Hallooo book lovers, sudah pastinya ini berita baik untuk anda !


Big Bad Wolf Segalanya Ada Di sini. Nora percaya semua orang tahu bahawa Big Bad Wolf merupakan Jualan Buku Terbesar dunia yang melibatkan banyak negara bukan sahaja Malaysia malah Indonesia, Filiphina, Thailand dan banyak lagi.

Kalau korang datang ke Big Bad Wolf ni, banyak buku yang boleh korang cari dari pelbagai genre yang terdiri daripada buku terlaris di pasaran hingga ke buku aktiviti dan banyak lagi dengan diskaun 75% sehingga 95%. Dengan ini, sudah semestinya BBW pasti mencapai matlamat yang mereka inginkan untuk menggalakkan orang ramai dari semua peringkat umur untuk amalan suka membaca.


Sesiapa yang ulat buku sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk menghabiskan masa di sini. Maklumlah pelbagai genre buku ada di sini. Bagi Nora, bila datang sini mesti cari Novel bestseller, thriller dan banyak lagi. Selain itu Nora juga suka ke bahagian kanak-kanak untuk buku-buku Zarra terutama buku latihan dan aktiviti.




Kepada mereka yang tinggal di Negeri Sembilan terutama area Seremban, BBW 2019 ini telah bermula sejak 27 Jun 2019 dan akan berakhir pada 07 Julai 2019. Big Bad Wolf di Mydin Mall Seremban 2 mula beroperasi pada 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Nora telah datang ke sini membeli belah buku-buku yang menjadi pilihan. Rambang mata masuk sini tau.


Apa yang lebih menarik di sini kebanyakkan buku yang ada dijual dengan harga yang murah berserta diskaun yang tinggi. Paling seronok Nora pilih buku aktiviti untuk Zarra sebab ia dijual serendah RM1 saja tau.


Untuk pengetahuan korang, terdapat lebih daripada 40 penerbit tempatan termasuk penerbitan Novel Malaysia dalam jualan buku terbesar Big Bad Wolf (BBW) di sini. Jadi, korang jangan risau jika korang meurpakan peminat novel bahasa melayu mahupun novel bahasa inggeris, banyak pilihan untuk kedua-duanya ! Seronok kan ?


Haaa bab pembayaran pula, korang janganlah risau sebab ada beberapa jenis pembayaran juga diterima di sini. Selain itu, untuk mereka yang gemar mengumpul lencana dan magnet juga ada jual di sini. Mudah sangat nak berbelanja di sini.

Bagi korang yang jauh atau yang tidak berkesempatan untuk hadir ke Big Bad Wolf di Seremban kali ini, korang boleh follow rapat kalender BBW untuk pesta buku seterusnya.


Nahhhh, ini sedikit sebanyak perkongsian Nora buat korang sepanjang dua hari Nora ke BBW Seremban 2019. Nora ke sana banyak beli buku aktiviti dan latihan untuk anak, untuk diri sendiri sekadar Novel sahaja. Kali kedua Nora datang sebab jadi personal shopper. Semoga perkongsian ini menjadi manfaat buat korang. Terutama book lovers !


3 Comments

  1. Esok la ek last. Rasa macam nak terjah harini. Confrim ramai oramg sebab weekend huhu

    ReplyDelete
  2. Samalah Nora. Mimie banyak shopping buku anak anak. Mimie beli novel Inggeris satu dgn buku keagamaan

    ReplyDelete
  3. rugi. time ni x balik seremban.
    x dpt gi memborong.
    lom lagi bbw di mitc, melaka. minta2 la ada...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿