Assalamualaikum semua....


Nora nak tanyalah korang selalu beli belah barang keperluan dapur di mana ye? Maklumlah banyak tempat sekarang kan, mungkin ada di pasar borong, pasar segar, pasar tani, pasar malam ke kan. Kalau Nora, ikut mood selalunya dan mana tempat yang terdekat.


Haaaa, kali ni Nora nak share dekat korang yang baru-baru ni Nora beli belah barang basah murah di Segi Fresh Market. Macam ni ceritanya, weekend baru-baru ni Nora ke KL atas urusan ambil barang di rumah adik. Sesambil tu dah alang-alang ada di KL Nora singgah ke Segi Fresh Market yang dekat dengan rumah adik. Bukan apa, sebelum Nora pindah ke Negeri Sembilan boleh di katakan Nora kerap beli belah barang basah dan dapur di Segi Fresh Market yang terletak di Kampung Melayu Subang.


Memandangkan nak balik ke Negeri Sembilan awal, jadi Nora ajak suami ke Segi Fresh untuk restock barang keperluan dapur. Yelah kalau pergi pagai-pagi ni, memang fresh semuanya. Yang membuatkan Nora suka beli barang basah dekat Segi Fresh Market ni sebabnya barang-barang dia segar-segar, murah-murah dan susunan barang yang teratur.


Untuk pengetahuan korang, barangan di Segi Fresh murah sebab tak melalui orang tengah. Selain itu, Segi Fresh juga mengawal kualiti kesegaran produk dengan cara penyimpanan dan pengedaran kepada pengguna. Segi Fresh juga merupakan rangkaian pasaraya borong untuk peniaga dan pengguna selain menjadi pusat pengedaran barang-barang. Senang kata macam edar kepada outlet-outlet gitu.



Segi Fresh bukan sahaja segar, murah dan mudah untuk membeli belah. Haaa tu sebablah Segi Fresh sentiasa dekat di hati pengguna.


Terdapat lebih 30 cawangan Segi Fresh di seluruh Malaysia dan Sehi Fresh menyediakan pembelian atas talian yang mudah dan cepat. Bagi mereka yang bekerja khususnya wanita berkerjaya, korang boleh beli-belah secara atas talian di segifresh2u.com . Haaaa best kan, and kalau nak tahu, pembelian online ni dah bermula sejak 2015 telah diperkenalkan.


Apa yang membuatkan Nora suka beli belah di Segi Fresh ialah barangan yang ada di pasaraya ini segar dan berkualiti terutama barangan basah selain dari susunan barangannya teratur dan mudah untuk kita memilih dan membeli. Ruang antara barang basah yang lain pun besar. Dengan ini memudahkan Nora nak tolak stroller Anaqi dan pilih barang manakala suami boleh tolak trolley. Haaa leh pilih sesama kan. Nora prefer untuk beli belah di Segi Fresh berbanding pasar malam atau pasar tani.



Inilah hasil Nora mencandat barang keperluan dapur barang basah di Segi Fresh. Berbaloi baloi dengan harga murah, segar dan pilihan yang banyak.


Jom pilih barangan "segar, murah dan berkualiti" hanya di Segi Fresh. Confirm puas hati dan akan datang lagi.

Untuk maklumat lanjut layari laman web di bawah :



Online Shopping

5 Comments

  1. Deakt dgn rmah kami, mmg selalu ke sini

    ReplyDelete
  2. sama lah, suka beli barang dekat segi jugak. murah & fresh

    ReplyDelete
  3. ala bestnya nora dah shopping groceries kat segifresh. kalau ada dekat rumah ana kan best. dah lah semua fresh dan murah2 kan.

    ReplyDelete
  4. Bonde memang suka shopping barang dapur dekat Segi, sebabnya bahan basah semua segar dan murah-murah

    ReplyDelete
  5. sgt la cantik brg basah nyer. bersih. cantik tersusun kan.
    sayur2 nyer colorful. menarik perhatian!

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿