Salam sayang ols.

Haaa amekk kawwww dah basi baru nak update. Ape cer ni kan..

Tapi takpelah hakak nak juga update nak juga share dengan korang di luar sana tu kan.

Jumaat lepas 23 Mei 2014 telah berlangsungnya Pelancaran Produk terbaru keluaran Havarline Diamond Sdn Bhd.

Ummi di jemput menghadiri majlis tersebut yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Hotel Royal Chulan, Damansara dengan bertemakan biru yang dihadiri lebih dari 300 orang para tetamu.

Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah.



Havarline Diamond Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2013. Sebuah syarikat berteraskan kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia.

Havarline juga telah bekerjasama dengan pelbagai industri dalam dunia komestik dan ia sekarang sedang menempa nama di malaysia dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Turut dilancarkan dalam majlis tersebut ialah rangkaian produk baharu termasuk D-Collagen, D-Babes iaitu White Coffee minuman intim dan dalaman untuk wanita serta rangkaian pilihan D-Soap iaitu sabun rawatan spa Carbo Bar Soap, Bird’s Nest Soap, Dead Sea Mud Soap dan Marine Collagen Soap. 


Ummi harap produk ini akan mendapat sambutan daripada orang ramai.

Haaaaa kepada sesiapa yang inginkan merasai dan menikmati badan mereka bagaikan Diamond bolehlah jengah laman web Havarline Diamond dengan layari 


Website : Dcollagen.asia  
Facebook : DCollagen
Instagram : DCollagen
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ini boleh hubungi :

Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB)
3A25, Level 3A, Blok A,
No. 1, Jalan SS20/27,
Damansara Intan,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan



Hotline : +6019 968 8000
Phone : +603 7731 1021
Fax : +603 7731 1021
Email: sales@havarlinediamond.com



Ni saja kesempatan yang ummi dapat ambil. Acehhh macam sedih je kan...





Terima kasih tidak terhingga kepada Nami Cinta yang ajak ummi join event ni. Di sana ummi dapat jumpa dengan cik Lily Putih dan ramai lagi.



2 Comments

  1. Seronok tgk blogger join event glam2...produk colagen sure wanita suka hehehhe

    ReplyDelete
  2. bencik laa.. jumpa mesti x ketip2 pic same2 kan.. huhuh

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿