Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua… Tahun 2021 telah berlalu,namun menyaksikan pelbagai kisah yang meninggalkan kesan dalam jiwa kita dengan pandemik Covid-19 yang masih ada dalam kehidupan kita. 

Penghujung 2021 sekali lagi negara dilanda musibah dengan banjir besar menyaksikan ramai rakyat yang terkesan. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga terutama kepada para usahawan di Malaysia.

RICHWORKS KOMITED BANTU 605,000 BANGSA USAHAWAN BANGKIT SEMULA

Melihat situasi ini, ramai golongan usahawan yang terjejas dan terkesan dengan ujian Allah, RichWorks tampil membantu sama-sama meringankan beban masalah mereka. 

Richworks prihatin ingin membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka dengan memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Richworks bantu rakyat dalam membimbing usahawan dan negara berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.  

Richworks International Sdn Bhd ini telah membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. 

Salah satunya melalui Richworks Academy dengan mengadakan sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Ternyata ramai para usahawan yang terjejas tidak kira usahawan kecil mahupun besar pastinya terkesan kerana perniagaan di premis tidak dapat beroperasi dan juga logistik tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Kesan yang Dihadapi Usahawan 2021

·         Terjejas dengan Pandemik kekerapan PKP pengoperasian tidak dapat dijalankan

·         Pengurusan kewangan yang tidak kukuh dan tidak cekap

·         Tidak mempunyai ilmu perniagaan

·         Rasa down dan putus asa

·         Terkesan dengan Banjir

·         Tidak mempunyai mentor dan guru


Tipu jika tiada cabaran dalam perniagaan. Sebenarnya, banyak lagi kesan dan cabaran yang dialami oleh usahawan sepanjang tahun 2021 dan pastinya perlu bangkit pada tahun 2022. 

Richworks prihatin dan memahami situasi yang berlaku pada tahun 2021.Mereka juga terkesan dengan banjir baru-baru ini. Namun, Perjuangan Richworks 2021 terlihat sangat banyak dan bermanfaat.


YAKIN DAN BANGKIT SELEPAS UJIAN

Walaupun perit, Dr Azizan terus bangkit dan yakin dengan apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Dengan itu, Richworks memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Dengan itu, pelbagai insentif yang dilaksanakan oleh Richworks dalam membantu para usahawan bangkit selepas ujian pandemik tahun 2021. Richworks prihatin dan terus berjuang habis-habisan dalam melahirkan usahawan berjaya.

RICHWORKS PRIHATIN BANTU PERNIAGAAN DISEBUT DALAM DEWAN RAKYAT

Salah satu program Richworks yang disasarkan kepada kaum wanita iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bukan sahaja Richworks prihatin terhadap wanita, keluarga dan masyarakat, tetapi mereka turut komited bekerjasama melahirkan usahawan berjaya walaupun hanya dari seorang suri rumah.

RichWorks Menubuhkan RichWell Kerana Richworks Prihatin

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Banyak lagi perkara baik yang dilaksanakan kerana Richworks prihatin dengan isu yang berlaku dalam negara kita.

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

RICHWORKS BANTU USAHAWAN UNTUK TERUS BANGKIT

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

 

Hasil perjuangan Richworks 2021, sebanyak 77 bisnes anak didik mereka telah mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks richworks.com untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

JOM TONTON KISAH PERJALANAN RICHWORKS 2021

Di sini ada sedikit perkongsian Kisah journey Richworks melalui video Youtube dibawah ini :


KENALI RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD

Nama syarikat Richworks iaitu Richworks International Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan terbaik di Malaysia, khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan. Pasti ramai yang mengenali syarikat hebat ini sama ada mereka usahawan mahupun tidak.

Untuk makluman semua, sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman. Selepas dari ini barulah tertubuhnya Richworks International Sdn Bhd dengan melibatkan lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring. Kagum sangat dan hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu impak sebenarnya.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Dengan kisah perjalanan Richworks ini, kita semua mempunyai peluang dan ruang untuk terus bangkit berniaga. Richworks sentiasa ada memberi nilai kepada kita untuk terus berjaya dalam apa jua yang kita usahakan.

 


12 Comments

  1. Tahniah RichWorks.. banyak membantu usahawan lebih berjaya..

    ReplyDelete
  2. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semoga Richworks lebih sukses dalam membantu usahawan untuk berniaga

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  5. Amazing article. Your blog helped me to improve myself in many ways thanks for sharing this kind of wonderful informative blogs in live. I have bookmarked more article from this website. Such a nice blog you are providing. 야한동영상

    Please visit once. I leave my blog address below
    야설
    야한동영상

    ReplyDelete
  6. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  7. Tahniah RichWorks! Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  8. Terbaik dan tahniah Richworks...

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg bukan calang-calang. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang

    ReplyDelete
  10. Casino Review of Mohegan Sun Casino - Goyang.com
    Mohegan Sun Casino is a 슬롯머신규칙 top 유로 스타 도메인 rated online casino in Uncasville, Connecticut. This online gaming 바카라 테이블 company is one of 슬롯사이트 the most 벳 365 코리아 먹튀 recognized

    ReplyDelete
  11. lsm99 เว็บตรง คาสิโนออนไลน์อันดับ 1 ที่มีผู้คนไว้วางใจมากว่า 10 ปีแลับยังมีเทคนิกการเล่นให้อ่านทุกวันอีกด้วย
    lsm99 เว็บตรง

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿