Assalamualaikum dan salam sejahtera guys. Selamat berhujung minggu. Korang suka tak makan hati ayam atau bahagian lain seperti leher, kaki ayam ke. Haaa kalau tak tahu nak buat apa atau terlalu banyak Nora kongsikan dengan korang resepi Rendang Kacang Panjang Dengan Hati style Negeri Sembilan.

Ini cara Nora citarasa Nora, tapi banyak je resepi cara lain untuk buat rendang kacang ni. Yelah selalu makan time kenduri-kendara. Nora suka makan dengan nasi panas atau pun just meratah lauk ni saja. Memang sedap.

RENDANG KACANG PANJANG DENGAN HATI

Bahan-Bahan:

Kacang Panjang (dipotong)

Hati Ayam (potong kecil)

Leher (potong kecil)

Kaki (potong kecil)

Bahan Tumis :

Bawang merah

Bawang putih

Cili padi

Halia

Lengkuas

Serai

Bahan Lain :

Santan

Kerisik

Asam jawa

Perasa


Cara-cara :

Satukan semua bahan tumis (blend) kecuali serai hanya di tititik sahaja. Dalam pada itu goreng sedikit masak hati, leher dan kaki atau bahagian tulang yang digemari bagi hilangkan air ayam.

Tumis kesemua bahan tumis termasuk serai ke dalam minyak sehingga naik bau. Masukkan ayam dah goreng tadi gaul sebati dan masukkan santan serta sedikit asam jawa.

Agak sudah kering sedikit masukkn kacang, kerisik dan perasakan dan boleh hidang untuk keluarga.


Baca juga : Lamb Chop dan Sos Blackpepper Homemade

Nora suka rendang yang basah-basah dan agak berkuah. Kalau korang nak keringkan pun boleh.

Hidangan simple yang selalu dapat waktu kenduri kendara sahaja. Jadi bila tekak teringin nak makan kita masaklaj sendiri 






7 Comments

  1. Sedapnyaa..fav akak ni...hari ni akak buat rendanag daging..

    ReplyDelete
  2. LH suka makan rendang san kacang panjang, tapi tak suka makan hati. Haha

    ReplyDelete
  3. wah sdpnya ctk gmbr tu ummie, teringt ada 1 kedai mkn org n9 mmg sdp2 menu nya..

    ReplyDelete
  4. btw sha dah tukar domain nnt free minta tlg ummie add/edit blog sha tau..www.opzzpinky.my ke www.opzzpinky.com, terima kasih..muahh hihi

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan. Nanti nak cuba la. :)

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿