Resepi Sup Tulang Noxxa Mudah Dan Sedap | Hye whatsup guys!!! Baru-baru ni kita semua umat islam telah menyambut Ramadan 1442H.

Resepi Sup Tulang Noxxa

Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi dengan Ramadan dan lagi beberapa minggu sahaja untuk kita meraikan Syawal.



Rezeki dengan nikmat yang Allah beri, Sup Tupang sebagai hidangan berbuka puasa bersama keluarga. So, hari ni Nora nak share dengan korang resepi sup tulang mudah dan sedap.

Resepi Sup Tulang Noxxa

Bahan-bahan :

  1. Tulang lembu
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. 3 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)
  6. Sup bunjut (khas untuk sup tulang)
  7. Kiub Maggie
  8. Lobak (optional)
  9. Kentang (optional)
  10. Daun sup dan bawang

Resepi Sup Tulang

Cara-cara :

Setkan periuk Noxxa pada stir kemudian masuk sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, 3 sekawan, sup bunjut dan kiub.

Resepi Sup Tulang Noxxa

Baca juga : Resepi Pizza Roti Gardenia

Kacau sebati sehingga naik bau masukkan sedikit air dulu. Off kan periuk Noxxa.

Resepi Sup Tulang Noxxa

Masukkan tulang yang telah dicuci bersih dan carrot. Rezeki Nora dapat gear box dan tulang serangka. Masukkan air paras-paras tulang tu tenggelam. Kemudian setkan periuk Noxxa kepada High Preasure selama 30 minit atau lebih ikut pada korang nak empuk macam mana daging tu. Tutup periuk dan set kan pada preasure. Tekan ON dan biarkan.

Resepi Sup Tulang

Dah bunyi beep dan buang wap, buka penutup tekan kepada stir semula dan letak bahan perasa. Kacau sampai menggelegak dan taburkan daun sup.

Siap untuk dihidang. Sup tulang mudah dengan noxxa sebab tak perlu masak sampai berjam-jam. Lagi pun ringkas masak sup tulang ni dan sesuai di makan seisi keluarga. Pekena pula dengan sambal kicap.

Resepi Sambal Kicap

Bahan-bahan :

Cili padi segenggam
Bawang putih seulas
Bawang merah seulas
Kicap (any brand)
Garam
Gula

Cara-cara :

Goreng cili padi dan bawang terlebih dahulu. Agak-agak dah kekuningan boleh masuk dalam blender. Letak kicap garam dan gula kemudian terus blend kesemuanya.

Nora tak letak air sebab nak bagi tahan lama. Boleh je nak tambah sedikit air masak. Buat banyak jadikan stok. Bukan saja boleh di makan dengan sup malah dengan pelbagai jenis makanan boleh di makan.


2 Comments

  1. cepat dah mudah dengan noxxa..hehe

    ReplyDelete
  2. teringin periuk noxxa ni. entah bile lah boleh dapat

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿