Salam kerinduan buat teman-teman pembaca ummizarradotcom.

Siapa suka makan peria katak?
Pastinya tidak ramai yang sanggup makan peria katak memandangkan peria adalah sayuran yang dikategorikan pahit. Haaaa orang kata yang pahit itulah sebagai ubat.



RESEPI PERIA KATAK GORENG TELUR

Bahan-Bahan :

Peria Katak – 3 Biji
Bawang Merah + Putih – Tumbuk
Ikan Bilis – Option Kalau tak letak pun boleh
Cili Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili padi. Kali ni saya gunakan cili kering yang telah diblender
Perasa
Telur – 1 biji

Cara-Cara :

Potong peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.
Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan cili kering @ cili padi. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan Peria Katak dan pecahkan telur.
Kacau sekata dan masukkan baha perasa. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas-panas.

PERIA KATAK

Nama saintifik bagi peria katak ialah Momordica Charantia yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae dan dianggap sebagai sayuran yang paling pahit di kalangan semua buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sumber : Google
Untuk pengetahuan semua, Peria sangat rendah kalori tetapi padat dengan nutrien yang sangat berharga. Ia adalah sumber terbaik vitamin B1, B2, dan B3, C, magnesium, folat, zink, fosforus, mangan, dan mempunyai serat makanan yang tinggi. Ia kaya dengan zat besi, mengandungi dua kali ganda beta-karotena brokoli, dua kali ganda kalsium bayam, dan dua kali ganda kalium pisang.

Peria juga mengandungi bahan kimia yang bertindak seperti insulin untuk membantu mengurangkan tahap gula dalam darah. Oleh itu ia amat baik untuk kesihatan bagi menghindar penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain.

Khasiat peria katak ni banyak antaranya menurunkan tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, dan banyak lagi.

Siapa yang gemar makan peria katak kita geng. Untuk pengetahuan semua, peria katak juga boleh dibuat jus. Campurkan peria katak bersama epal blend di jadikan jus. Jus peria katak + epal hijau sangat membantu menurunkan kadar gula dan baik untuk kesihatan.





11 Comments

  1. ummi.. betul ke tak pahit ni lepas rendam tu? hahaha.. nampak sedap tapi takut nak try.. sebab masih terasa-rasa pahit dia..

    ReplyDelete
  2. kambas dengan peria katak sama keee?

    ReplyDelete
  3. Suka peria katak..selalu buat pas tu siap jual lagi...hahaha....

    ReplyDelete
  4. Tak mkn peria..tp ni nmpak sedap ni. Boleh cuba nt.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap nie Nora.. nak cuba lah masak nanti..

    ReplyDelete
  6. kene baca dua kali jgk tajuknya.. igt katak goreng hihi..nama peria rupenya

    ReplyDelete
  7. Kalau kat ofis emi, dorang oreng mcm celup tepung tu tapi kasi garing. Menu fav emi lah tu.

    ReplyDelete
  8. T.ksh utk resepi ni..simple je..senang nk masak...

    ReplyDelete
  9. Peria ni aida jarang masak kat umah. Anak2 tak makan. Kalau balik umah mak, mak selalu masak. Sedap kan peria ni.

    ReplyDelete
  10. Ok kita geng. Haha. Tapi kita makan peria yang biasa tu je. Yang jenis tak pernah makan lagi, and kita masak tak letak telur. Haha. Dah suka hati pula tukar resepi orang kan ;)

    Tq share resepi :)

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿