بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Majlis Pelancaran Single Terbaru dan Duta Permata Saadah

Siapa yang tidak kenal dengan Ratu Irama Malaysia tidak lain tidak bukan Noraniza Idris atau lebih dikenali sebagai Kak Ani. Dulu masa zaman sekolah, nora minat sangat lagu-lagu dari Noraniza Idris terutama lagu Dikir Puteri. Asal ada persembahan di sekolah mesti lagu tu yang akan di bawa.


Sidang Media

Kini, Irama Malaysia masih menjadi pilihan Kak Ani dan akan terus bersama menaikkan Irama Malaysia dalam muzik tempatan di negara kita. Ye la kan, zaman sekarang pelbagai genre muzik yang ada namun, Noraniza Idris tetap mengekalkan irama malaysia sebagai genre lagu terbaru beliau iaitu Permata Saadah.


Untuk pengetahuan korang, dulu kita cuma tahu Kak Ani hanya menyanyi dan mempunyai pusat latihan tarian. Namun kini, Kak Ani telah mengembangkan kariernya dengan menghasilkan produk terbarunya iaitu koleksi fesyen yang di beri nama AURA by NORANIZA IDRIS. Selain itu, Kak Ani juga merupakan Duta Produk Kecantikan dan Duta Perkhidmatan Katering iaitu Permata Saadah Catering selama 2 tahun.


Antara Koleksi Baju Aura by Noraniza Idris
Baru-baru ini, Nora berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris yang berjudul Permata Saadah dengan konsep Pop Tradisional bergenre Zapin Fusion. Di sepanjang majlis ini berlangsung terdapat acara di mana Kak Ani memperagakan koleksi fesyen terbaru dari Aura by Noraniza Idris.



Aura by Noraniza diterajui oleh Truly Aura Enterprise dengan memperkenalkan produk seperti tudung dan baju untuk wanita serta lelaki. Oleh kerana meminati fabrik dan fesyen yang sangat mendalam, Kak Ani mengembangkan sayap perniagaan secara online untuk memberi peluang kepada usahawan muda secara serius di bawah rangkaian produk jenama Aura by Noraniza Idris disamping membina pendapatan bersama sebagai jaminan masa depan jangka panjang.

Bersama barisan model Aura by Noraniza Idris
Sepanjang majlis tersebut, Aura by Noraniza Idris mencetuskan kelainan sempena menyambut Aidilfitri 2017 ini. Koleksi fesyen tudung dan baju dari Aura by Noraniza Idris sesuai untuk di gayakan di sebarang majlis kerana ianya lebih casual dan elegan.


Koleksi Aura by Noraniza Idris
Selain daripada itu, objektif Aura by Noraniza Idris adalah menghasilkan material produk yang seiring dengan kadar mampu milik masyarakat secara tidak lansung. Memandangkan ekonomi negara dalam keadaan yang sukar dijangka, Kak Ani mengambil pendekatan memperkenalkan rekaan fesyen yang lebih trendy dan sesuai untuk semua peringkat umur antara remaja sehingga dewasa. Apa yang paling utama adalah lebih konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian bekalan agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan dengan segera.

Kurta dari Aura by Noraniza Idris
Nora berkenan sangat dengan satu design rekaan fesyen Aura by Noraniza Idris kerana design yang simple terletak kemas pada badan si pemakai. Rekaan baju yang longgar dan trendy turut sesuai digayakan bersama tudung Aura by Noraniza Idris oleh seorang muslimah. Begitu juga dengan pakaian lelaki dijahit kemas dan nampak bergaya si pemakai kerana mengikut citarasa semasa.


 




Koleksi baju dan tudung dari Aura by Noraniza Idris boleh diperolehi secara online menerusi website dan instagram. Wahhhh, nora pula yang tak sabar untuk grab salah satu baju dan juga tudung. Mesti nampak anggun dan bergaya bila hari raya nanti kan.. cewahhh...


Bersama Fee Haikal 
Bersama rakan blogger Aten & Dhia

Info lanjut mengenai Aura by Noraniza Idris atau sebarang pembelian boleh layari:


Website : www.aurabynoranizaidris.com

Instagram : @aurabynoranizaidris

Untuk perkhidmatan katering boleh layari :

Website : www.permatasaadahcatering.com

Facebook : permatasaadahcatering

Instagram : @permatasaadahofficial








9 Comments

  1. wah.. hebat noraniza idris, minat jugak dengan dia ni.. berturut-turut produk masuk pasaran.. all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak ita. kak Ani ni dgn irama malaysia xdpt dipisahkan then produk dari kak ani pun cantik2..

      Delete
  2. Fee haikal tu mmg anak dia kan..muka ex laki dia tu..x ingat plak nama ex laki dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a ada 2 orang anak kak ani dgn ex dulu. fee haikal salah seorang.

      Delete
  3. Suka tengok tudung Aura, cantik..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. heheheheh betul betul... mmg lawa tudung dia. baju dia pun lelawa.

      Delete
  5. simple tapi tetap nampak cantik!

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿