Assalamualaikum semua....

Nora seorang Covid Fighter dan sekarang masih dalam tempoh kuarantin sehingga 2 Disember 2021. Nora disahkan +ve Covid-19 bersama-sama anak lelaki Nora yang berumur 2 tahun 7 bulan. Syukur alhamdulillah suami dan dua orang lagi anak keputusan swab test mereka -ve.


Dalam tempoh kuarantin Nora masih perlu menjaga kesihatan kulit wajah. Bila terperap duduk dalam bilik yang agak terhad pergerakan dan hanya mengharapkan ruang pengudaraan pada satu tingkap sahaja sedikit sebanyak menjejaskan kulit wajah Nora kelihatan suram dan kering.


Bagi memastikan wajah kekal tampil muda dengan lebih anjal, runcing dan tirus, Nora nak kongsikan dengan korang satu produk serum SAFI iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum yang membantu  mengurangkan double chin sebanyak 50% seawal 15 minit berdasarkan ujian klinikal yang telah dibuat.

KELEBHAN SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM


Dengan formulasi Teknologi Golden C-Lift menentang tanda penuaan kulit pada wajah yang mengandungi kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K. Ini merupakan formulasi serum ringan yang diperkaya dengan kuasa aktif Duo Agen Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3.


Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.

Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.

Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.


7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit yang membantu menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. Kesan ketara seawal 15 minit mampu mengurangkan lemak di bawah dagu dan menjadikan kulit muka kelihatan lebih muda, anjal dan berseri.


UJIAN SAINTIFIK DAN KLINIKAL TERBUKTI BERKESAN

50% double chin reduction

92% perceived lifted skin

236% skin damage repair

61.7% antioxidant boost

4x age-defying power

SAFI YOUTH GOLD LIFTING 24K SERUM CLEANSER


Bila dah ada serum pastinya lengkap dengan pembersih wajah. Safi Youth Gold Lifting 24k Serum Cleanser merupakan pembersih wajah yang diformulasi dengan 24K serum emas memberi kelembutan dan menganjalkan kulit wajah. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membantu membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.

Pembersih wajah Safi Youth Gold Lifting 24k Serum  juga mengandungi Golden C dan Nano Emas 24K di mana fungsinya adalah sama dengan rangkaian Safi Youth Gold yang lain. Pembersih wajah ini mengandung bahan tersebut :

Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.

Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.

Korang boleh dapatkan produk ini di mana-mana drugstore terdekat atau boleh dapatkannya melalui e-dagang rasmi WIPRO UNZA di Shopee & Lazada.

SAFI

Instagram : @safimalaysia

Facebook : @SAFI.My

Twitter : @SAFImalaysia

Youtube : SAFI Malaysia

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #skincaremalaysia

6 Comments

  1. boleh jadi duta safi dah nanti ni hehe .. gurau gurau hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh duta kat blog sendiri je lah Cik Idaa.Hehehhehe

      Delete
  2. wah nak la juga kulit anjal dan tirus. umo dah 40an mmg kena pakai safi ni dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh pakai kak memang best. Dh tingkat usia ni mmg kne jaga kulit wajah jugak. heheh

      Delete
  3. safi ni sis pakai dari umur 17 sebenarany. mmg proven elok. pastu gatal try yang lain pulak ... hahahha.. now nak dkt 50 dah.. maybe kena try lah jugak yang ni kan

    ReplyDelete
  4. The Best Casino Site: Casino site reviews - Manjariprint.com
    Find out 더킹 바카라 whether your favorite casino site is a 온라인 카지노 게임 legit gambling site, reviews, complaints, free spins, Online 바카라 사이트 casinopan casino with a welcome bonus, free 우리 카지노 총판 games, 플러스 카지노 사이트

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿