Perbezaan Perjuangan Pemimpin Dengan Perjuangan Marhein
Kejayan Pakatan
Harapan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
lalu mencatatkan sejarah apabila parti keramat UMNO tewas setelah 61 tahun
mentadbir negara. Ternyata, rakyat telah bersuara, suka atau tidak, ini adalah
suara majoriti rakyat yang dahagakan perubahan.
Kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak dalam Pakatan yang tidak berputus asa menyedarkan rakyat untuk berani mengubah pimpinan demi Malaysia yang baru. Namun, siapakah yang menjadi tunjang atau akar umbi yang membuka mata rakyat sejak dahulu lagi?
Seorang aktivis politik, Otai Reformasi telah tampil membuat
pendedahan di mana beliau mendakwa ada individu yang betul-betul memainkan
peranan penting dalam memastikan suara rakyat didengari dan mempunyai “power”
untuk menjatuhkan kerajaan terdahulu. Siapakah wira disebalik kejayaan Pakatan
Harapan? Ianya hanya seorang Rakyat Marhein.
Pilihanraya
Umum Ke-14 (PRU14) sudah berakhir dengan kemenangan kepada kerajaan baru
Pakatan Harapan. Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan asalnya dari gabungan
Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PAS, kemudian PAS mengambil keputusan
untuk tinggalkan Pakatan dan bergerak atas nama Gagasan Sejahtera yang mesra
Barisan Nasional. Semenjak dari itu, nama Pakatan Rakyat bertukar menjadi
Pakatan Harapan.
Namun, apakah faktor kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14
kali ini? Tidak keterlaluan jika dikatakan, selama 20 tahun menjadi
pembangkang, kerajaan baru masih juga tidak dapat dibentuk walaupun meraih undi
popular rakyat. Jadi, siapakah sebenarnya wira yang tak didendangkan dalam
membuka mata rakyat?
Tidak dinafikan, semua yang disebutkan ini berpengaruh dan
berjasa dalam menyedarkan rakyat untuk berani mengubah kerajaan, tetapi itu
bukanlah menjadi faktor utama atau akar umbi kepada runtuhnya sokongan rakyat
kepada Barisan Nasional.
Bukan satu tugas yang mudah mahu membuka mata rakyat Malaysia
untuk berani bersuara, kerana rakyat yang akan lebih terkesan dan merana
hidupnya jika didakwa apabila menentang kerajaan berbanding dengan pemimpin
yang berpengaruh. Disebabkan itu, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang
ditangkap, diambil tindakan, mahupun didakwa kerana protes dengan kerajaan
sedia ada, rakyat Malaysia majoriti secara jujurnya masih belum membuka mata.
Apa ‘istimewanya’
wanita yang bergelar rakyat biasa ini hingga boleh didakwa sebegitu? Menjadi
orang pertama yang didakwa dalam akta sakit hati kerana berniat menyakiti hati
seorang Perdana Menteri, pastinya apa yang dilakukan oleh wanita ini membuatkan
kita tertanya-tanya.
Syarul Ema Rena atau terkenal dengan nama 'Ratu Naga' seorang wanita yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersuara melawan kerajaan terdahulu. Wanita ini hatinya kering, biarpun diserbu di rumah dengan kehadiran berbelas-belas pegawai polis dan SKMM hanya kerana dia mengeluarkan kenyataan mempertikaikan TPPA sahaja. Dasyat bukan?
Apa yang jelas, sejak didakwa, hampir setiap bulan hinggalah sekarang, wanita ini tidak kenal erti penat turun naik mahkamah, biarpun kalah dan ditahan. Wanita kental ini banyak menghabiskan masa membahayakan diri untuk membuka mata rakyat sejak berhenti menyokong BN dari tahun 2015.
Disebabkan usaha Ratu
Naga selama 3 tahun memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dengan menjadikan
dirinya sebagai bahan ‘experiement’ jika salah guna kuasa dibiarkan di negara
ini, akhirnya telah membuahkan hasil yang baik.
Ramai pemimpin Pakatan
merasakan merekalah yang menjadi punca kenapa rakyat membuka mata. Tidak
dinafikan, namun usahlah terlepas pandang akan jasa wanita ini yang dari awalnya
menjadi faktor utama. Lambakan ucapan terima kasih dan tahniah daripada rakyat
Malaysia kepada beliau kerana menjadi inspirasi kepada rakyat untuk berani
berubah, terpapar di laman sosial miliknya.
“Saya pernah naikkan Barisan Nasional dengan
tangan ini, dan tangan ini juga akan pastikan Barisan Nasional kalah pada PRU14”. Kenyataan beliau
pada Ogos 2015, kini menjadi kebenaran. Ini lah bukti nyata, jangan sesekali
memperlekehkan kuasa wanita.
Terima kasih ‘Ratu Naga’
kerana manjadi inspirasi rakyat untuk bangkit. Walau pun satu hari nanti,
kerajaan Pakatan Harapan akan melupakan usaha beliau, tapi bagi kami rakyat
Malaysia, jasa besar wanita ini dalam membangkitkan suara rakyat akan sentiasa
dikenang.
Follow Ratu Naga di :
Instagram : @ratunaga
Twitter : @ratu_naga
Facebook Page : @ratunaga4rakyat
#ratunaga4rakyat #solidaritiratunaga #ratunagaraturakyat
*Ini adalah penulisan dari Otai Reformasi
sendiri, bukan pendapat atau pendirian dari ummizarradotcom
2 Comments
Semangat yang hebat..
ReplyDeleteSeriously...meremang bulu roma. Nany tak pernah dengar pun nama dia sebab selama ni dah macam malas nak amik tahu hal politik. Sebab tahu..macam tuh jugak pengakhirannya. Tapi, segala2 nya berubah bila PH menang dalam PRU14 baru2 ni. Terus berminat nak tahu lebih mendalam. Yang tertunggu2 adalah Menteri Pendidikan. Akhirnya sudah diumumkan. Harap orang yang betul dan ikhlas untuk bantu anak bangsa. Anyway, hebat betul Ratu Naga. Nanti I follow dia. Hehe..
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿