Roti Canadian Purple Wheat dengan Chicken Grill
 
Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Hari ini Nora ingin kongsikan makanan sahur Nora sepanjang 5 hari Nora puasa ganti. Masih ada berbaki beberapa hari untuk Nora selesaikan ganti puasa memandangkan sekarang sudah masuk Syahban itu tandanya tinggal beberapa hari untuk kita sambut Ramadhan.

Berpuasa ni mempunyai banyak kebaikan, misalnya pengurangan berat badan, kawalan kadar gula dalam badan, kesihatan jantung, fungsi otak pada
siang hari dan selain dapat tunaikan kewajipan sebagai umat islam.

Buat wanita dan mak-mak yang pasang impian nak turunkan berat badan dan dapat berat ideal sepanjanb bulan ramadhan nanti boleh amalkan menu sahur ringkas dan sihat. Nanti masa raya boleh gayakan baju size remaja. Hehehe.

Roti wholemeal sunflower seeds dengan Almond Butter



Ok, berbalik pada menu sahur ni sebenarnya Nora praktikkan masa ganti puasa baru-baru ini. Nora cuma ambil menu sahur seperti roti, buah, salad, scrambel egg, ayam grill sahaja dan benda yang wajib Nora ambil adalah coffee dan kurma. Kenapa coffee wajib? Sebab Nora addict sangat dengan coffee. Kalau sehari tak minum tak boleh. Kira tak cukup sempurna. Hehehe. Kurma pula membantu berikan tenaga.

Roti Canadian Purple Wheat Untuk Sahur

Sebenarnya untuk pengetahuan korang, pertama kali Nora cuba roti gardenia warna purple ni. Sedap sangat rupanya. Tapi, dikawasan penempatan Nora sukar nak perolehi yang biasa ada gardenia warna hijau tu.

Roti Wholemeal dan Roti Canadian Purple Wheat adalah dua jenis roti yang berbeza dan kedua-duanya ni selalu digunakan mereka yang berdiet. Nora share sikit info dua jenis roti keluaran Gardenia ni.

Roti Wholemeal

Roti Wholemeal ni adalah roti gandum yang tinggi dengan serat makanan. Roti ini mampu memberi rasa kenyang dengan cepat. Ramai yang sedang diet gunakan roti keluaran Gardenia ni yang mana paket warna hijau adalah wholemeal with sunflower seeds dan wholemeal with canadian purple wheat paket yang berwarna ungu.

Roti Canadian Purple Wheat Gardenia

Roti nilah yang Nora guna. Sedap sebenarnya cuma dalam rumah ni Nora je yang guna. Hehehe, so bila ganti puasa baru-baru ni selama 5 hari memang Nora hanya guna roti Gardenia Canadian Purple Wheat ni. Orang kata roti ni mempunyai serat yang tinggi dan kalori yang rendah. Lagi satu adalah G.I Value, iaitu ukuran relatif sesuatu jenis makanan yang ada kandungan karbohidrat beri kesan gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I bermaksud lebih pantas makanan diproses dalam badan.

Kurma

Buah kurma juga memberi banyak khasiat dalam badan. Ramadham dan buah kurma sangat sinonim kerana ia salah satu makanan sunnah nabi selain dapat memberi tenaga sepanjang hari. Setiap kali sahur dan buka Nora akan makan dalam 3-4 biji sahaja dan kebetulan di rumah masih ada stok buah kurma ajwa.

Korang pun sedia maklum sekiranya kita amalkan 3 biji buah kurma sehari dan diamalkn selama seminggu ia dapat memberi kesihatan yang optimum dan korang sendiri boleh rasainya sendiri. Atas pengalaman Nora selama 5 hari Nora amalkan berat badan Nora susut.

Dengan mengamalkan pengambilan buah kurma setiap hari ia dapat membantu mengurangi risiko kanser usus besar menjadikan lebih sihat dan bebas bakteria. Selain itu, buah kurma juga dapat membuatkan otak kita lebih cerdas kerana buah kurma mengandungi vitamin B6 yang terbukti meningkatkan tahap kerja otak daripada stress. Kurma juga dapat memberikan tenaga agar kita sentiasa segar sepanjang hari. InsyaAllah.

Coffee

Nora merupakan peminat kopi. Kalau sehari tak dapat hidu dan hirup coffee memang rasa lain sangat. Untuk mengelakkan ketagihan coffee ni buat Nora tidak bersemangat Nora minum Coffee blend dari espresso. Bukan coffee 3in1 atau bancuh dengan gula tu tau. Sebabnya Nora dalam usaha cut sugar.

Inilah coffee yang sedap dan sesuai untui diet


Memula rasa coffee dari Super Coffee Essenso yang jenis Microground Coffee terkulat-kulat juga. Tapi lama-lama makin seronok dah sedap nikmati coffee yang rasanya penuh degan aroma 100% coffee arabica.

Sapu roti dengan Spread Cream Cheese Sedap

Sachet kecik sahaja. Nora selalu belibdi 99 speedmart sebab murah harga dalam RM8.40 - RM9.00 sahaja. Essenso coffee ni ada juga yang 3in1 ye, Nora juga pernah rasa memang sedap dengan baubroma coffee tu membangkitkan semangat.

Ganti puasa Nora belum habis jadi gigihlah untuk selesaikan sebelum Ramadhan tiba. 2019 Nora berpantang dalam bulan puasa dan 2020 preggy kali ini Nora sangkyt GDM. Fidiyah untuk 2019 telah selesai dan puasa juga telah diganti. Tinggal sikit lagi untuk selesaikan 2020. Alhamdulillah juga Nora amalkan cara ni berat Nora turun.



3 Comments

  1. sedapnya makan wrap... minum pula essenzo wah mmg best la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak adda memang sedap. Aroma kopi essenso ni mengancam. Ehheheh

      Delete
  2. Kopi Essenso tu memang sedap suka sangat... Sy pon sentiasa stok... selamat berpuasa Nora

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿