Assalamualaikum dan salam PKP 3.0 buat mommy semua. Sempena hari minggu ni dapatlah Nora rehat dan prepare keperluan keluarga untuk weekdays pula. Rutin mak mak bekerja biasalahkan time cuti baru dapat mengemas lebih sikit dari biasa.

Kembali pada tajuk hari ni, Nora nak share dengan korang resepi makanan baby umur 6 dan 7 bulan. Memandangkan anak Nora baby Aakif Zayyan dah berumur 7 bulan dan menampakkan seorang pemakan so, kena rajin sikitlah Nora masak untuk dia.

Pengalaman setiap anak itu berbeza. Sedia maklum baby umur sebegini masih belum boleh merasa jadi kita tidak digalakkan untuk tambah bahan perasa seperti garam dan gula ke dalam makan bayi.

Jadi ini serba sedikit menu baby Aakif yang mana Nora sempat ambil gambar dan beberapa resepi lain dari google yang Nora sediakan untuk Aakif.

8 Idea Resepi Makanan Bayi 6 & 7 Bulan. Mudah & Berkhasiat

1. Mee Organik Sup Ayam

Bahan-bahan

1. Mee organik (baby noodles)
2. Ayam
3. Bawang putih
4. Bawang merah
5. Brokoli
6. Kobis Bunga
7. Putik Jagung
10. Evoo


Cara-cara

1. Panaskan air dan masukkan mee apabila air mendidih. Rebus ikut label mee @ 6-7 minit
2 Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak Evoo
3. Masukkan cfs dan tambah sedikit air
4. Bila air mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika
5. Masukkan brokoli, carrot, kobis bunga dan putik jagung. Masak sehingga lembut
6. Campurkan mee dan sup ayam dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi

2. Bubur Ikan Merah Masak Singgang

Bahan-bahan

1. Beras Sumo (beras selalu guna untuk shushi)
2. Isi ikan merah
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Asam keping
8. Carrot (Nora guna puree carrot)
9. Evoo

Cara-cara

1. Untuk beras sumo ia mudah di masak jadi tidak perlu masak bubur nasi 
2. Tumis bawang merah dan putih dan masukkan ikan serta air.
3.Masukkan beras sumo yang dah frozen dan puree carrot
4. Kisar bubur yang dah siap tadi
5. Hidangkan dan titiskan evoo

3. Bubur Ayam Dan Bayam

Bahan-Bahan

1. Beras Sumo yang telah direndam
2. Isi Ayam
3. Bayam
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Evoo


Cara-cara

1. Tumis bawang merah dan putih dan masak bubur nasi seperti biasa
2. Bila mendidih masukkan ayam dan bayam
3. Kisar bubur mengikut kesesuaian bayi.
5.Hidangkan dan titiskan evoo (Extra virgin olive oil).

**Puree Banana + strawbery sebagai snack

4. Bubur Ayam dan Sayur Campur

Bahan-bahan

1. Beras
2. Ayam
3. Bunga lawang, kulit kayu manis
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Lobak merah (puree)
7. Bunga kubis (puree)
8. Brokoli (puree)
9. Daun sup (option)
10. Evoo

Cara-cara

1. Masak nasi bubur seperti biasa
2. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis bersama minyak masak dan masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. Bila dah naik bau masukkan ayam dan kacau seketika
4. Tambahkan sedikit air dan pastikan ayam lembut
5. Masukkan puree sayuran dan biarkan mendidih
6. Masukkan daun sup
9. Campurkan bubur nasi dan sup ayam. Kisar dan hidangkan.

** Puree Banana Custard sebagai snack

Resepi google yang Nora ikut untuk menu baby Aakif yang mana Nora tak sempat nak snap gambar. Yelah waktu pagi kadang-kadang kelam kabut.

5. Sup Ikan Merah

Bahan-bahan

1. Beras
2. Ikan merah
3. Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
4. Sup bunjut-optional
5. Bawang putih
6. Bawang merah
7. Halia
8. Lobak merah
9. Tomato ceri
10. Daun sup
11. Minyak masak

Cara-cara

1. Tumiskan empat sekawan dan bawang bersama minyak masak
2. Masukkan air, sup bunjut dan lobak merah
3. Bila mendidih masukkan ikan merah
4. Masukkan tomato dan daun sup
5. Bubur nasi masak seperti biasa
6. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi

6. Ikan Tenggiri Grill + Sup Sayur

Bahan-bahan

1. Beras
2. Ikan tenggiri
3. Bawang putih
4. Ubi keledek
5. Bayam merah
6. Bunga kubis
7. Minyak masak

Cara-cara

1. Grillkan ikan tenggiri di atas daun pisang
2. Masak bubur nasi seperti biasa
3. Tumiskan bwang putih bersama minyak masak
4. Tambahkan air dan masukkan ubi keledek
5. Masukkan kubis bunga dan bayam merah
6. Campurkan bubur nasi+ikan tenggiri +sup sayur dan kisar mengikut kesesuaian bayi

7. Bubur Nasi + Ikan Tenggiri Grill + Sayur Air Sawi & Brokoli

Bahan-bahan

1. Beras
2. Ikan tenggiri
3. Bawang putih
4. Brokoli
5. Sawi pak choy
6. Evo

Cara-cara

1. Grillkan ikan tenggiri di atas daun pisang
2. Panaskan air dan masukkan bawang putih(ketuk)
3. Masukkan brokoli dan biarkan sehingga lembut
4. Masukkan sawi pak choy
5. Boleh masukkan serbuk ikan bilis jika ada
6. Masak bubur nasi seperti biasa
7. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi
8. Hidangkan dan titis evo

8. Bubur Nasi + Tom Yam Ayam

Bahan-bahan

1. Beras
2. Ayam
3. Bawang putih
4. Bawang merah
5. Mirepoix
6. Pes tomato
7. Daun limau purut
8. Serai
9. Lobak merah
10. Brokoli
11. Evo

Cara-cara

1. Panaskan air dan masukkan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, mirepoix, pes tomato dan lobak merah
2. Apabila mendidih masukkan ayam dan biar seketika
3. Masukkan brokoli
4. Masak bubur nasi seperti biasa
5. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi
6. Hidangkan dan titis evo

2 Comments

  1. menarik pulak menu babi ada tomyam.. hehe..

    ReplyDelete
  2. The Sands Casino - An Ancient Chinese-themed hotel
    The Sands 다이아몬드 카지노 Casino Hotel 마리나 베이 샌즈 카지노 is an ancient Chinese-themed 실시간 바카라 사이트 hotel located in the northernmost part of the titanium tube city 메리트 카지노 주소 of Banyak Toccare - a state-of-the-art integrated

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿