AFY haniff Laksanakan Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM, Kubang Kerian | Salam guys!! Korang pernah dengar tak nama atau mengenai AFY haniff? Mesti korang tak tahu kan? Nora sendiri memang tak pernah tahu kewujudan AFY haniff ni. Siapa sangka sebenarnya AFY haniff merupakan sebuah syarikat bumiputera yang mana produknya memang berada di pasaran. Dan Nora sendiri pernah menggunakan produk dari AFY haniff.


AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Ok, di sini Nora nak kongsikan dengan korang mengenai AFY haniff iaitu merupakan sebuah syarikat diberi nama AFY haniff Group (M) Sdn Bhd diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006 di mana ia menyediakan detergan herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. AFY haniff sangat terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga. Kini, AFY haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand.

Bangga bukan, bila produk anak tempatan berada di pasaran dan dijual di pasaraya-pasaraya besar. Nak-nak produk keluaran AFY haniff terkenal dengan produk yang berasaskan dari bahan-bahan organik dan selamat digunakan. Formula organik yang diketengahkan oleh AFY haniff dapat menghalau serangga dan ini membezakan produk-produk lain yang berada di pasaran yang mana kita tidak tahu kandungan bahan kimia yang dibenarkan itu sesuai atau tidak dengan diri kita sendiri. So, lebih baik kita pilih produk berasaskan organic. Betul tak?

Aktiviti AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM, Kelantan

Untuk pengetahuan korang, AFY haniff turut terlibat dengan pelbagai aktiviti amal yang melibatkan masyarakat dan orang ramai. Dengan ini, secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan kemasayarakatan dan memperkenalkan produk keluaran produk syarikat ini kepada orang ramai. Baru-baru ini, pihak AFY haniff telah laksanakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.
Aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald adalah dengan mengadakan gotong royong  hasil kerjasama antara team AFY haniff dengan team McDonald dan dibantu oleh Bite Media Consultants  selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan event ini.
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Aktiviti amal yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberi semangat dan memupuk sifat keprihatinan kita sebagai masyarakat terhadap sekeliling kita. Team AFY haniff laksanakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald adalah sebagai tanda menzahirkan tanda rasa simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran Afy Haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Nampak seronok sangat bila ada aktiviti amal sebegini yang dijalankan oleh syarikat-syarikat swasta kan. Kalau Nora diberi peluang untuk sertai aktiviti sebegini alangkan seronoknya boleh turut serta menyumbang tenaga dalam menjayakan aktiviti yang berfaedah sebegini.
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Kalau korang nak tahu, aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald telah diadakan pada 24 September 2019 yang lalu dengan dimulakan sesi perkenalan dan taklimat ringkas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini sekitar jam 9.00 pagi. Selesai sesi perkenalan dan taklimat ringkas diberikan, wakil pihak Rumah Ronald McDonald telah membawa team AFY haniff melawat sekitar kawasan selama satu jam. Selepas sesi lawatan, aktiviti diteruskan dengan shopping barangan keperluan untuk diberikan kepada penghuni Rumah Ronald McDonald.
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Antara barangan keperluan yang dibeli adalah seperti barangan memasak iaitu barang kering dan basah, makanan, peralatan elektrik dan banyak lagi. Aktiviti shopping ini berlarutan kira-kira 2 jam. Selasai membeli belah barangan keperluan, aktivi masak beramai-ramai secara gotong royong mula diadakan sekitar jam 12.30 tengahari bagi menyediakan makanan untuk dimakan bersama-sama dengan penghuni Rumah Ronald McDonald.
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Nora dapat rasakan kemeriahan, keseronokan aktiviti ini dengan adanya gotong royong masak beramai-ramai dan makan sama-sama. Dah macam kenduri kendara pula bila bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan aktiviti memasak sebegini. Sudah semestinya keriangan ini dirasai bersama penghuni yang tinggal di Rumah Ronald McDonald.
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Tepat jam 2.00 petang, team AFY haniff laksanakan aktiviti wangikan Rumah Ronald McDonald seperti sapu sampah, mop lantai dan lap habuk-habuk pada perabot dan lain-lain di dalam rumah tersebut. AKtiviti ini dilaksanakan dengan menggunakan sepenuhnya produk keluaran AFY haniff seperti pencuci lantai, spray pewangi untuk fabrik dan pencuci pinggan. Ok, untuk pengetahuan korang, pencuci lantai AFY haniff yang dulunya lebih dikenali sebagai serai wangi tetapi kini diberi nama SWIPEL AFY haniff, manakala spray pewangi fabrik yang digunakan adalah D’MENC AFY haniff dan pencuci pinggan menggunakan 40 DAYS AFY haniff.
Untuk nak lebih mudah faham, boleh follow nama produk macam kat bawah ni :
1. Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff 
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff 
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff 
4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff
5. Pencuci Lantai SWiPEL AFY haniff dan lain-lain lagi.

AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Selain daripada gotong royong membersih dan mewangikan Rumah Ronald McDonald, AFY haniff turut memberi sumbangan kepada para penghuni di sini dalam bentuk barangan iaitu produk-produk keluaran AFY haniff itu sendiri. Waaaa pastinya para penghuni rumah ini berasa gembira dan semestinya mereka berasa lebih selesa dengan wangian daripada produk AFY haniff. Nora dapat bayangkan keseronokan para penghuni di rumah tersebut.
Selain itu, AFY haniff turut menyampaikan sumbangan ‘kilat’ berupa wang kepada salah seorang waris pesakit Pediatrik di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Pemberian ii diberi secara mengejut on the spot atas rasa simpati dan sedih akan nasib keluarga ini. Untuk pengetahuan korang, anak pakcik ini berusia 5 tahun sedang terlantar di HUSM akibat dilanggar kereta. Kecederaan yang dialami anak kecil ini agak serius. Semoga musibah yang menimpa keluarga ini diringankan dan didoakan anak kecil ini sembuh dan sihat seperti sedia kala.

AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Rangkaian Produk AFY haniff
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Antara produk AFY haniff yang sedia ada di pasaran adalah seperti :
  1. Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff
  2. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff
  3. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
  4. Pencuci Lantai SWIPEL AFY haniff
  5. Pencuci Tangan PLASH AFY haniff
  6. Dan lain-lain lagi
AFY haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald
Wangi sangat-sangat! Itulah perkataan yang Nora boleh katakana berdasarkan apa yang telah Nora gunakan dari salah satu produk keluaran AFY haniff. Nora tak pernah tahu spray Penghalau Serangga SWIPEL yang Nora gunakan dirumah adalah keluaran AFY haniff. Sebab masa beli tu, Nora cuma lihat bahan produk tersebut. Maklumlah ada baby kan so, sebolehnya mesti nak gunakan produk yang berasaskan organic. Memang tepat pilihan Nora ni dana k menyesal beli sebab ianya wangi. Selain itu, kira secara tidak langsung Nora telah menyokong dan menggunakan produk keluaran muslim seperti saranan viral masa kini. Heheheh

Kalau korang nak tahu lebih detail tentang produk AFY haniff, boleh access link di bawah ini. 

12 Comments

  1. Naim pernah mengguna salah satu produk Afy Haniff. Memang terbaik. Alangkah baik mereka melebarkan produk mereka bersempenan BMF (Buy Muslim First) . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Alangkah baiknya produk ni mendapat liputan luar dan melebarkan sayapnya. Nora pn pakai swiple tu.

      Delete
  2. Meriah nampaknya program sebegini...dalam masa sama boleh mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete
  3. Bestnya!!! Rumah & bilik bilik semua wangi wangi!!!

    ReplyDelete
  4. Memang sudah lama dengar pasal product ni. Baguslah kan kalau pergi rumah mCdonald ni, tentuk wangi wangi. :) Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Ibtak pernah lagi guna produk afy hanif ni.. Tapi ramai cakap best sebab ade serai kan.. Boleh halau binatang.. Nanti nak carila.. Bgusla afy hanif buat aktiviyi amal mcm ni.. Wangi rumah Ronald McDonald tau

    ReplyDelete
  6. Tahniah Afy Haniff usaha yang murni harus dicontohi

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah satu khidmat sosial yang amat baik, tahniah AFY haniff :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah Afy Haniff sebab mengadakan program macam ni.

    ReplyDelete
  9. Bagus program seperti ini dibuat. Semoga apa yang dilakukan oleh AFY haniff berterusan hendaknya

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat team AFY haniff. Program yang patut dijadikan contoh buat pihak di luar sana.

    ReplyDelete
  11. Tahniah di atas penganjuran program sebegini ya... untuk part produk pulak, memang bagus peroduk ni... sebelum ni ada pernah cuba masa ke rumah SIL... bau pun okay, serangga pun tak datang... sesiapa yang belum dapatkan boleh cuba ya... #tiberiklan #dahguna #memangbest

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿