بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 


Sempena cuti hujung minggu serta umat Islam telah menjalai Ibadah Puasa selama 24 Ramadhan. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 6 hari untuk kita sambut Aidilfitri.



Maklumlah, dah hujung Ramadhan ni, mood untuk memasak tu baru on, jadinya tekak ni teragak nak sangat makan Kari Daging. Raya nanti kita buat lagi. Sebab style orang jawa ada istilah munjung iaitu sedekah lauk pauk pada sedara mara dan jiran terdekat. Mak Nora selalu akan buat kari daging atau ayam untuk sedekah. So, kali ni nora masak Kari Daging Paling Cepat Dan Sedap untuk hidangan di pagi raya.

Macam mana nak buat Kari Daging paling cepat dan sedap? Sudah semestinya nora menggunakan Rempah Kari Daging Mak Siti. Tak percaya? Jom kita tengok resepi kari daging cepat dan sedap.

RESEPI KARI DAGING PALING CEPAT DAN SEDAP DENGAN REMPAH KARI MAK SITI



Bahan-bahan Kari Daging :

1. Daging 500gm
2. 1 pek Rempah Kari Daging Mak Siti (400gm)  - Bancuh dengan sedikit air
3. Bawang Besar - 1 labu
4. Halia - 1 inci 
5. Kentang - 2 biji (optional)
6. Santan - 1 biji kelapa
7. Daun Kari – 2 tangkai
8. Bahan Perasa
9. Minyak Masak 2 sudu
10. Sedikit Air

Tempoh masakan :
30minit - 1 jam untuk dapatkan daging yang empuk.

Cara-Cara Masak Kari Daging :

Panaskan minyak dan masukkan bawang dan halia. Tumis sehingga kuning dan wangi. Bancuh Rempah Kari Daging Mak Siti dengan sedikit air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. Kacau sehingga garing dan naik bau.

Masukkan daging dan digaul rata bersama rempah sehingga agak agak air daging kering dan rempah terbit minyak, tutup periuk masak sehingga daging empuk.

Masukkan santan dan air secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan sekali ubi kentang. Akhir sekali masukkan bahan perasa secukup rasa.


CEPAT DAN MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

Tadaaaaa.. betul tak nora kata, nak masak kari daging tak susah dengan menggunakan Rempah Mak SitiHaaaaa mudah kan? Tak perlu susah-susah banyak bahan macam selalu kita nak masak kari daging yang memerlukan banyak bahan. Kalau korang nak tahu, guna Rempah Mak Siti memudahkan korang masak untuk dimakan seisi keluarga. Cukup sempurna rasa Kari Daging dengan menggunakan Rempah Kari Daging Mak SIti. 

Korang juga boleh cuba Resepi Pau Kari Daging style orang bujang yang sedap dari khaiartzfar. Haaaa jangan ingat orang lelaki bujang tak pandai masak ye. Tak caya korang boleh cuba sendiri okay!



Kalau korang nak tahu, Rempah Ratus Mak Siti adalah jenama serbuk rempah ratus yang terdiri daripada Rempah Kari Daging, Rempah Kari Ikan, Rempah Kurma, Rempah Rendang, Rempah Daging Masak Kicap, Rempah Ikan Masak Kicap, Rempah Makanan Laut dan Rempah Sup Kepala Ikan. Mak Siti adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh syarikat melayu yang berpangkalan di Muar, Johor.

Mana nak dapatkan RempahRatus Mak Siti???

Korang boleh beli di pasar raya seperti Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother, Mydin dan kedai-kedai runcit yang berhampiran kawasan korang.

PELANCARAN PRODUK BAHARU REMPAH RATUS MAK SITI


Baru-baru ini, nora berkesempatan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa sempena Pelancaran Produk Baharu Mak Siti yang diadakan di Restoran Rempah Kari Mak Siti di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Sepanjang majlis tersebut berlangsung, nora dapati bahawa produk keluaran Mak Siti mempunyai hampir 70 jenis rempah yang boleh didapati di pasaran.

Semua produk keluaran Mak Siti tiada MSG dan tidak mengandungi bahwan pengawet, pewarna dan perisa tambahan serta dijamin HALAL oleh Jakim. Seperti yang nora terangkan tadi, Rempah Ratus Mak SIti merupakan keluaran produk yang diusahakan oleh bumiputera yang mempunyai lading sendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai “The Largest Herbs & Spices Plantation” oleh The Malaysia Book of Records (MBR)



Majlis Pelancaran Produk Baharu Rempah Ratus Mak Siti terdiri daripada pelbagai jenis rempah ratus dengan packaging yang lebih trendy dan menarik. Produk baharu Mak Siti di jual dalam bentuk botol agar mudah di gunakan oleh orang ramai yang terdiri daripada produk Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.

Korang juga boleh dapatkan produk keluaran Mak Siti secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai Rempah Ratus Mak Siti seperti berikut :

Facebook :

Instagram :

Laman Web Rasmi :

Alamat :

Nasuha Enterprise Sdn Bhd
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh
84500 Muar, Johor

Hubungi di talian :

Telefon : 06-973 7508 / 509
Whatsapp : 017-330 9330




Pada kesempatan ini, nora menyusun 10 jari mohon kemaafan sekiranya ada khilaf yang wujud antara kita. Sempena menanti Syawal tiba, korang boleh cuba beberapa resepi yang mudah dan sedap dengan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti. Pasti Aidilfitri korang penuh warna-warni menikmati Rendang dan Kari bersama keluarga dan sanak saudara.

14 Comments

  1. kari daging memang terbaik lagi2 kalau dicicah dengan roti jala. xde roti jala nganroti biasa pun dah umphhh

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kalau ratah macam tu je

    ReplyDelete
  3. Cicah roti canai pun sodap ni..

    ReplyDelete
  4. Daappnya tengok. time2 posa ni adess mencabar betul tgk gambar makanan

    ReplyDelete
  5. Fuhhh sedapnya.. lagi pulak masak dgn rempah ratus Mak Siti ni.. best2 :)

    ReplyDelete
  6. Dengan rempah ratus mak siti.. semuanya senang yer..hehe.

    ReplyDelete
  7. akk suka rempah mak siti ni sbb rasa rempah tu kaw...mmg terasa dalam masakan..terbaik

    ReplyDelete
  8. Wah makan macam tu je dah sedap tau !

    Ringkas tapi khasiat dikekalkan namun enak dan lazat. Jom cuba resepi Sup Sayur Ringkas dari Syafiera !

    http://www.syafierayamin.com/2017/06/sup-sayur-ringkas-dan-berkhasiat-dengan.html?m=1

    ReplyDelete
  9. daun karinye kemain lagi... sedapnyeee

    ReplyDelete
  10. pernah masak kari daging tapi yang ni memang betul nampak kuah pekatnya. boleh try masak guna rempah kari daging ni next time. hehe

    ReplyDelete
  11. cicah lempeng mesti power. nih.. hihi

    ReplyDelete
  12. Laa.. keluaran nasuha rupanya

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿