Resepi Sup Tulang Mudah Dan Sedap

Saturday, August 24, 2019

Resepi Sup Tulang Noxxa Mudah Dan Sedap | Hye whatsup guys!!! Baru-baru ni kita semua umat islam telah menyambut Hari Raya Korban atau Aidil Adha.

Resepi Sup Tulang Noxxa

Alhamdulillah, Nora dapat daging korban di kediaman tempat tinggal Nora even duduk di situ belum sampai setahun. Kira dua tempat Nora dapat daging korban, satu di kampung suami sebab suami tolong melapah dan satu lagi di tempat tinggal Nora di Jelebu.



Rezeki dengan nikmat yang Allah beri, cukuplah untuk kami anak beranak sebab dapat daging, tulang, paru sedikit. Alhamdulillah dan terima kasih pada mereka yang terlibat dengan ibadah korban ni. So, hari ni Nora nak share dengan korang resepi sup tulang mudah dan sedap.

Resepi Sup Tulang Noxxa

Bahan-bahan :

  1. Tulang lembu
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. 3 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)
  6. Sup bunjut (khas untuk sup tulang)
  7. Kiub Maggie
  8. Lobak (optional)
  9. Kentang (optional)
  10. Daun sup dan bawang

Resepi Sup Tulang

Cara-cara :

Setkan periuk Noxxa pada stir kemudian masuk sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, 3 sekawan, sup bunjut dan kiub.

Resepi Sup Tulang Noxxa

Baca juga : Resepi Pizza Roti Gardenia

Kacau sebati sehingga naik bau masukkan sedikit air dulu. Off kan periuk Noxxa.

Resepi Sup Tulang Noxxa

Masukkan tulang yang telah dicuci bersih dan carrot. Rezeki Nora dapat gear box dan tulang serangka. Masukkan air paras-paras tulang tu tenggelam. Kemudian setkan periuk Noxxa kepada High Preasure selama 30 minit atau lebih ikut pada korang nak empuk macam mana daging tu. Tutup periuk dan set kan pada preasure. Tekan ON dan biarkan.

Resepi Sup Tulang

Dah bunyi beep dan buang wap, buka penutup tekan kepada stir semula dan letak bahan perasa. Kacau sampai menggelegak dan taburkan daun sup.

Siap untuk dihidang. Sup tulang mudah dengan noxxa sebab tak perlu masak sampai berjam-jam. Lagi pun ringkas masak sup tulang ni dan sesuai di makan seisi keluarga. Pekena pula dengan sambal kicap.


You Might Also Like

2 ♥sweetcream♥

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿