Neffos baru melancarkan produk terbaru mereka iaitu Neffos X1 Lite dengan menampilkan rekabentuk yang ringkas. Pelancaran produk baharu ini berikutan kejayaan Neffos X1 dan X1 Lite memberikan perincian teras untuk kemudahan pengguna.

Fazura sebagai Duta Neffos
Oleh kerana Neffos merupakan salah satu jenama telefon pintar yang telah mendapat tempat di Malaysia, kelihatan Neffos menawarkan lebih banyak pilihan kepada penggunanya dengan produk yang kian berkembang dari X1 sehingga Max X1 yang lebih besar. Namun, X1 Lite menyediakan pilihan terbaik untuk pengguna dengan harga mampu milik.


Pengarah urusan Neffos-Robber Hu, Pengurus Pemasaran Neffos-Yovelan Duan, Pengarah TP-Link-Hugo Cai, Duta Neffos-Fazura, Pengarah Neffos-Thomas Bai, Pengurus Kategori Lazada Malaysia-Kenneth Khor mempamerkan rangkaian Neffos X Siri
"Sebagai penyedia No.1 WLAN dan peranti CPE jalur lebar di dunia, TP-Link hari ini memperluaskan ekosistem telefon pintar Android Neffos dengan memperkenalkan X1 Lite yang menjanjikan ciri-ciri mewah tanpa menjejaskan pengalaman pengguna dan lebih penting harga Neffos X1 Lite adalah harga yang berpatutan mampu milik oleh rakyat Malaysia. Neffos X1 Lite dengan reka bentuk yang digunakan oleh TP-Link selama 21 tahun dengan prinsip penyediaan WLAN seluruh dunia hari ini. Saya bangga mengumumkan bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan Neffos X1 Lite kerana kami meneruskan usaha untuk menyediakan teknologi terbaik untuk pengguna" - Menurut Jeffrey Chao, Pengerusi dan Presiden TP-Link.
Pelancaran X1 Lite ini mengumumkan promosi secara bundle yang hanya boleh didapati di Lazada.My. Apa yang menariknya, dengan setiap pembelian Neffos X1 Lite, pengguna akan menerima barangan terhad eksklusif pilihan mereka iaitu Neffos Premium Gift Box atau T-shirt Warrior yang ditandatangani oleh Fazura.


Neffos X1 Lite : RAM 2GB dan Memori ROM16GB, Mediatek MT6750 menjadikan telefon pintar yang hebat untuk memenuhi keperluan gaya hidup masa kini.

REKABENTUK NEFFOS X1 LITE

Untuk pengetahuan korang, X1 Lite direka bentuk secara simetri dan mempunyai perlindungan belakang iaitu dwi-lengkung untuk cengkaman satu tangan oleh pengguna supaya boleh menghantar mesej  atau mengambil gambar secara on the go dengan berat 138g.

Selain itu, kedalaman kaca 2.75mm dan 2.5D menghasilkan penampilan yang lebih cerah dan terang dengan menggunakan screen teknologi IPS. Ini menjadikan X1 Lite lebih sempurna untuk menonton video, filem dan rancangan kegemaran.

Dengan sentuhan 10 mata boleh menghasilkan respon yang lebih tepat dari skrin LCD. Sentuhan dua kali boleh menghasilkan respons yang lebih tepat dan serba boleh dari skrin LCD dengan mengaktifkan skrin tanpa menekan button kuasa. Ini membuktikan X1 Lite memiliki fungsi dan cantik yang wujud bersama.


Rekabentuk yang slim dan mudah untuk di bawa kemana sahaja


KELEBIHAN FINGERPRINT

Neffos X1 Lite memberikan kelebihan dengan adanya Fingerprint untuk membuka skrin dengan lebih selamat. Dengan adanya Algoritma sensor yang canggih membolehkan Neffos X1 Lite membuka kunci telefon sepantas 0.2 saat. Data cap jari diperincikan dengan penggunaan supaya memudahkan pengguna untuk unlock telefon lebih tepat dan cepat. Dengan menggunakan Fingerprint juga, korang boleh berselfie dengan mudah, cepat dan cekap.

SPESIFIKASI NEFFOS X1 LITE


  • 2 Years Official Warranty
  • 4G LTE
  • MTK MT6750 4*Cortex-A53 1.5GHz + 4*Cortex-A53 1.0GHz
  • 5" HD Screen
  • 2GB RAM + 16GB ROM
  • 13MP Rear Camera + 5MP Front Camera
  • Android 7.0
  • Battery: X1 - 2,550mAh
  • Support MicroSD card (up to 128GB)
  • Dual SIM Dual Standby

Neffos X1 Lite ditawarkan dalam satu versi (2GB RAM + 16GB) dengan 2 pilihan warna (Cloudy Grey & Sunrise Gold) dan boleh di beli pada awal Ogos 2017 pada harga RM499. Boleh membuat tempahan pembelian Neffos X1 Lite di Lazada



7 Comments

  1. Wah..boleh tahan juga neffos x1 ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Harga pun berpatutan. Hasil gambar dari camera dia cantik...

      Delete
  2. Nice simple! Boleh buat survey ni nanti, nak beli kat ayah ena

    ReplyDelete
  3. harga dia okey la dengan spefikasi yang bagus tu.ingatkan harga rm700 ke atas tadi. huhu.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿