بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Ucapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek di Perasmian #HPPNK2017 pada 2 Mei lalu.

Apa yang korang faham dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)? Nora berasal daripada keluarga peladang. Tapi bukanlah peladang yang menguruskan pelbagai tanaman sebaliknya nora berasal dari keluarga peneroka. Kalau korang nak tahu, melalui pertanian dan penternakan inilah kita menikmati kepelbagaian produk yang berada di pasaran.

Sambutan HPPNK Lebih Menarik bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”

Gimik Pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2017 buat pertama kalinya akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang. Menariknya sambutan HPPNK 2017 ini adalah bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, di mana HPPNK memberi peluang kepada Kementerian untuk terus menghargai golongan petani dan penternak dalam usaha memastikan sumber makanan negara terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui merekalah terdapat pelbagai produk di pasaran yang korang gunakan sebagai bekalan harian. HPPNK 2017 akan berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober nanti.

Anugerah dan Pengiktirafan untuk Petani dan Penternak

Penglibatan daripada beberapa syarikat swasta termasuk CIMB Malaysia, Air Asia, RHB Group dan Agrobank untuk #HPPNK2017

Melalui HPPNK, peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani dapat terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan. Oleh itu, satu anugerah khas akan disampaikan semasa Majlis Perasmian nanti. Selain itu, HPPNK juga akan terus mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah yang dipertandingkan. Kalau korang nak tahu, HPPNK akan terus memberi pengiktirafan kepada para petani dan penternak bagi pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang telah menghasilkan produk dan inovasi pertanian dalam membantu menjamin keselamatan dan kedaulatan makanan negara .

Memperkenalkan Malaysia Food Festival (MyFF)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mencuba masakan dari Chef Ismail
Dalam HPPNK kali ini juga, terdapat satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan melalui Malaysia Food Festival (MyFF) di mana para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to-Fork). MyFF 2017 menerapkan Farms, foods, drinks and experience yang merupakan elemen penting kepada perjalanan industri makanan di Malaysia serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mencuba Sellout 
Dijangka MAEPS, Serdang dapat menyediakan pelbagai ruang untuk perniagaan, pelaburan, kerjasama dan di samping memberikan platform yang ideal melancarkan produk dan perkhidmatan memandangkan sebanyak 850 gerai akan dibuka nanti.

Antara usahawan yang mengambil bahagian di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Diharapkan HPPNK 2017 dapat menarik ramai pengunjung dan mendapat sambutan yang lebih optimum berbanding edisi-edisi yang terdahulu.


Pengenalan video #HPPNK2017 di facebook rasmi HPPNK2017

Facebook : HPPNK2017




2 Comments

  1. huih.. best! makan, makan dan makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhehe :-d mmg sedap.. gemuksss lahhh asyik mkn jer..

      Delete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿