ini berlaku pada bulan Julai lalu.


Menginap di Hotel De Art selama 2 hari 1 malam adalah hadiah birthday untuk suami. Haaa kebetulan tarikh birthday suami 29 Julai 2018 jatuh pada hari ahad, makanya dapat penginapan di hotel yang menarik terletak di Seksyen 9, Shah Alam.


Nora kira bertuah tau dapat menginap di hotel yang mempunyai decoration yang cantik dan menarik sebab ini Hotel De Art merupakan 1st Art Themed Boutique  Hotel selain harga yang terlalu murah serta selesa. Hotel De Art Seksyen 9, Shah Alam ni baru sahaja dibuka beberapa minggu pada Julai 2018. Ini merupakan hotel ke 9 daripada 5 di cawangan Hotel De Art  iaitu di I City, Shah Alam, Seksyen 7, Shah Alam, dan USJ Subang dan Seksyen 19, Shah Alam.



Melangkah je masuk ke dalam hotel, Nora tertarik sangat pada art yang berada di dinding kaunter dan ruangan loby. Sangat colorful dan memikat hati. Konsep yang digunakan di Hotel De Art Seksyen 9 ni adalah Artistic Room berinspirasi "Hope and Imagination". Bagi Nora untuk stay release tension dengan harga yang murah tidak kiralah ia berapa bintang pun kan. Bagi Nora Hotel De Art yang ada di Lembah Klang sangat sesuai untuk korang yang ingin menginap bersama keluarga.


Macam biasa, dalam setiap bilik hotel pasti ada disediakan television, pemanas air, coffee, mineral dan glass. Nora dapat menginap bilik yang selesa ada 2 katil queen dan bersebelahan tingkap. Cukup selesa untuk kami 3 beranak menginap di sini.


Seperti biasa di dalam setiap bilik hotel pasti ada menyediakan beberapa tools atau barangan sebagai kemudahan pelanggan. TV yang cukup besar untuk di tonton serta cawan dan minuman di sediakan.




Manakala dari segi bilk air pula, Hotel De Art menyediakan ruang cukup selesa untuk mandi. Terdapat juga kemudahan pengering rambut serta mandian dan shampoo.



Hotel De Art Seksyen 9, Shah Alam ni terletak berhampiran dengan Hotel Concorde, Shah Alam, Plaza Shah Alam dan bersebelahan dengan IPD Shah Alam. Kalau nak ke Plaza Shah Alam tu jalan kaki je around 3-5 minit je tau. Lagipun dari luar hotel boleh dah nampak bangunan Plaza Shah Alam.


Selain dari itu, apabila dah berada di Shah Alam korang boleh juga pergi ke I City Shah Alam yang terletak di Seksyen 7, Wetworld Shah Alam, Tasik Shah Alam. Part paling best korang leh shopping kain di Jakel Shah Alam. Hehehehe


Harga yang di tawarkan oleh Hotel De Art lingkungan harga serendah RM88 sehingga RM228 sahaja. Setiap booking hendaklah dibuat 3 hari awal untuk dapatkan bilik yang diingini. Korang juga boleh terus walk in. Korang boleh pilih mana-mana cawangan Hotel De Art mengikut citarasa korang.



Ye lah koang boleh pilih theme cartoon, flora and fauna, anime, graphics, artistic, superhero ermmm banyak lagilah... Nak feeling english decoration and ala-ala king boleh pilih themed yang menarik tau. Love it !

Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk di sini :

Hotel de Art Seksyen 9
26, Jalan Tengku Ampuan Zabedah,
9/G Seksyen 9, 40100 Shah Alam
Selangor, Malaysia

Telephone : +60 3-5888 7890




































9 Comments

  1. cantiknya, hotel baru ni, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a cantik dan murah. sesuailah ikut budget.

      Delete
  2. cantik sangat decoration dia! Walaupun simple tapi cukup lengkap semua

    ReplyDelete
  3. Wah menarik ni..ingat nak saje2 lepak sini la bawak kakak Dania...mesti best...

    ReplyDelete
  4. Suka stay dekat hotel de art ni sbb mural dia cantik2 semua. Best utk bergambar. Ana hari tu stay dkt sek 7 tu. Plan nak stay lagi.

    ReplyDelete
  5. cantik lah hotel ni. pencinta seni of course suka!

    ReplyDelete
  6. Sungguh berseni... Sesuai dengan nama hotel.

    ReplyDelete
  7. Cantik hotel ni, harga pn berpatutan

    ReplyDelete
  8. wah, dekat rupanya dengan hotel Concorde ye. baru tahu. boleh la try. murah pun murah

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿