Salam sayang....

Pada 20 September 2014 yang lalu nora menghadiri satu event charity.

Terima kasih kepada kak Adza Irdawati yang merupakan owner blog Bicara Mak Dara sebab berikan info pasal charity ni. Dan terima kasih kepada Farah sebab sudi terima nora bersama-sama dalam menjayakan event ini. Kat sini nora jumpa abang kid or shakiddo.. Hehhehe memang seronok ngn diaorang ni..


Ooh My Gas (OMG) Liquid Nitrogen Ice Cream merupakan salah satu pakar ice cream yang  mewujudkan rasa ice cream yang lembut, halus, padat dan beku dengan segera. Ini kerana ice cream dari OMG ini dibuat terus daripada pekerja yang terlatih. Bahan yang digunakan adalah daripada buah segar yang dijadikan puree oleh cheff yang berpengalaman. Pekerja yang telah dilatih akan menyediakan ice cream pilihan pelanggan dengan segera.

Haaa korang boleh tengok seperti di dalam gambar okeh.



Berbalik kepada program amal, OMG Liquid Nitrogen Ice Cream  telah melancarkan satu 'Special Charity Edition' sempena perasmian pembukaan outlet baru di Gardens Mall, Midvelly. OMG Ice Cream Bucket Challenge telah diadakan bersama-sama dengan Persatuan Kasih Sayang Kanak-Kanak Padmasambhawa Klang.

Challenge ini berlangsung selama 3 minit dengan masing-masing perlu menghabiskan satu bucket ice cream. Sekiranya berjaya di dalam challenge ini pihak OMG akan memberi sumbangan RM50 kepada Pertubuhan Kebajikan Kanank-Kanak Selangor yang juga lebih dikenali sebagai "Klang Utama Caring Home" bagi mengumpul dana untuk membaik piluh rumah anak yatim mereka akibat kebakaran.

OMG melihat Ice Cream Bucket Challege ini telah menjadi satu viral di laman sosial di Malaysia dan ini merupakan cara terbaik untuk mengadakan aktiviti amal dikalangan rakyat Malaysia. Klang Utama Caring memerlukan dengan segera dana bagi membantu membaiki dan memulihkan keadaan tempat tinggal mereka di mana ia menempatkan seramai 41 orang penghuni.

Sumbangan dari OMG CEO Brendan Yuan

Bagi nora ice cream dari OMG ni memang sangat best dan sangat lembut. Ini merupakan medium makanan kesihatan yang boleh kita cuba. Ice cream yang lembut dan terasa segaar dari buahan terpilih. 


Pelanggan boleh memilih sendiri ice cream sama ada mahu menggunakan based pada soya, gelato or ice cream. Kemudian boleh pilih syep seterusnya.

Puas hati dan sedap rugi korang tak mencuba.

Sumber Instagram OMG
Untuk maklumat lanjut:

Laman web : www.oohmygas.com

Email : hello@oohmygas.com

Instagram : oohmygas



  

4 Comments

  1. akak dpat habiskan ice cream tak? ehe

    ReplyDelete
  2. Scha Nazri :

    Hahahahha akk tak join pon challenge 3 minit tu. heheh makan 1 bucket dia pn lambat habis. boleh brainfreeze tau..

    ReplyDelete
  3. Cik beast :
    memang terliur habis.. jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿