Salam Sayang...

Semalam nora dapat invitation daripada Melastik Bintang yang merupakan seorang blogger parenting yang famous di Malaysia. Terima kasih MB sebab invite nora.

Segmen yang MB buat ni sangat sesuai untuk semua sebabnya umum. Mereka yang bujang ataupun sudah berkahwin dan ada anak boleh sahaja untuk join segmen dari MB.

Segmen ini di beri tajuk "Kenapa Perlu Baca Blog Parenting".... 


Ok secara jujurnya dulu nora tak pernah ambil tahu berkenaan parenting maklumlah belum rasa nak punyai keluarga sendiri. Tetapi sejak nora dah melalui fasa rumahtangga dan mempunyai anak bagi nora sebenarnya tidak rugi untuk kita ambil info daripada blog-blog parenting yang ada di Malaysia mahupun luar negara. Sebab hal-hal ini dapat membantu kita untuk lebih mudah memahami dan mengetahui berkenaan rumahtangga, anak ataupun sebagainya. Medium blog lebih pantas berbanding untuk kita beli buku dan baca.

Nora mula kerap mengikuti blog parenting sejak bakal menjadi seorang ibu. Masa itu nora banyak explore tetang cara dan bagaimana menghadapi detik ketika mengandung, banyak belajar tentang pemakanan semasa mengandung, keperluan semasa mengandung dan bakal melahirkan. Seronok sangat sebabnya hanya dengan mengoogle tidak kira di mana sahaja nah bermacam paparan akan keluar mengikut apa yang kita type. Maklumlah sekarang zaman serba canggih, melalui telefon bimbit sahaja dah boleh dapat apa yang kita mahukan.

Nora banyak belajar dan banyak ambil tahu perkara-perkara yang perlu di lakukan ketika berpantang dan penjagaan bayi. Sungguh ia membuatkan rasa berkobar-kobar dan rasa seronok. Tips ketika berpantang paling seronok untuk belajar, maklumlah kekadang kita terlalu moden sedangkan petua orang tua jgan pula kita lupakan. Tak percaya korang boleh search pada blog parenting mesti ada info pasal ni.

Belajar tentang pemakanan pertama bayi berumur 6 bulan sangat menyeronokkan. Blog parenting banyak membantu terutamanya mereka banyak mengajar untuk para ibu membuat sendiri makanan untuk bayi kita. Haaa semestinya homemade itu lebih baik daripada instant kan. Nora teruja part ni sebab semua benda nora buat sendiri dari penyediaan nestum, puree, cookies and snack. Puas hati bila kita masak dengan kasih sayang untuk bayi kita.

Nora juga pernah share menu untuk bayi. Antaranya cookies, dan Food Baby 1 Years. Entri berkenaan pelan pemakanan & pengambilan vaksin juga pernah nora share kan.. Di sini.
Sudi lah click untuk belajar. Maklumlah dari bayi berumur 6 bulan sehingga 2 tahun sebolehnya tolong para ibu-ibu jangan tambahkan sebarang perasa pada makanan anak anda. Say NO to added Salt, Sugar, Nestum, Heinz and etc.

Daripada blog parenting dapat juga kita belajar tentang vaksin kebaikan dan keburukan pengambilannya. Ok sebenarnya nora banyak nak listkan blog parenting yang selalu nora rujuk. Tapi memandangkan segalanya terlah direset dan hilang sudah link and info makanya yang kekal nora follow adalah blog tersebut. But makin banyak blog parenting yang uols boleh rujuk..




So kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai segmen dari Melastik Bintang korang boleh terjah blog MB ye. ------<@ di sini @>------

Ianya terbuka untuk semua golongan, jantina dan kaum. Hehehehehe

11 Comments

  1. wahhh nak join gak la hehe

    tggl jejak dr geng2 wassap KBBA lembah klang hehe

    ReplyDelete
  2. Join kak my jgn xjoin tau..

    terima kasih ye sbb sudi singgah.

    ReplyDelete
  3. wahhh best nye awk..
    Nak join jugak lak..
    Tambah ilmu pengetahuan tentang parenting..

    Salam perkenalan.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput join juga ya Puan Azeni.. Sama sama kenak komuniti parenting..:)

      Delete
  4. sangat best! perlu join !

    http://sihatgojes.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..dapat juga baca pandangan ummizarra ni..:)

    Terima kasih banyak banyak... In syaa allah semoga terus maju dalam blog..:)

    ReplyDelete
  6. salam..saya Ainniah..tak pernah join blog parenting walaupun dah beranak dua..heeee :D

    terima kasih atas info.

    jemput ke blog saya juga ya.

    menowizme.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. blog parenting bnyak info yang berguna walaupun tak kawen lagi tapi selalu gak baca maklumat dan info yang dikongsikan :)

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿