Kerusi Kereta Bayi Daiichi Kini Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Yang Ditingkatkan Untuk Memberikan Perlindungan Tambahan – Bimbang kerusi kereta si manja yang dibeli tidak menyediakan perlindungan yang diperlukan atau mungkin anak anda membesar melebihi sistem pengekangan, sekali gus menjadikannya kurang berkesan untuk melindungi anak anda? Jangan risau, anda tidak bersendirian dalam hal ini.



Ibu bapa pasti selalu bimbang untuk berdepan dengan situasi ini kerana mereka tahu bahawa kanak-kanak terdedah kepada bahaya apabila dibawa menaiki kenderaan. Struktur otot leher yang rapuh dan lemah kerana bayi terpaksa menampung berat kepala yang agak besar berbanding tubuh mereka mampu membuatkan si kecil berdepan risiko kecederaan yang lebih besar sekiranya berlaku kemalangan atau ketika brek kenderaan ditekan secara tiba-tiba.

            "Memahami kebimbangan ini, Daiichi sebagai salah satu pengeluar kerusi kanak-kanak, kereta bayi dan alat pembawa bayi terkemuka dari Korea bukan sahaja melaksanakan misi mereka untuk terus memperbaiki ciri-ciri keselamatan kerusi bayi tetapi juga dalam aspek penyelidikan dan penciptaan produk baharu," kata Ken Foo Hsien Loong, Pengarah Jualan dan Pemasaran Histopoint Sdn. Bhd., pengedar dan pemasar produk penjagaan anak Daiichi di Malaysia.
            "Pengenalan kerusi kereta kanak-kanak First Seven Plus menjadi testimoni terhadap komitmen Daiichi dan bukti keazamannya," kata Ken, yang mana syarikatnya juga memasar dan mengedarkan produk ibu dan anak-anak dari Korea yang lain seperti pam susu daripada Spectra dan pensteril UV daripada Upang, sebagai tambahan kepada jenama seperti Freemie dari Amerika Syarikat dan Looping dari Perancis.
            
Kerusi kereta kanak-kanak First Seven Plus adalah versi yang dipertingkatkan daripada kerusi kereta kanak-kanak Daiichi yang dikeluarkan sebelum ini iaitu "First Seven", ia menawarkan keselamatan dan fungsi tambahan termasuk perlindungan kesan sampingan empat kali ganda (Q-SIP), reka bentuk ‘Safe-Back’ yang ergonomik, empat posisi tempat duduk dalaman dan visor matahari.

            "Q-SIP adalah sistem tahan kejut yang berevolusi, menyediakan empat lapisan perlindungan yang melindungi bahagian kepala anak anda ketika perlanggaran berlaku," kata Ken.
            "Satu lagi ciri utama dalam First Seven Plus adalah reka bentuk ‘Safe-Back’ yang dibangunkan dengan teliti untuk menyediakan reka bentuk ergonomik yang sangat baik untuk menyokong bahagian belakang badan dan boleh digunakan pada sepanjang tahap pertumbuhan kanak-kanak, terutama pada bahagian kepala, leher dan pinggang," katanya.

            "First Seven Plus juga dilengkapi dengan tempat duduk dalaman empat posisi boleh cabut yang menawarkan perlindungan kepada bahagian leher, tulang belakang dan sisi badan kanak-kanak," kata Ken.
            "Kerusi dalaman direka agar boleh ditanggalkan untuk memenuhi perubahan struktur fizikal kanak-kanak ketika mereka membesar.
            "Selain itu, kerusi keselamatan kanak-kanak ini kini mempunyai visor matahari yang boleh menghalang sinaran UV yang berbahaya sehingga 99.8%, sekali gus melindungi mata dan kulit kanak-kanak," katanya.
            
Histopoint juga memperkenalkan alat pembawa bayi Daiichi's Louis All-in-One. Alat pembawa bayi ini direka untuk membolehkan sokongan lumbar melalui tempat duduk pinggul dan pelarasan ketinggian tempat duduk.

          
  Apabila kanak-kanak diletakkan pada kedudukan menghadap bahagian belakang, sokongan lumbar akan menutupi paha dan pinggul kanak-kanak secara selesa. Bagaimanapun, jika kanak-kanak diletakkan menghadap ke bahagian hadapan pula, sokongan lumbar boleh dilipat untuk meningkatkan ketinggian tempat duduk kerusi kanak-kanak. Selain itu, alat pembawa ini juga direka dengan prostesis tulang belakang untuk memberikan kestabilan dan kusyen tambahan untuk menjadikannya lebih selesa.


            Sebagai tambahan kepada produk daripada jenama Daiichi, Histopoint juga memperkenalkan produk berjenama baharu ke Malaysia seperti mandian bayi daripada Murmur dan aksesori bayi daripada Farlin yang berpangkalan di Taiwan.


            Mereka yang berminat untuk membeli barangan-barangan ini boleh mendapatkannya dari kedai Happi Kiddo di seluruh Malaysia atau melawat laman web Histopoint di www.histopoint.com.my.

4 Comments

  1. I love car seat! Memang dari anak newborn dah ajar dia duduk dalam car seat. this one should be in the list. thanks for sharing~

    ReplyDelete
  2. Betul tu nora. Penting utk kita pilih car seat yg ada ciri2 keselamatan dan selesa utk si kecil.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿