HPPNK 2017 | Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Di MAEPS, Serdang

Saturday, September 30, 2017

Salam Kesayangan Uols...



Semalam Nora berkesempatan untuk pergi ke MAEPS, Serdang sempena sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang di anjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) buatkan Nora rasa kagum dengan hasil daripada petani, penternak dan nelayan. Apa tidaknya, ini merupakan program bagi mengumpulkan semua produk keluaran hasil dari penternakan, pertanian dan juga nelayan. Nora juga berasal dari keluarga petani iaitu peneroka, so bila tiba di sini baru ketahi terdapat kepelbagaian produk hasil dari ini semua berada di pasaran.




Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2017 masih diadakan di tempat yang sama seperti sebelum ini iaitu di Tapak MAEPS Serdang. Menariknya sambutan HPPNK 2017 ini adalah bertemakan “Terokai Dunia Makanan”, di mana HPPNK memberi peluang kepada Kementerian untuk terus menghargai golongan petani dan penternak dalam usaha memastikan sumber makanan negara terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui merekalah terdapat pelbagai produk di pasaran yang korang gunakan sebagai bekalan harian. HPPNK 2017 sedang berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober nanti. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama hadir memeriahkan sambutan Hari Peladang.


Seawal pagi Nora dah sampai di sini bersama rakan-rakan blogger yang lain. Tempat pertama persinggahan kami adalah Hall B yang mana pecahan himpunan para uasahawan. HPPNK ni sebenarnya sama dengan MAHA cumanya ini kategori Mini MAHA namun terdapat lebih dari 600 gerai dengan keluasan 80,000 meter persegi. Haaaa walaupun tak sebesar MAHA tahun lepas tapi dengan keluasan yang ada tu, pastikan cukup tenaga untuk berjalan. Persediaan dari segi mental dan fizikal okeh. Kalau idak mau separuh jalan je la dah mengah semput. Heheheh


Pertama kali Nora singgah di kawasan penternakan yang mana di sini boleh lihat pelbagai jenis ternakan seperti arnab, ayam dan banyak lagi. Haaaa ayam pula bukan sebarang ayam tau, Nora pertama kali dengar spesis Ayam Ketawa. Hehehehe pelik bukan, tapi itulah ayam yang ada di pamerkan di HPPNK 2017 ini. Ayam itu akan berkokok dan diikuti dengan gaya ketawa. Selain itu, ini pertama kali Nora dapat lihat ayam berwana pink dan juga arnab yang sangat comel. Haaaaa kalau ada Zarra mesti dia teruja nak pegang dan pasti banyak soalan dari dia.


Selepas puas main dengan si comel spesis ayam dan arnab, di Kazama Pets Store kami di bawa ke Kendurian. Wahhhh KENDURIAN? Teruja sangat uols bila dapat makan durian. Nora tiba di gerai Fruit & Flower Kingdom yang mana di dalam ini terdapat gerai-gerai yang menyediakan makanan hasil daripada pertanian seperti pisang, buang nagka, dragon fruit, manga dan paling superb best adalah DURIAN. Haaaa, Nora berpeluang menikmati Durian D24 bersama-sama rakan lain.







Tak tentu arah uols bila durian di depan mata. Nikmat apa lagi yang ingin di dustakan. Syukur sangat dapat makan durian yang sedap fresh dari lading. Konsep di sini adalah makan secara santai yang mana hanya perlu pilih + timbang + bayar = makan bersama menu-menu lain. Kalau nak tahu harga durian untuk D24 dalam lingkungan RM59/kg.


Haaaa di dalam Fruit & Flower Kingdom ini juga ada menyediakan pelbagai jenis air antaranya air mango susu yang sedap, blended fruit topping ice cream. Haaaa yang sempat Nora rasa manga dan dragon fruit. Sedap yang amat bila minum time cuaca panas ni.


Puas makan durian dan makanan lain, Nora masuk pula ke dalam hall yang menghimpunkan pelbagai usahawan daripada pelbagai bahagian kementerian pertanian Malaysia (MOA). Meriah sangat masuk dalam ni tau. Masuk-masuk kami terus di bawa untuk demo masakan dari Chef secara live tau. Nora tunggu apa yang menarik sangat kan, so chef dari Pacific West membuat demo masakan makanan yang berasaskan udang yang di namakan Kuro Prawns. Mula-mula macam pelik juga tengok sebab warna hitam, sekali dah rasa boleh di katakana unik dan sedap. Tak pahit langsung sebaliknya di akhir kunyahan pasti akan rasa pedas-pedas. Wowwwww menarik sangat makanan ni. Boleh beli kalau uols datang ke HPPNK2017.



Di dalam hall ini juga, terdapat usahawan pertanian iaitu bunga-bungaan. Terpesona sangat bila tengok bunga orkid yang cantik-cantik sejuk mata ni. Minat sangat, so mak-mak, akak-akak yang suka bunga orkid boleh datang sini tengok dan beli. Boleh juga dapatkan info berkenaan penjagaan bunga orkid.


 

Selain daripada bunga-bungaan, terdapat pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran. Di dalam hal segala jenis buah dan sayuran adalah pameran untuk pengunjung merasai sendiri kesegaran buah dan sayur. Serius geram tengok. Segala jenis buah ada.



Penat berjalan tetapi puas sangat sebab banyak info yang boleh diperolehi terutama info berkenaan hasil pertanian dan penternakan yang ada di pasaran. Dalam keadaan keletihan, Nora singgah minum di Jus Bob Nanas. Hilangkan dahaga dengan menikmati jus nanas MD2 yang sangat sedap.



Kami terus di bawa ke MARDI bagi melihat hasil kajian baru untuk kesihatan anak-anak iaitu sejenis emulson yang diperbuat dari kepala sawit. Walaupun produk ini baharu sahaja di hasilkan namun dari segi usaha dan kebaikan emulson ni setanding dengan emulson yang berada di pasaran. Tak sabar nanti nak cari emulson ni boleh bagi pada zarra.

Di kesempatan ini juga, kami singgah di Jabatan Perkhidmatan Veterina yang mana di sini di perkenalkan satu produk berasaskan sarang burung. Sempat merasa keenakan sup sarang burung yang di masak bersama mushroom. Bagus untuk kesihatan, memandangkan cuaca sekarang sekejap hujan sekejap panas dapat menikmati sup sarang burung ni, nikmat tidak terkata. Gittew.


Satay Tuna
Kami juga dapat merasai satay tuna yang sedap sangat tau. Siapa yang tak suka tuna, boleh cuba rasa satay tuna yang frozen. Cukup rempah dan bahan perasa menjadikan satay tuna ni setanding dengan satay ayam. Apa salahnya sesekali tukar selera satay pulakan?

Di bahagian Jabatan Perikanan, kami diperkenalkan serunding yang sinonim dengan serunding daging, ayam mahupun ukan bilis. Namun di sini, dengan hasil laut juga boleh di jadikan serunding seperti serunding ketam dan tuna. Bahasa kampung panggil serunding tetapi secara komersial di panggil Floss. Memang sedap floss tuna dan ketam ni, selalu Nora rasa floss ayam atau daging sahaja.


Untuk pengetahuan semua, dalam HPPNK2017 kali ini juga, terdapat satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan melalui Malaysia Food Festival (MyFF) di mana para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to-Fork).
MyFF 2017 menerapkan Farms, foods, drinks and experience yang merupakan elemen penting kepada perjalanan industri makanan di Malaysia serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia.




Terdapat gerai dan food truck di Empayar Makanan dengan sajian sebanyak 401 menu dalam kategori #NoatalgicFood # HispterFood # ViraliciousFood dan #Foodgasm 


Kalau singgah di MAEPS ni, rugi kalau tak singgah Nafas Cube iaitu tempat tarikan baharu di MARDI sebuah tapak penginapan berkonsepkan santai dan unik. Di Nafas Cube terdapat penginapan berbentuk Kontena, Calvert dan Khemah dan mempunyai 27 buah unit. 
Salah Satu Jenis Peninapan di Nafas Cube (Calvet)
Sangat menarik di sini sebab view dan udara yang segar. Di sini, Nora sempat bersarapan Nasi Lemak Ayam Goreng, Pulut Bersama Rendang serta ada Lontong.




Seterusnya kami singgah Empire Food. wahhhh terdapat banyak sajian hidangan daripada peniaga-peniaga food truck yang ada di sini. Ini semua dari usahawan berjaya yang menjalankan perniagaan makanan. Rambang mata weiiii.


Sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan, pihak penganjur juga ada menyediakan ruangan untuk pengunjung yang sedang mencari kerja kerana terdapat lebih 3000 peluang pekerjaan yang di tawarkan di Karival Kerjaya Agro.

So, apa yang korang tunggu lagi... Jangan ketinggalan datang ke Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang untuk merasai sendiri hasil pertanian dan industri daripada usahawan yang berjaya. Cepat datang esok kerana esok adalah hari terakhir HPPNK 2017 dan pastinya pelbagai promosi daripada peserta yang terlibat dalam sambutan HPPNK 2017 kali ini.



Tips ke HPPNK 2017

1. Datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan parking jauh.
2. Jika menaiki kenderaan awam, terdapat Shuttle bus di sediakan di Putrajaya Sentral & KTM Serdang.
3. Free your tummy okeh sebab pengunjung pasti puas hati dapat makan macam-macam kalau datang ke HPPNK2017.
4. Bawa extra bag, luggage, backpack atau bag yang boleh pengunjung isi barang. Mana tau kan korang nak shopping puas-puas.
5. Bawa duit yang secukupya.
6. Yang ada anak kecil, pastikan jangan sampai anak hilang, jaga barang berharga.

7. Akhir sekali boleh standby bawa payung sekiranya hujan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan HPPNK2017 boleh layari :

Twitter : @HPPNK2017
Facebook : HPPNK2017
Instagram : @HPPNK2017




You Might Also Like

10 ♥sweetcream♥

  1. Macam teringin juga nak pergi Nora..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ummi...seronoknya kalau pi sna kn...macam2 ada...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Wahhhh menariknya nora. Ada durian lagi tu. Ruginya tak ke sana semalam :(

    ReplyDelete
  4. ya ampun.. menjejes air liur kite wakkkkk.. hee~ tapi tak menahan tengok model cinonet posing depan Nafas Cube tu..

    ReplyDelete
  5. Teruja tgk ayam yang pink tuh..

    ReplyDelete
  6. udang tu sedap, jus nenas tu uiiii kecur, ayam pink comei. Ya Allah semuanya best2 ni ha !

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi berpeluang ke sini

    ReplyDelete
  8. Meriahnya..tak sempat pergi kena kerja ;(

    ReplyDelete
  9. perghh bestnyaa. part makan durian tuh uyul jeles hahaha
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿