Assalamualaikum semua. Salam PKP dan PKPB. Sebagai seorang isteri dan ibu, pastinya otak kita sering bekerja memikirkan menu hendak dimasak untuk anak-anak dan suami. Kadang-kadang naik buntu juga kan.

Ada masa masakan kampung iaitu menu Malaysia yang sinonim dengan tekak melayu tapi sesekali ingin juga masak menu barat kira ala-ala western. Tapi sebelum hendak masak masakan barat pastinya kita akan buat carian resepi serta ingin tahu herba atau rempah yang digunakan untuk masakan barat.

Kali ini Nora ingin kongsikan dengan korang herba Itali yang sering digunakan untuk masakan barat. Yelah setiap herba menghasilkan bau dan rasa yang berbeza jadi kita patut tahu kegunaan setiap herba Itali dalam masakan kita.

5 Herba Itali Patut Dikenali Sebelum Digunakan Untuk Memasak

1. Oregano

Oregano

Oregano juga dikenali sebagai ‘wild marjoram’, oregano merupakan salah satu bahan penting dalam kebanyakan hidangan Itali seperti piza, sos dan kaserol. Berbanding herba lain yang lebih baik digunakan segar, oregano pula memberi lebih rasa jika menggunakan dalam bentuk dikeringkan.

Walaupun oregano segar sedikit kuat, ia adalah tambahan yang disukai untuk hidangan sayur-sayuran segar, terutama bersama dengan tomato, zucchini dan labu musim sejuk masyarakat luar negara. Daging lembu, dan ayam juga sesuai dimasukkan dengan oregano, seperti zaitun dan keju feta. Roti dan pastri juga menjadi lebih menarik dengan sebilangan oregano segar yang dicampurkan di dalam hidangan. Namun di Malaysia kebanyakannya lebih gemar menggunakan oregano yang dikeringkan kerana aromanya sudap cukup memadai.

Kebaikan oregano adalah mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi, di samping zat besi, mangan dan antioksidan lain menjadikan ia salah satu herba yang memberi kesan positif kepada kesihatan tubuh. Minyak pati oregano pula digunakan sebagai antioksidan.

2. Basil

Basil

Basil sering digunakan dalam hidangan yang mengandungi tomato, lemon atau bawang putih. Masakan yang sesuai dimasukkan daun basil adalah seperti salad, sup, berkeju, atau piza.

Baca juga : Resepi Lamb Chop Dan Sos Black Pepper Homemade

Mungkin cara paling sedap untuk menggunakan Basil adalah di atas pasta. Dalam sos tomato, basil adalah ramuan yang sangat diperlukan. Sos sederhana yang boleh dibuat hanya dalam beberapa minit, dan sangat menyerlahkan rasa wangi dan sedap.

Basil segar lebih baik berbanding yang dikeringkan. Masakan yang ditambah daun basil memberi lebih kesegaran kepada masakan tersebut.

Daun basil juga bagus di tanam di dalam rumah kerana dari segi kesihatan ia mengandungi sifat anti-bakteria.

3. Rosemary

Rosemary

Rosemary adalah herba malar hijau yang berasal dari Mediterranean. Ia digunakan sebagai bahan kulinari untuk membuat minyak wangi, dan untuk manfaat kesihatan.

Rosemary memberikan rasa ‘lada’ dan sedikit berkayu. Ia sesuai dimasukkan ke dalam hidangan kambing, sayur panggang, sup dan stew.

Baca juga : Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Namun, hati-hati dengan kuantiti yang digunakan, kerana herba ini walaupun menggunakan sedikit sahaja, sudah cukup untuk memberikan rasa yang kuat. Penggunaan rosemary yang berlebihan boleh menjejaskan rasa pada masakan.

Masukkan rosemary ke dalam stok atau stew, atau taburkannya ke dalam perapan ayam gril untuk aroma dan rasa yang lebih menyelerakan. Salah satu herba Itali untuk masakan yang digemari dikalangan masyarakat kita.

4. Parsley

Parsley

Parsley adalah ramuan popular yang sering digunakan dalam masakan Amerika, Eropah, dan Timur Tengah.

Bukan sekadar sebagai hiasan hidangan, tetapi juga memberi rasa yang berbeza pada hidangan. Ia sesuai digunakan dalam hidangan makanan laut, sos sayur, hidangan pasta dengan sos atau sup.

Cincang halus sebatang parsli, masukkan ke dalam telur dan digoreng hancur. Boleh beri rasa berbeza dan mudah pula!

5. Thyme

Thyme

Thyme begitu serasi jika ditambah pada saat akhir masakan berasaskan telur, sayur-sayuran dan juga produk berasaskan kacang soya. Ia juga wangi. Thyme turut dimasukkan ke dalam bouquet garni (macam sup bunjut tu) untuk memperisakan stok, sup, dan stew.

Thyme adalah dari tumbuhan malar hijau aromatik dalam keluarga pudina Lamiaceae. Thymes adalah sama degan genre oregano Origanum. Kegunaan adalah untuk kulinari, perubatan, dan hiasan, dan spesies yang paling sering ditanam dan digunakan untuk tujuan masakan adalah Thyme.

Dari segi kebaikannya pula, thyme sudah lama digunakan dalam perubatan untuk membantu mengatasi masalah pernafasan dan dada seperti batuk, bronchitis dan dada rasa sesak.

Semoga apa yang Nora kongsikan ini dapat membantu korang dalam menggunakan herba Itali untuk masakan. Yelah Nora sendiri kadang-kadang keliru nak gunakan herba apa untuk Cabonara, bolognese mahupun lambgrill. Kadang tu asal apa yang ada. Rupanya semua herba memberikan rasa dan aroma yang bebeza.


Sumber : Carian google




22 Comments

  1. suka semua herb nih.. membangkitkan aroma yang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bonde. Semua sedap kena dengan masakannya.

      Delete
  2. Ana pun kadang confuse. End up guna je apa herbs yg ada.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe betul tu ana. Nora pn asal ape yg ada. Paling tak mix herbs je la. Heheheh

      Delete
  3. Yes we do use a lot of these italian herbs in our cooking especially when it comes to pasta. :)

    ReplyDelete
  4. Oregano tu ada jiran bagi pokoknya. Baunya semerbak. Boleh la nanti masak pakai oregano fresh.

    ReplyDelete
  5. Yeah...........these five herbs are good. It also makes your cooking taste awesome. Thank you for sharing this knoweledge.

    ReplyDelete
  6. betul, kalau nak masak jadi keliru nak letak herba mana sbb herba ni nampak simple but dia menyebabkan rasa makanan kita lari.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Kat mana-mana pelusuk dunia, semua penting herba kan. Tapi susah la ya amat nak dapatkan herba ni kat Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Yes semua herb ni saya pakai .. cuma versi botol yang dah siap-siap tu. Tak sangka semua ni herb dari Itali rupanya

    ReplyDelete
  9. jarang guna herba dari itali sebab i pun jarang nak masak western food ni..hehe

    ReplyDelete
  10. tak pernah tau bezanya. kalau masak western hentam je letak herba yang ada di rumah hehe

    ReplyDelete
  11. Saya biasa guna oregano (kering), basil dan parsley je. Thyme jarang. Rosemary pun sekali je kot sebab bau dia agak kuat.

    ReplyDelete
  12. nice sharing. best yer kalau dapat herb yang fresh cam dalam gambar ni. so far guna yang kering jer beli kat pasaraya

    ReplyDelete
  13. Kat rumah ni memang ada semuanya, tapi beli dah kering punya je sesiap, cuma kalau nak panggang ayam, Sis beli yang segar punya, baru sedap..

    ReplyDelete
  14. Semua herba ni.mmg biasa si gina. Esp dalam.masakan barat. Penambah selera dan aromanya mmh best

    ReplyDelete
  15. Jarang guna herba2 tu klu daun Parsley selalu guna

    ReplyDelete
  16. Rasanya thyme tak pernah try lagi but the rest memang biasa guna bila masak western meals!.. Rindu pulak aroma2 herb ni. Lama tak masak!

    ReplyDelete
  17. Entah kenapa Rawlins suka dengan thyme dan rosemary. Rasa cam high-class je hahaha

    ReplyDelete
  18. Semua yang akak senaraikan tu, saya suka guna. Memang best. Terus jadi lain masakan kita. Hehehe. Herba ni dapat dalam bentuk kering pun aroma dia memukau. Hebat kan.

    ReplyDelete
  19. Masakan Itali memang famous dengan herba-herba ni kan. Kat rumah takde pon herba ni. Hehe

    ReplyDelete
  20. Herba wajib kena ada kat dapur nih mestilah Parsley dan Oregano . Yang lain kurang pandai guna. 2 herba english ni memang tak boleh tak ada lagi-lagi kalau nak buat ayam bakar dan goreng pasta atau masak spaghetthi. Takder dua ni memang rasa kurang lengkap dan kurang sedap.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿