Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan semua. Tiber muncul pula hari ni setelah berbulan-bulan lamanya menyepi.

Terima kasih pada readers yang masih sudi jengah blog ini dan rasa terharu masih ada yang sudi singgah baca story dalam blog ni.

Hari ni terajin sebab kepala tengah tingtong sebab mula selsema. Musim-musim virus fever menyerang barang kali sambut CNY dengan cuaca hujan mendung. Nikmat Allah juga untuk hambaNya.

Pagi ni dapat mesej thru whatsapp dari rakan blogger Ruby sharing menu Sup ABC Clear Water. Haaaaa menu apa tu dalam hati ni. Bila search ohhh simple rupanya. Dan menu ni selalu orang cina akan masak bila demam atau tidak sihat. Mudah dan simple rupanya.


RESEPI SUP ABC CLEAR WATER

Bahan-bahan :

Ayam

Kentang

Bawang Besar / Holland

Tomato

Carrot

Stock Ayam (kiub)


Cara-cara :

Potong ayam better bahagian dada dan potong dadu. Kentang dan carrot dipotong dadu. Bawang dihiris halus atau kasar.

  1. Masak air sehingga mendidih kemudian masukkan kentang dan carrot
  2. Masukkan dada ayam, bawang dan tomato. Reneh sehingga menggelegak.
  3. Masukkan stock ayam (kiub ayam) dan boleh taburkan daun bawang, ketumbar dan sup.
Siaplah Sup ABC Clear Water untuk mereka yang demam. First time Nora masam dan makan. Ohhh sedap rupanya. No tumis-tumis. Korang bolehlah cuba masak bila badan tak sihat.

Baca juga :


Bila musim hujan sejuk-sejuk ni memang mudah sangat tersebarnya virus dan bila anak-anak tidak sihat terpaksa hari ini Nora ambil cuti sebab dua-dua anak bujang demam. Even dah pergi ke klinik dan nampak dah kebah, alih-alih sampai ke rumah kami masing-masing menunjukkan tanda yang tidak baik termasuklah Nora sendiri. Si adik Aakif Zayyan suhu terlalu tinggi dan agak lambat suhunya nak turun even dah bagi makan ubat.

Last pilihan pukul 2 pagi kejutkan suami untuk masukkan ubat Voren dekat punggung Aakif. Kenapa suami? Sebab Nora takut dan tak berani nak buat dari zarra kecik lagi. Ambil masa juga nak turun suhu badannya.

Nora pula selsema mula menyerang. Kalah betul dengan selsema. Segala ubat dah telan tapi Allah bagi ujian sakit tanda Allah sayang. Bila pukul 4 pagi tiber si abang Aisy Anaqi mengigil-gigil bila cek suhu Allah tinggi juga.

Susah hati bagi kita sebagai orang tua kan bila anak-anak tak sihat. Kita yang tak sihat ni pun tak boleh nak berehat sebaliknya kena kuat agar tak mudarat.

Nora doakan kepada semua yang tidak sihat agar Allah beri kesembuhan dan dipermudahkan setiap urusan setiap hari.

4 Comments

  1. Hahahaha itulah mak mak kan. Laju terus masak. Terkejut saya. Semoga lekas sembuh anak-anak akak dan keluarga. Akak pun lekas sembuh k.

    ReplyDelete
  2. Akak panggil ni resepi antibiotik...

    ReplyDelete
  3. Sedap pulak tengok sup Nora masak nie..

    ReplyDelete
  4. Sohbet Sohbet odaları

    Mobil Sohbet Mobil sohbet odaları

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿