Perbezaan Perjuangan Pemimpin Dengan Perjuangan Marhein

Saturday, May 19, 2018


Kejayan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu mencatatkan sejarah apabila parti keramat UMNO tewas setelah 61 tahun mentadbir negara. Ternyata, rakyat telah bersuara, suka atau tidak, ini adalah suara majoriti rakyat yang dahagakan perubahan.



Kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak dalam Pakatan yang tidak berputus asa menyedarkan rakyat untuk berani mengubah pimpinan demi Malaysia yang baru. Namun, siapakah yang menjadi tunjang atau akar umbi yang membuka mata rakyat sejak dahulu lagi?

Seorang aktivis politik, Otai Reformasi telah tampil membuat pendedahan di mana beliau mendakwa ada individu yang betul-betul memainkan peranan penting dalam memastikan suara rakyat didengari dan mempunyai “power” untuk menjatuhkan kerajaan terdahulu. Siapakah wira disebalik kejayaan Pakatan Harapan? Ianya hanya seorang Rakyat Marhein.


Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sudah berakhir dengan kemenangan kepada kerajaan baru Pakatan Harapan. Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan asalnya dari gabungan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PAS, kemudian PAS mengambil keputusan untuk tinggalkan Pakatan dan bergerak atas nama Gagasan Sejahtera yang mesra Barisan Nasional. Semenjak dari itu, nama Pakatan Rakyat bertukar menjadi Pakatan Harapan.

Namun, apakah faktor kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 kali ini? Tidak keterlaluan jika dikatakan, selama 20 tahun menjadi pembangkang, kerajaan baru masih juga tidak dapat dibentuk walaupun meraih undi popular rakyat. Jadi, siapakah sebenarnya wira yang tak didendangkan dalam membuka mata rakyat?

Tidak dinafikan, semua yang disebutkan ini berpengaruh dan berjasa dalam menyedarkan rakyat untuk berani mengubah kerajaan, tetapi itu bukanlah menjadi faktor utama atau akar umbi kepada runtuhnya sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.


Bukan satu tugas yang mudah mahu membuka mata rakyat Malaysia untuk berani bersuara, kerana rakyat yang akan lebih terkesan dan merana hidupnya jika didakwa apabila menentang kerajaan berbanding dengan pemimpin yang berpengaruh. Disebabkan itu, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang ditangkap, diambil tindakan, mahupun didakwa kerana protes dengan kerajaan sedia ada, rakyat Malaysia majoriti secara jujurnya masih belum membuka mata.

Apa ‘istimewanya’ wanita yang bergelar rakyat biasa ini hingga boleh didakwa sebegitu? Menjadi orang pertama yang didakwa dalam akta sakit hati kerana berniat menyakiti hati seorang Perdana Menteri, pastinya apa yang dilakukan oleh wanita ini membuatkan kita tertanya-tanya. 


Syarul Ema Rena atau terkenal dengan nama 'Ratu Naga' seorang wanita yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersuara melawan kerajaan terdahulu. Wanita ini hatinya kering, biarpun diserbu di rumah dengan kehadiran berbelas-belas pegawai polis dan SKMM hanya kerana dia mengeluarkan kenyataan mempertikaikan TPPA sahaja. Dasyat bukan?


Apa yang jelas, sejak didakwa, hampir setiap bulan hinggalah sekarang, wanita ini tidak kenal erti penat turun naik mahkamah, biarpun kalah dan ditahan. Wanita kental ini banyak menghabiskan masa membahayakan diri untuk membuka mata rakyat sejak berhenti menyokong BN dari tahun 2015.

Disebabkan usaha Ratu Naga selama 3 tahun memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dengan menjadikan dirinya sebagai bahan ‘experiement’ jika salah guna kuasa dibiarkan di negara ini, akhirnya telah membuahkan hasil yang baik.

Ramai pemimpin Pakatan merasakan merekalah yang menjadi punca kenapa rakyat membuka mata. Tidak dinafikan, namun usahlah terlepas pandang akan jasa wanita ini yang dari awalnya menjadi faktor utama. Lambakan ucapan terima kasih dan tahniah daripada rakyat Malaysia kepada beliau kerana menjadi inspirasi kepada rakyat untuk berani berubah, terpapar di laman sosial miliknya.


 “Saya pernah naikkan Barisan Nasional dengan tangan ini, dan tangan ini juga akan pastikan Barisan Nasional kalah pada PRU14”. Kenyataan beliau pada Ogos 2015, kini menjadi kebenaran. Ini lah bukti nyata, jangan sesekali memperlekehkan kuasa wanita.

Terima kasih ‘Ratu Naga’ kerana manjadi inspirasi rakyat untuk bangkit. Walau pun satu hari nanti, kerajaan Pakatan Harapan akan melupakan usaha beliau, tapi bagi kami rakyat Malaysia, jasa besar wanita ini dalam membangkitkan suara rakyat akan sentiasa dikenang.


Follow Ratu Naga di :
Instagram : @ratunaga
Twitter : @ratu_naga
Facebook Page : @ratunaga4rakyat

#ratunaga4rakyat #solidaritiratunaga #ratunagaraturakyat

*Ini adalah penulisan dari Otai Reformasi sendiri, bukan pendapat atau pendirian dari ummizarradotcom


You Might Also Like

2 ♥sweetcream♥

  1. Seriously...meremang bulu roma. Nany tak pernah dengar pun nama dia sebab selama ni dah macam malas nak amik tahu hal politik. Sebab tahu..macam tuh jugak pengakhirannya. Tapi, segala2 nya berubah bila PH menang dalam PRU14 baru2 ni. Terus berminat nak tahu lebih mendalam. Yang tertunggu2 adalah Menteri Pendidikan. Akhirnya sudah diumumkan. Harap orang yang betul dan ikhlas untuk bantu anak bangsa. Anyway, hebat betul Ratu Naga. Nanti I follow dia. Hehe..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿