Assalamualaikum…

Selamat berpuasa untuk semua sahabat. Sepanjang PKP sukar betul nak cari roti gardenia. Kira laku keras betul. Tapi, Alhamdulillah bagi Nora ia mudah didapati di sini. Jadi, roti yang ada dan nak tamat tempoh tu, dari membazir buang kita jadikan ia makanan. Ye la boleh makan bersama keluarga sebagai hidangan dessert juadah berbuka puasa



RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan-bahan Puding Roti :
10 keping roti
3 cwn susu segar
4 biji telur
4 sdb gula
1 sdk esen vanila
1/2 cwn kismis
sedikit planta

Baca juga resepi : Kuih Dangai Gebu

Cara-cara :

Sapu planta pada loyang. Kemudian susun roti yang sudah dipotong dan gulung kedalam Loyang. Macam nora suka sapu sedikit planta dekat atas roti tu. Calit-calit je.

Campurkan telur kedalam 3cwn susu tadi dan masukkan esen vanila & gula kacau sebati. Tuangkan kedalam loyang yg sudah diisi roti tadi dan tekan skit dengan spatula bagi sebati susu & roti. Masukkan kedalam oven yg sudah dipanaskan terlebih dahulu. Ok, bakar pada suhu 170°c selama 45 minit @ sehingga masak.



Bahan Untuk Sos Kastard :

2 cwn susu segar
2 sdb gula
1 sdk esen vanila
2 sdb tepung kastard

Cara-cara :

Buat sos dia pula cukup mudah. Cuma masukkan kesemua bahan kedalam pan & kacau rata. Pastikan masakkan di atas api yg sederhana besar kacau sampai pekat dan tutup api.

Siap kesemuanya boleh di hidangkan sebagai dessert untuk keluarga nimati ketika berbuka puasa.

10 Comments

  1. fav tok laki sis ni..lama tak buat..byk dh try resepi tp x krna dgn tekak...nak try resepi zara plak hihi

    ReplyDelete
  2. Semua bahan ada kat rumah ni tapi tak tahulah bila nak buatnya.. Hahaha.. Dasar pemalasa betul dak Mimi ni.

    ReplyDelete
  3. Wawa bukan penggemar puding roti tp adk ipar wawa iye.. Nti boleh la buatkan dia resepi ni

    ReplyDelete
  4. Sedapp and sis nak try to make custard bread pudding this weekend.

    ReplyDelete
  5. Favorite ana ni. Memang sesuai dijadikan dessert utk berbuka sebab mudah nak buat dan sedap.

    ReplyDelete
  6. Suami suka puding roti ni, boleh masuk dalam list berbuka nanti, macam senang nak buat

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. Tak pernh buat lagi puding rotini.. Nak kene cari bahan nampaknya

    ReplyDelete
  8. smua bhn dah ada tgl tepung kastad ja lagi alahai..bila nak buat ni haha

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿