COVID-19 memberi 1001 pengajaran tentang kehidupan. Memupuk amalan menjaga kebersihan, terutama sentiasa membersihkan tangan dan memakai pelitup muka merupakan amalan yang penting tika itu.

Sebagai ibu, Nora sangat peka dengan keadaan sekeliling. Bukan mudah untuk memupuk diri sendiri apatah lagi anak-anak untuk terus menjaga kebersihan terutama mencuci tangan. Balik dari kerja Nora pastikan keadaan diri bersih dan bila sampai di rumah pastkan terus mencuci tangan.

Walaupun 2 tahun berlalu, kami sekeluarga masih sama mengamalkan amalan ini dengan memastikan anak-anak mencuci tangan terus dipraktiskan.

Sebagai ibu bapa sepatutnya mencuci tangan dengan kerap untuk menjadi teladan kepada anak. Sabun cuci tangan menjadikan aktiviti lebih menyeronokkan dengan membolehkan anak bermain sekali-sekala dengan air dan sabun. Bukan mudah untuk mendidik anak-anak mengamalkan amalan mencuci tangan namun perlu bijak untuk menarik perhatian mereka supaya mereka ingat mencuci tangan merupakan amalan penting rutin harian.

Sebagai salah satu kaedah paling mudah dan berkesan mengekang penularan COVID-19, langkah menjaga kebersihan tangan membabitkan semua pihak termasuk dalam kalangan kanak-kanak. Mencuci tangan cara betul cara terbaik untuk mengawal dan mengurangkan penyebaran penyakit kerana tangan pengantara utama kuman disebarkan.



Dengan tujuan untuk memupuk amalan mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak, jenama pencuci tangan No. 1 Jepun, Kirei Kirei telah menjalankan program mencuci tangan untuk murid-murid sekolah rendah di Lembah Klang sepanjang beberapa bulan yang lalu. Lebih 4,000 orang murid-murid mendapat manfaat daripada program ini dan produk bernilai RM50,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut.

Sejak dua tahun lalu, amalan mencuci tangan menjadi salah satu rutin harian yang paling ditekankan dalam kalangan masyarakat. Sejak itu, amalan ini telah dilihat sebagai kaedah yang berkesan dalam membantu mencegah penyebaran penyakit, yang biasanya disebarkan melalui kebersihan tangan yang kurang baik. Apabila keluarga anda sihat, anda tidak perlu risau tentang ketinggalan waktu persekolahan, kerja atau aktiviti lain.

Mencuci tangan ialah cara yang mudah, menjimatkan dan berkesan untuk menghapuskan kuman, mencegah penyebaran kuman kepada orang lain dan mengelakkan penyakit. Ini amat berguna terutamanya untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Influenza, yang menyaksikan peningkatan kes di negara ini dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Walaupun ramai murid-murid mencuci tangan mereka dengan air, hanya sebilangan kecil yang benar-benar menggunakan sabun yang mampu membasmi kuman dengan lebih berkesan. Dengan itu, Kirei Kirei mencipta program yang menyeronokkan dan mendidik untuk memupuk amalan mencuci tangan dengan betul dalam kalangan murid-murid di Malaysia.



'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'– pepatah ini menekankan kepentingan menerapkan nilai dan tabiat yang baik ketika seseorang itu masih muda. Melalui Program Sekolah Kirei Kirei 2022, lebih 4,000 murid-murid sekolah rendah telah dididik tentang kebersihan diri, dengan tumpuan khusus kepada kebersihan tangan.

Berikutan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kirei Kirei telah memulakan program di sekolah pada bulan Mac 2022 di sekolah swasta dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi bercerita tentang kuman dan kepentingan mencuci tangan. Mereka juga boleh mereka bentuk dan menghiasi label pelekat botol Kirei Kirei mereka sendiri untuk dilekatkan pada botol bagi mempromosikan dan menggalakkan tabiat mengisi semula yang membantu mengurangkan sisa dan kebimbangan alam sekitar.



Kirei Kirei menjadikan amalan mencuci tangan lebih mudah dan menyeronokkan dengan video 7 langkah mencuci tangan sambil diiringi lagu 'Selamat Hari Lahir'. Video "sebelum dan selepas" yang memaparkan penggunaan cahaya UV turut dikongsi bersama pelajar. Video ini menunjukkan bahawa teknik mencuci tangan yang tidak betul boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.



Bagi memupuk amalan mencuci tangan yang betul, Kirei Kirei turut menyumbangkan produk Kirei Kirei Foaming Hand Wash bernilai RM53,000 kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen ini. Produk-produk ini diletakkan di seluruh perkarangan sekolah, seperti kantin, tandas, singki, dan kawasan lain yang sesuai supaya pelajar dapat menjaga kebersihan tangan pada bila-bila masa. Poster dan pelekat cermin juga diletakkan di tempat yang strategik sebagai peringatan tentang tujuh langkah mencuci tangan.



Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., menekankan kepentingan memimpin melalui teladan.

Sebagai ibu bapa dan penjaga, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar anak-anak kita ke arah tabiat kebersihan yang baik. Kanak-kanak belajar dengan cara meniru tingkah laku orang dewasa dalam kehidupan mereka, dengan mengajar mereka cara yang betul untuk mencuci tangan, ia lebih mudah untuk rutin ini diamalkan dan menjadi tabiat sihat sepanjang hayat. Misi kami di Southern Lion adalah untuk membawa kehidupan yang lebih bahagia, bersih dan sihat kepada semua rakyat Malaysia dengan memperkenalkan produk seperti Kirei Kirei. Dengan menghasilkan produk untuk menyokong kebersihan yang lebih baik, kami berharap untuk mengubah, menambah baik dan memberi kesan positif kepada kualiti hidup mereka.” - 

 “Saya berharap Program Sekolah Kirei Kirei 2022 dapat memberi impak yang besar dan positif kepada generasi akan datang. Berdasarkan sambutan hebat daripada program tahun ini, kami akan terus mendekati lebih banyak sekolah dalam fasa seterusnya. Sasaran kami adalah untuk mengadakan lebih banyak sesi di sekolah-sekolah di Lembah Klang!” 
sambung Mabuchi.



Sabun Pencuci Tangan Anti-bakteria Kirei Kirei yang selamat untuk kanak-kanak didatangkan dalam dua varian:

1. Moisturizing Peach 

2. Nourishing Berries.

Setiap varian boleh didapati dalam dua bentuk :

1. Botol 250ml (RM12.50)

2. Pek isi semula 200ml (RM8.50).

Beli produk Kirei Kirei di cawangan Don Don Donki, AEON, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Jaya Grocer, Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer yang terpilih. Anda juga boleh memesan di Lazada atau Shopee dengan penghantaran terus ke depan pintu rumah anda!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kirei Kirei, boleh lihat laman sosial di :

Facebook : Kirei Kirei 

Laman Web Rasmi : Kirei Kirei Malaysia.

9 Comments

  1. penting amalan mencuci tangan especially di musim pandemik.. terbaiklah kirei kirei

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak adda. automatik sekarang rajin sebab pengalaman 2 tahun lalu kan. hehehhe

      Delete
  2. Cantik kan packaging dia..dah la akak dah umur macam ni baru suka kaler pink...pas tu ingat nak bagi si Tia dan Opick...nak didik diorang untuk selalu cuci tangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan color dia. anak saya yang si abang pun suka sebab pink. hahahha bau sabun ni wangi. wahhh suka tia dan opick nanti dapat sabun tangan wangi

      Delete
  3. Walau sekarang covid 19 dah dianggap berkurangan tapi sebagai ibu bapa kena jadikan amalan cuci tangan ini sebagai rutin harian untuk anak-anak bagi mengekalkan kebersihan dan bebas dr virus yg tidak nampak dengan mata kasar.

    ReplyDelete
  4. This is a good and essential habit that we should inculcate in our children right? This handwash looks good indeed.

    ReplyDelete
  5. Sabun buih Kirei Kirei ni memang fav. Dah pakai dari sepanjang PKP hari tu sampai la sekarang. Botol dia tu dah beberapa kali juga refill. Bau wangi dan jimat. Memang best.

    ReplyDelete
  6. memang bagus kita pupuk dari kecil agar budak2 terbiasa. bekas sabun ni comel la. suka2

    ReplyDelete
  7. It's really good to use this kirei kirei hand wash, I'm using it too at my home. Love the smell& hygience clean for my little niece, good choice for sure. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿