Salam kesayangan uols.

Baru-baru ini sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2017, Lulu Hypermarket & Department Store telah menghasilkan kek buah terpanjang di Malaysia dengan mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.


Untuk pengetahuan korang, Lulu Hypermarket & Department Store telah di buka pada tahun 2016 yang beralamat di Capital Square, Lot 159, Persiaran Cap Square, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Bagi memeriahkan Hari Malaysia 2017, LuLu Hypermarket telah meraikan sambutan Hari Malaysia bersama-sama warga kota amnya dengan mengadakan pelbagai program iaitu menyediakan kek buah terpanjang di Malaysia serta diskaun harga buat pelanggan di Lulu Hypermarket.


Objektif program yang dijalankan ini adalh bertujuan meningkatkan imej Lulu dalam kalangan rakyat Malaysia serta merupakan sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya. Lulu Hypermarket telah menyediakan kek terpanjang di Malaysia dengan mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records yang sebelum ini dipegang oleh Colmar Tropicale, Berjaya Hills dengan ukuran 90 meter panjang dan ketebalan 8 sentimeter pada tahun 2014.



Kek buah terpanjang di Malaysia ini dihasilkan oleh Ketua Chef Shaji PR Nair dengan 7 orang chef sebagai pembantunya telah bertungkus-lumus menyiapkan kek buah dengan ketebalan 15 inchi dan berat 1,600 kilogram sehingga 1,800 kilogram. Kek buah tersebut telah dihiasi dengan potongan buah-buahan segar seperti strawberry, anggur, manga, pic, kiwi, nenas, peach dan lain-lain.



Dengan penuh kesabaran Nora menunggu ketibaan VIP untuk mengumumkan sama ada kek buah yang di sediakan ini mampu memecah rekod Malaysia Book of Records yang lama ataupun tidak.

Ramai pengunjung yang hadir semasa majlis ini turut merasai debaran pengumuman daripada wakil Malaysia Book of Records. Sokongan turut diberikan daripada orang ramai yang memenuhi ruangan hadapan pasaraya Lulu Hypermarket.



Tepat jam 5.00 petang, wakil dari Malaysia Book of Records telah mengumumkan secara rasmi kek buah yang dihasilkan oleh kerjasama daripada Lulu Hypermarket diiktiraf sebagai Kek Buah Terpanjang Di Malaysia iaitu sepanjang 123.3 meter sekaligus telah memecah rekod lama. Dengan itu, Lulu Hypermarket & Department Store Sdn. Bhd telah menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records. Tahniah diucapkan kepada pasaraya Lulu Hypermarket kerana telah mencatat rekod baharu dalam Malaysia.


Penyerahan Sijil Pengiktirafan dari wakil Malaysia Book of Records kepada Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd
Berakhirnya majlis ini, oarang ramai yang berkunjung di pasaraya ini dapat menikmati hidangan kek buah terpanjang di Malaysia ini. Disamping itu, sepanjang program ini berlangsung, pasaraya ini juga turut mengadakan kutipan amal untuk Rumah Cheshire Selangor dan hasil kutipan tersebut telah diserahkan kepada yang berkenaan.

So, dikesempatan Nora berada di pasaraya ini, Nora ambil peluang untuk melihat ke dalam pasaraya Lulu Hypermarket yang mempunyai 3 tingkat dengan pelbagai jualan dan department yang ada di sini. Haaa kalau korang nak tahu apa yang menarik di dalam pasaraya Lulu ini adalah terdiri daripada :
  1. Ground Floor

Bahagian Groceries, Hot Food dan banyak lagi. Apa yang menarik di bahagian bawah korang mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan keperluan rumah seperti sayuran, buahan, barang basah mahupun barang kering. Di bahagian ini juga terdapat bahagian yang menjual barangan dari Timur Tengah iaitu Arabian.




Bahagian ini menyediakan beberapa jenis kuih muih yang popular dari sana seperti Graiba, Konafa, Balahasham dan banyak lagi. Selain daripada manisan, terdapat juga jualan kekacang, saffron dan coklat. So bila datang sini tidak perlu susah payah untuk mengirim orang yang pergi umrah.



Di Lulu Hypermarket dah boleh dapat semua ni. Selain itu, di bahagian ini juga terdapat bahagian Delicatessen yang meyediakan barangan dari barat seperti olive oil, cheese, olive dry dan banyak lagi.




Korang yang suka makan sushi, haaa di sini pun ada jual tau, harga memang murah dan yang penting halal. Puas hati sangat dan rasa berbaloi. Untuk yang suka healthy sikit, korang boleh direct dapat air detox di bahagian Healthy Choice. Macam-macam ada di Ground Floor ni.




  1. Level 1
Di bahagian ini Lulu Hypermarket menyediakan keperluan barangan khusus untuk wanita seperti baju, kasut, handbag, pakaian kanak-kanak untuk lelaki mahupun perempuan.




Bahagian ini juga terdapat pakaian dan barangan lelaki selain daripada barangan penjagaan diri, cadar dan butik untuk saree. Kalau korang nak tahu, Nora rambang mata dalam ni sebab handbag dan baju kanak-kanak sangat murah. Berbaloi sangat datang sini.




  1. Level 2
Bahagian ini khusus untuk lelaki seperti aksesori kereta, pakaian lelaki, barangan sukan dan lain-lain.
  1. Level 3
Bahagian ini pula menyediakan keperluan barangan elektronik, IT dan Gadget.




Haaaaa macam mana, puas hati kan kalau datang shopping di Lulu Hypermarket ni sebab mcam-macam yang korang boleh dapat. Apa yang Nora boleh katakan, pasaraya Lulu Hypermarket ni menyediakan barangan yang boleh dikatakan kesemuanya barangan halal. Setakat Nora servey memang tak jumpa produk yang tidak halal. Suka ke sini sebab barang basah segar-segar dan harga pula sangat murah. Walaupun berada di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Lulu Hypermarket tetap memberi kepuasan kepada pelanggan yang membeli-belah di sini dengan menawarkan harga promosi.



So, sempena sambutan bulan kemerdekaan, Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd mengadakan promosi Flat 30% sehingga 30 September 2017 hanya untuk barangan terpilih sahaja. Walaupun barangan terpilih, namun harga yang di tawarkan di pasaraya ini rata-rata sangat berbaloi dan boleh dikategorikan sebagai murah.
Promosi yang ditawarkan oleh Lulu Hypermarket
Jadi, apa tunggu lagi korang jangan lepaskan peluang untuk rebut promosi yang sedang berlangsung ini. Terus terang Nora katakan, jadilah pembeli dan pengguna yang bijak. Sementara tengah ada promosi ni, ambil peluang untuk membeli-belah dengan menikmati harga murah di Lulu Hypermarket.

Jom layan video sepanjang Nora membeli-belah di Pasaraya Lulu Hypermarket.



Untuk maklumat penuh berkenaan promosi boleh layari :


Facebook : Lulu Hypermarket KL

Instagram : Luluhypermy


Hasil mencadat di Lulu Hypermarket

3 Comments

  1. amboi sakannya kak nora shopping hehe

    ReplyDelete
  2. Dah la panjang besar Pula keknya.. Tahniah Lulu

    ReplyDelete
  3. tudia pjg giler kut kek tu..dpt bawa balik x hehe

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿