Salam kesayangan ummizarradotcom...

Untuk pengetahuan korang bagi semakan keputusan Penempatan Tahun 1 bagi Sesi 2019 iaitu murid yang lahir pada tahun 2012 boleh membuat semakan secara online sepertimana ibubapa daftar dahulu. Kali ni Nora kongsikan tarikh dan perkara yang perlu ibu bapa lakukan sepanjang proses Pengesahan Penempatan Murid.

Ini merujuk kepada taklimat Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang lalu berkenaan perkaraan sepanjang pengesahan penempatan dilakukan.

Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 bagi Sesi 2019 boleh di lakukan pada 1 Ogos 2018 sehingga 30 September 2018.


PERKARA-PERKARA YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN

1. Tempoh Pengesahan adalah 01/08/2018 hingga 30/09/2018

2. Pengesahan perlu dibuat secara online terlebih dahulu di laman web : https://public.moe.gov.my/

3. Cetak surat penempatan kemudian hantar ke sekolah bagi tujuan pengesahan penempatan.

4. Hantar surat Pengesahan Penempatan yang dicetak oleh Ibu Bapa dan bawa sekali Surat Beranak ASAL ke sekolah yang di tempatkan.

5. Sekiranya Ibu Bapa ingin membatalkan Penempatan Murid, sila membuat pengesahan terlebih dahulu dan maklumkan kepada pihak sekolah murid di tempatkan.

5. Keputusan rayuan dan pendaftaran lewat pada NOVEMBER 2018.


MURID BUKAN WARGANEGARA

Bagi murid Bukan Warganegara boleh membuat permohonan sekolah bagi sesi 2019 mulai 1 OKTOBER 2018 di Jabatan Pendidkan dan membayar RM120 tahun semasa.


Sebarang perubahan dan kenyataan bergantung kepada
Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

15 Comments

  1. thanks share :) goood info! bleh gitaw kawan2 yg ada anak sekolah :) syaza follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks syaza... Welcome sharing untuk kawan².

      Delete
  2. Good sharing Nora.. sekarang senang kan boleh semak secara online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Daftar pun online dh skrg ni. Semua dihujung jari.

      Delete
    2. Betul kak. Daftar pun online dh skrg ni. Semua dihujung jari.

      Delete
  3. Kena alert, kalau tak......

    ReplyDelete
  4. good info nora.. esp bg mak2 yg nak nak masuk darjah satu nanti

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus utk para ibu bapa. Kena take note semua ni.

    ReplyDelete
  6. sekarang semua hujung jari. Tunggu sekecik enam tahun memang akan hadap bemda nih lg. Dulu kakak dia.

    ReplyDelete
  7. nice sharing sis... akak mmg duk tgu info ni pun... Allhamdulillah, tak sangka jumapa kt blog sis

    ReplyDelete
  8. Bila dah guna sistem online ni, memang parents kena sentiasa alert dengan tarikh tarikh ni semua.

    ReplyDelete
  9. Parent yang ada ank-ank nak masuk tahun 1 tahun hadapan kena aleart pekara ni.. dah boleh semakan !

    ReplyDelete
  10. nice sharing sis... akak mmg duk tgu info ni pun. nak share

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿