Selamat Ulang Tahun Sayang
Selamat Ulang Tahun Sayang | Assalamualaikum... Pada 29 Julai 2019 yang lalu merupakan ulang tahun kelahiran suami Nora yang ke 37 tahun. Baru hari ni Nora berkesempatan untuk kongsikan di dalam blog.
Punyalah ambil masa yang lama untuk Nora cerita dalam blog. Sebenarnya Nora plan nak celebrate birthday suami on that day 29hb tu sebab dah ambil cuti memandangkan pagi tu checkup Anaqi. Tapi dalam beberapa hari sebelum kejadian dapat maklum kedai yang Nora nak bawa suami celebrate tu tutup.
Masa tu Nora plan nak celebrate birthday suami di restoran western dekat pekan kawasan kami. Mujur restoran ni boleh booking. So, Nora plan dan hampir juga tempah delivery surprise bersekali dengan deco table. Tapi, last minit semua tu tak menjadi disebabkan beberapa kekangan. Jadi, Nora hanya booking makanan di restoran Meqnor Kitchen, Bahau tanpa deco table.
Celebrate Birthday di Meqnor Kitchen
"Sanah Helwah suamiku sayangMd Nadzrul bin Atan ❤️
Terima kasih sudi menjadi seorang suami yang baik selama ni. Moga setiap langkahmu sentiasa dalam lindungan Allah. Moga terus kuat dan sabar dengan setiap ujian yang mendatang. Yakin dan percayalah, setiap ujian yang dilalui, pasti punya sesuatu yang Allah ingin kita pelajari. Moga Allah sentiasa pelihara keluarga kecil kita. InsyaAllah Aamiin. Love you lillahi ta’ala "
Meqnor Kitchen merupaka sebuah restoran milikan bumiputera muslim. Sebenarnya kedai ni owner dia kawan Nora masa form six. Kami sekelas dan beliau adalah Mohd Ashraf Jaafar. Nora yang lambat tahu bahawa ashraf ni dah ada bisness dia sediri. Nora dapat makluman yang restoran Meqnor Kitchen dah lama beroperasi di Labu, Negeri Sembilan.
Celebrate birthday suami di Meqnor Kitchen cawangan Bahau sebab dekat dengan rumah. Menu yang di tawarkan semuanya menarik. Ini kali kedua Nora makan di sini. Memang western food kena dengan citarasa melayu.
Asalnya nak order set platter tapi fikir balik macam banyak sangat pulak walhal makan anak beranak je. So, Nora decide order menu ala cart. Western food murah disekitar Bahau dengan suasana restoran yang menarik
Antara menu yang Nora order sempena ulang tahun kelahiran my sayang seperti gambar di bawah.
Fish & Chip
Double Lamb Chop
Beef Steak
Chicken Cabonara Fetucini
Ini sahaja yang mampu isteri sayang sediakan. Heheheheh no cake sebab husband tak makan sangat. Jadilahkan. Semoga Allah merahmati setiap apa yang kamu lakukan untuk keluarga kecil kita.
Turn zarra suapkan ayah, sebab dari dulu pun perkara yang sama zarra buat.
Semoga yang baik-baik untuk keluarga kecil Nora.
0 Comments
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿